Wednesday, April 1, 2009
pekeliling ikhtisas bil. 9/1975
Kementerian Pelajaran,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur 01-34.
4.hb. November, 1975
Pengarah Pelajaran,
Negeri Semenanjung Malaysia, Sabah/ Sarawak.
Tuan,
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/ 1975 Disiplin di Sekolah.
Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid,
Adalah seperti tuan termaklum, satu diantara tujuan-tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh yang demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan.
2. Ordinan-Ordinan/Surat-Surat Pekeliling/Pekeliling Ikhtisas – Lampiran A Untuk membaiki disiplin sekolah, adalah mustahak bagi tiap-tiap guru besar dan guru penolong mengetahui dan memahami segala ordinan/Surat Pekeliling/pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaranh yang berkaitan dengan kelakuan dan disiplin di sekolah-sekolah. Untuk menolong sekolah ini, maka satu senarai Ordinan/Surat Pekeliling /Pekeliling Ikhtisas berkenaan dengan perkara ini disertakan dalam Lampiran A.
3. Perkara-Perkara Tatatertib Yang Dianggap Berat-Lampiran B Sebagai panduan kepada Guru-guru Besar dan Guru-guru, satu senarai tatatertib yang dianggap berat, iaitu hasil daripada satu tinjauan yang dibuat oleh pejabat-pejabat Pelajaran Negeri di antara lain di mana penggantungan sekolah sementara dan hukum buang sekolah boleh dijatuhkan, adalah disertakan di lampiran B.
4. Peraturan-Peraturan Sekolah, (Sekolah Rules) Yang Bertulis Untuk Murid-Murid Tindakan Oleh Tiap-Tiap Sekolah-Lampiran C 1
Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiaptiap murid mestilah mengetahuinya. Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas sekolah/Ketua-ketua murid (School Prefect) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga hendaklah memahami memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatertib.
4.1. Adalah didapati iaitu tidak semua sekolah mempunyai peraturan sekolah yang bertulis.Peraturan sekolah yang bertulis yang ada di beberapa buah sekolah sekarang tidaklah begitu lengkap dan teratur, misalnya tidak mempunyai tajuk untuk tiap-tiap perkara. Guru-guru besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui peraturanperaturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam Lampiran C. Guru Besar juga boleh menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut sekolah masing-masing.
5. Peraturan-Peraturan Khas Untuk Asrama, Perpustakaan dan Bilik Mata-Mata Pelajaran Praktikal dan lain-lain. Guru-guru Besar hendaklah menyediakan peraturan-peraturan khas untuk asrama dan perpustakaan dan pengajaran semua mata pelajaran praktikal dalam bilik seperti berikut:
Bengkel Seni Perusahaan Bilik Sains Rumah Tangga, Bilik Makmal Sains, Dewan Pendidikan Jasmani dan lain-lain.
6. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik dan buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.
7. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu semua Guru-guru Besar sekolah Menengah dan Rendah termasuk sekolah persendirian mengenai kandungan Surat pekeliling ini dengan segera.
Saya yang menurut perintah,
(Kum Boo)
Bahagian Sekolah-Sekolah,
b.p. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ref: K.P. 8543/Vol.2/(55) Lampiran A
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 Ordinan-ordinan/Surat-surat Pekeliling/Pekeliling Ikhtisas Mengenai Kelakuan dan Disiplin di Sekolah-sekolah
Bil Ordinan/Surat Pekeliling dan Tarikh Rujukan Fail KPM
Tajuk
1 Peraturan-peraturan sekolah (Persatuan-persatuan) 1956 School (Societies) Regulations 1956 LN 179 of 1956 (Education Ordin 1952) 22.5.1956 -Persatuan-persatuan sekolah (School Societies)
2 Peraturan-peraturan Sekolah (Lawatanlawatan) 1957 School (Tours) Regulations 1957 LN 326 (Education Ordinan 1957) 9.7.1957 M for E 8D/57 Lawatan-lawatan sekolah (School Tours) 3 Peraturan-peraturan Sekolah (majalahmajalah) 1958 School (Magazines) Regulation 1958 LN 208 (Education Ordinan 1957) 15.7.1958 MEO 8G/57 Majalah-majalah Sekolah (School Magazines)
4 Peraturan-peraturan Pelajaran (Tatatertib Sekolah) 1959 Education (School Discipline) Regulations 1959 LN 61 (Education Ordinan 1959) 20.2.1959 ME 040 Tatatertib Sekolah (School Disipline)
5 Surat Pekelling Ikhtisas Bil. 6/68 10.9.1968 KP. 8543/10 Pembuangan Muridmurid daripada Sekolah-sekolah kerana kel;akuan curang
6 Surat Pekelling Ikhtisas Bil. 6/68 10.9.1968 KP.8543/02/(12) Tatatertib di Sekolahsekolah
7 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1971 4.1.1971 KP. 8550/Jld.II/(10) Pakaian Seragam Sekolah-sekolah
8 Surat Pekeliling Ikhtisas 10.3.1972 KP.8543/(73) Potongan Rambut dan Sebagainya
9 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6A/1975 5.9.1975 KP.8548/8/(75) Disiplin Murid-murid menghisap rokok.
10 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1975 19.8.1975 KP.8548/8/(67) Salahguna dadah Garis Panduan untuk guru-guru Panduan dan Guru Besar.
11 Surat pekeliling 10.6.1974 KP.8613/Jld.7(63) & (63A) Peraturan-peraturan asrama sekolah.
Ref: K.P. 8543/Vol. 2/(55) Lampiran B
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 Perkara-perkara Tatatertib yang Dianggap Berat
i. Menjadi Ahli dalam pertubuhan haram
ii. Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.
iii. Memukul guru-guru.
iv. Mengancam guru-guru atau Guru Besar ataupun Pengetua.
v. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan Pejabat Pelajaran.
vi. Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu pihak yang berkuasa sekolah.
vii. Sengaja merosakkan harta kerajaan/sekolah.
viii. Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid.
ix. Mencuri.
x. Mengancam murid-murid lain- ancaman yang serius dan merbahaya.
xi. Menghisap rokok dan mengambil dadah (sila lihat surat pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1975 dan 7/1975).
xii. Berjudi.
xiii. Meminum minuman keras atau yang memabukkan dalam kawasan sekolah.
xiv. Masih membantah hukuman guru-sekalipun sudah tiga atau empat amaran.
xv. Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru, Guru Besar atau Pengetua.
xvi. Sengaja meninbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum.
xvii. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budi bicara Guru Besar atau Pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang berat.
Ref: K.P. 8543/Vol. 2/(55) Lampiran C
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 Garis Panduan Peraturan-Peraturan Sekolah untuk Murid-Murid
Perkara-perkara yang perlu ditimbangkan:
i. Pakaian Seragam Sekolah dan Pakaian Sekolah – Kebersihan dan kekemasan diri, rambut dan lain-lain.
ii. Kawasan Sekolah – meninggal kawasan, borang sakit, kawasan yang dilarang dan lain-lain.
iii. Kebersihan – sampah, kantin, bilik darjah, dinding, tandas, dan lain-lain.
iv. Keselamatn – beratur, melintas jalan raya, basikal, makmal sains, dan lain-lain.
v. Pelawat-pelawat – dengan kebenaran Guru Besar dan lain-lain.
vi. Budi pekerti/kelakuan/tingkah laku – penepatan masa, hormat-menghormati, pergaduhan, bertumbuk, mengugut, kebiadapan, meminjam tanpa kebenaran, pencurian atau peras ugut dan lain-lain.
vii. Tidak hadir ke sekolah dan kelas.
viii. Ketua murid darjah dan pengawas.
ix. Waktu sembahyang dan rehat.
x. Latihan kebakaran dan kecemasan.
xi. Bayaran dan yuran sekolah.
xii. Kerosakan harta benda sekolah.
xiii. Kegiatan-kegiatan luar bilik darjah – Perpustakaan, kelab, persatuan sekolah, permainan sukan dan lain-lain. Nota: Perhatian tuan adalah ditarik kepada kegunaan Asrama Sekolah, Bilik Makmal Sains dan Sains Rumahtangga dan Workshop. Peraturan-peraturan khas patutlah digubalkan untuk keselamatan dan panduan murid-murid.
Tuesday, March 31, 2009
surat pekeliling ikhtisas bil.5/2001
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 7, BLOK J
Tel : 03-2586900
PUSAT BANDAR DAMANSARA
Fax : 03-2535150
50604 KUALA LUMPUR
Laman Web : http://www.moe.gov.my
KP(BS) 8591/Jld.XVII (5)
5 Jun 2001
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/2001 :
Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Di Sekolah
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school home community partnership). Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan ’saling melengkapi’ terhadap fungsi Kementeiran Pendidikan dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan.
2. Peraturan 5 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPAGURU) 1998 yang berkuatkuasa pada 26 Mac 1998, dengan jelas telah menggariskan tujuan dan batasan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah. Dalam sub peraturan (5) dan (6) ada dinyatakan batasan-batasan yang dikenakan kepada Persatuan, iaitu :
Subperaturan (5) – Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa Persatuan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah.
Subperaturan (6) – Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan antara Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua atau kakitangan sekolah di mana Persatuan ditubuhkan atau Pejabat Pendidikan Daerah atau Pejabat Pendidikan Bahagian atau Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan.
3. Di samping itu, kepimpinan PIBG di sekolah-sekolah juga diingatkan supaya tidak sekali-kali membabitkan Persatuan dan sekolah dengan apa juga kegiatan yang boleh menggugat kestabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar kepimpinan PIBG terlibat dengan aktiviti-aktiviti anti kerajaan atau menjadikan Persatuan sebagai platform untuk berpolitik atau bagi tujuan memperoleh kepentingan peribadi. Jika keadaan ini berlaku, dikhuatiri Persatuan akan menyeleweng daripada matlamat asal penubuhannya, dan akhirnya akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran, sekaligus akan merugikan pendidikan anak-anak murid di sekolah.
4. Guru Besar dan Pengetua selaku ex-officio dan Penasihat PIBG hendaklah memaklumkan kandungan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998 kepada semua ahli jawatankuasa PIBG yang dilantik dan ibu bapa keseluruhannya agar ia dipatuhi pada setiap masa.
5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k
1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pelajaran Malaysia
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
10.Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan Malaysia
11.Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia
amalan kebersihan di sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Tel : 03-2556900 Fax : 03-2535150
KP(BS)8591/Jld.VIII / (77)
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/1997 :
Amalan Kebersihan Di Sekolah
Kementerian Pendidikan sentiasa mengambil perhatian berat terhadap tahap kebersihan di sekolah-sekolah. Walaupun usaha meningkatkan amalan kebersihan telah dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh kebanyakan sekolah, namun keberkesanannya didapati masih belum mencapai tahap yang diingini. Amalan kebersihan perlu ditegaskan pada setiap masa dan segala usaha ke arah itu hendaklah dilaksanakan secara terancang dan teratur. Pihak pentadbir sekolah perlu memastikan bahawa semua warga sekolahnya benar-benar memahami serta mengamalkan kebersihan sebagai cara hidup yang dihayati.
2. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan menperingatkan semua Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil tindakan ke atas perkara-perkara seperti berikut :
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(DATUK MATNOR DAIM)
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
s.k
Menteri Pendidikan Malaysia
Timbalan Menteri Pendidikan
Timbalan Menteri Pendidikan
Friday, March 27, 2009
peraturan2
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
PERATURAN BILIK AMPAIAN KERING.
1. LANTAI, DINDING DAN TINGKAP BILIK INI HENDAKLAH SENTIASA BERSIH.
2. DIGUNAKAN UNTUK MENYIDAI TUALA DAN PAKAIAN YANG LEMBAB SAHAJA. PAKAIAN BASAH (BASUHAN) HENDAKLAH DISIDAI DI AMPAIAN BASAH / BERBUMBUNG.
3. SIDAI TUALA DAN PAKAIAN DENGAN KEMAS MENGGUNAKAN PENYEPIT ATAU PENYANGKUT BAJU (TIDAK BERLUNGGUK).
4. BALDI HENDAKLAH DISUSUN TERATUR DI TEMPAT YANG DIKHASKAN.
5. PAKAIAN YANG SUDAH KERING HENDAKLAH DIAMBIL DENGAN SEGERA.
6. KEBERSIHAN BILIK INI ADALAH TANGGUNGJAWAB PENGHUNI DI TINGKAT INI.
7. PAKAIAN YANG DIBIAR LAMA ATAU BERADA DI ATAS LANTAI AKAN DIBUANG OLEH WARDEN.
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA
SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
PERATURAN MENYERIKA PAKAIAN
1. JANGAN MENGALIH ATAU MENGUBAH KEDUDUKAN MEJA/ PAPAN MENYERIKA.
2. PASTIKAN SEMUA PERALATAN (SETERIKA & WAYAR) SELAMAT UNTUK DIGUNA. (PEMERIKSAAN SETERIKA DAN WAYAR HANYA BOLEH DILAKUKAN OLEH JURUTEKNIK KISAS SAHAJA).
3. MATIKAN SUIS SELEPAS SELESAI DIGUNAKAN.
4. DILARANG MENINGGALKAN SEBARANG PAKAIAN/ BARANG LAIN DI TEMPAT INI.
5. KEBERSIHAN DAN PERALATAN DI TEMPAT INI ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA PENGHUNI DI TINGKAT INI.
6. PAKAIAN YANG DITINGGALKAN ATAU BERADA DI ATAS LANTAI AKAN DIBUANG OLEH WARDEN.
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA
SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
PERATURAN BILIK REHAT
1. BILIK INI TIDAK BOLEH DIGUNAKAN PADA WAKTU BELAJAR/ KELAS PERSEDIAAN.
2. SEMUA PERALATAN DALAM BILIK INI TIDAK BOLEH DIPINDAHKAN KE TEMPAT LAIN.
3. KEBERSIHAN BILIK INI ADALAH TANGGUNGJAWAB SEMUA PENGGUNA.
4. BILIK INI HENDAKLAH SENTIASA BERSIH DAN KEMAS.
5. DILARANG MENINGGALKAN SEBARANG MAKANAN/ MINUMAN/ BUKU-BUKU/ BARANG-BARANG PERSENDIRIAN DI SINI.
6. MATIKAN SEMUA SUIS ELETRIK SEBELUM MENINGGALKAN BILIK INI.
7. PENGGUNAAN TV HENDAKLAH MENGIKUT MASA YANG DITENTUKAN SAHAJA.
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA.
’ASRAMA CERIA, ANDA SELESA’
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
PERATURAN BALIK RUMAH
1. MENDAPAT KEBENARAN DARI PENGETUA/ PENOLONG KANAN HEM.
2. MEMAKAI PAKAIAN SEKOLAH/ OUTING YANG DIBENARKAN.
3. MENCATAT NAMA, ALAMAT, PEMBAWA, NO. TELEFON DALAM BUKU CATATAN KELUAR MASUK DI MEJA KETUA PELAJAR.
4. MELAPOR KEPADA PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH SEMASA KELUAR DAN MASUK.
5. MEMAKLUMKAN SEGERA KEPADA WARDEN APABILA BERLAKU SEBARANG MASALAH DAN SAMPAI KE DESTINASI YANG DITUJU.
6. PULANG SEMULA KE ASRAMA PADA TARIKH YANG DITETAPKAN SEBELUM JAM 6.00 PTG.
7. HADIR SOLAT MAGHRIB DI MUSOLLA UNTUK ”PEMANTAUAN”
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
PERATURAN MUSOLLA
1. MEMASTIKAN MUSOLLA SENTIASA BERSIH.
2. MEMELIHARA KEHARMONIAN.
3. MEMATUHI PERATURAN PENGGUNAAN AIR, SISTEM PEMBESAR SUARA, LAMPU DAN KIPAS.
4. MELAKSANAKAN TUGAS IMAM DAN BILAL MENGIKUT JADUAL.
5. TIDAK BERADA DI DALAM MUSOLLA SEMASA WAKTU PERSEKOLAHAN, KELAS TAMBAHAN, MAJLIS
RESMI, KEGIATAN KOKURIKULUM, KELAS PERSEDIAAN DAN WAKTU RIADAH.
6. BERADA DI MUSOLLA LIMA MINIT SEBELUM AZAN.
7. MENUNAIKAN SOLAT SECARA BERJEMAAH.
8. MEMBACA ALQURAN, BERZIKIR DAN BERIBADAT.
9. MENGIKUTI USRAH, TAZKIRAH DAN KULIAH.
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
PERATURAN BILIK BACAAN
1. BILIK INI TIDAK BOLEH DIGUNAKAN PADA WAKTU BELAJAR/ KELAS PERSEDIAAN.
2. SEMUA PERALATAN DALAM BILIK INI TIDAK BOLEH DIPINDAHKAN KE TEMPAT LAIN.
3. KEBERSIHAN BILIK INI ADALAH TANGGUNGJAWAB SEMUA PENGGUNA.
4. BILIK INI HENDAKLAH SENTIASA BERSIH DAN KEMAS.
5. DILARANG MENINGGALKAN SEBARANG MAKANAN/ MINUMAN/ BUKU-BUKU/ BARANG- BARANG PERSENDIRIAN DI SINI.
6. MATIKAN SEMUA SUIS ELETRIK SEBELUM MENINGGALKAN BILIK INI.
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA.
’ASRAMA CERIA, ANDA SELESA’
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
TANGGUNGJAWAB BERSAMA PENGHUNI BILIK/ KAMAR
1. MEMASTIKAN BILIK SENTIASA BERSIH, KEMAS.
2. MEMELIHARA KEHARMONIAN BILIK
3. MEMATUHI PERATURAN PENGGUNAAN LAMPU DAN KIPAS.
4. MELAKSANAKAN TUGAS MEMBERSIH BILIK/ ASRAMA MENGIKUT JADUAL.
5. TIDAK BERADA DI DALAM BILIK SEMASA WAKTU PERSEKOLAHAN, KELAS TAMBAHAN, MAJLIS RESMI, KEGIATAN KOKURIKULUM, KELAS PERSEDIAAN DAN WAKTU RIADAH.
6. BERADA DI MUSOLLA LIMA MINIT SEBELUM AZAN SUBUH DAN MAGHRIB.
7. MENUNAIKAN SOLAT SECARA BERJEMAAH DI MUSOLLA.
8. MENGHADIRI HALAQAH AL-MULK.
9. BERADA DI DALAM BILIK / KAMAR ANTARA JAM 12.00 MLM SEHINGGA JAM 05.30 PAGI.
surat pekeliling ikhtisas bil. 9/ 1975
Kementerian Pelajaran,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur 01-34.
4.hb. November, 1975
Pengarah Pelajaran,
Negeri Semenanjung Malaysia,
Sabah/ Sarawak.
Tuan,
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/ 1975
Disiplin di Sekolah.
Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid,
Adalah seperti tuan termaklum, satu diantara tujuan-tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh yang demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan.
2. Ordinan-Ordinan/Surat-Surat Pekeliling/Pekeliling Ikhtisas – Lampiran A
Untuk membaiki disiplin sekolah, adalah mustahak bagi tiap-tiap guru besar dan guru
penolong mengetahui dan memahami segala ordinan/Surat Pekeliling/pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pelajaranh yang berkaitan dengan kelakuan dan disiplin di sekolah-sekolah. Untuk menolong sekolah ini, maka satu senarai Ordinan/Surat Pekeliling / Pekeliling Ikhtisas berkenaan dengan perkara ini disertakan dalam Lampiran A.
3. Perkara-Perkara Tatatertib Yang Dianggap Berat-Lampiran B Sebagai panduan kepada Guru-guru Besar dan Guru-guru, satu senarai tatatertib yang dianggap berat, iaitu hasil daripada satu tinjauan yang dibuat oleh pejabat-pejabat Pelajaran Negeri di antara lain di mana penggantungan sekolah sementara dan hukum buang sekolah boleh dijatuhkan, adalah disertakan di lampiran B.
4. Peraturan-Peraturan Sekolah, (Sekolah Rules) Yang Bertulis Untuk Murid-Murid
Tindakan Oleh Tiap-Tiap Sekolah
- Lampiran C 1
Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing
secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiaptiap murid mestilah mengetahuinya.Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas sekolah/Ketua-ketua murid (School Prefect) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga hendaklah memahami memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatert.
4.1. Adalah didapati iaitu tidak semua sekolah mempunyai peraturan sekolah yang
bertulis.Peraturan sekolah yang bertulis yang ada di beberapa buah sekolah sekarang tidaklah begitu lengkap dan teratur, misalnya tidak mempunyai tajuk untuk tiap-tiap perkara. Guru-guru besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui peraturanperaturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam Lampiran C. Guru Besar juga boleh menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut sekolah masing-masing.
5. Peraturan-Peraturan Khas Untuk Asrama, Perpustakaan dan Bilik Mata-Mata
Pelajaran Praktikal dan lain-lain.
Guru-guru Besar hendaklah menyediakan peraturan-peraturan khas untuk asrama dan
perpustakaan dan pengajaran semua mata pelajaran praktikal dalam bilik seperti berikut:
Bengkel Seni Perusahaan
Bilik Sains Rumah Tangga,
Bilik Makmal Sains,
Dewan Pendidikan Jasmani dan lain-lain.
6. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan
perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka
untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik
dan buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.
7. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu semua Guru-guru Besar sekolah
Menengah dan Rendah termasuk sekolah persendirian mengenai kandungan Surat pekeliling ini dengan segera.
Saya yang menurut perintah,
(Kum Boo)
Bahagian Sekolah-Sekolah,
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ref: K.P. 8543/Vol.2/(55)
Lampiran A
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975
Ordinan-ordinan/Surat-surat Pekeliling/Pekeliling Ikhtisas
Mengenai Kelakuan dan Disiplin di Sekolah-sekolah
Bil Ordinan/Surat Pekeliling dan Tarikh Rujukan Fail KPM
Tajuk
1 Peraturan-peraturan sekolah (Persatuan-persatuan) 1956
School (Societies) Regulations 1956 LN 179 of 1956 (Education Ordin 1952)
22.5.1956
-
Persatuan-persatuan sekolah (School Societies)
2 Peraturan-peraturan Sekolah (Lawatanlawatan)
1957 School (Tours) Regulations 1957
LN 326 (Education Ordinan 1957) 9.7.1957 M for E 8D/57
Lawatan-lawatan sekolah (School Tours)
3 Peraturan-peraturan Sekolah (majalahmajalah)
1958 School (Magazines) Regulation 1958
LN 208 (Education Ordinan 1957) 15.7.1958
MEO 8G/57
Majalah-majalah Sekolah (School Magazines)
4 Peraturan-peraturan Pelajaran
(Tatatertib Sekolah) 1959 Education (School Discipline)
Regulations 1959 LN 61 (Education Ordinan 1959) 20.2.1959
ME 040 Tatatertib Sekolah (School Disipline)
5 Surat Pekelling Ikhtisas Bil. 6/68 10.9.1968 KP. 8543/10
Pembuangan Muridmurid daripada Sekolah-sekolah kerana kelakuan
curang
6 Surat Pekelling Ikhtisas Bil. 6/68 10.9.1968 KP.8543/02/(12)
Tatatertib di Sekolahsekolah
7 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1971 4.1.1971
KP. 8550/Jld.II/(10) Pakaian Seragam Sekolah-sekolah
8 Surat Pekeliling Ikhtisas 10.3.1972
KP.8543/(73) Potongan Rambut dan Sebagainya
9 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6A/1975 5.9.1975
KP.8548/8/(75) Disiplin Murid-murid menghisap rokok.
10 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1975 19.8.1975
KP.8548/8/(67) Salahguna dadah
Garis Panduan untuk guru-guru Panduan dan Guru Besar.
11 Surat pekeliling 10.6.1974 KP.8613/Jld.7(63) & (63A)
Peraturan-peraturan asrama sekolah.
Ref: K.P. 8543/Vol. 2/(55)
Lampiran B
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975
Perkara-perkara Tatatertib yang Dianggap Berat
i. Menjadi Ahli dalam pertubuhan haram
ii. Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.
iii. Memukul guru-guru.
iv. Mengancam guru-guru atau Guru Besar ataupun Pengetua.
v. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan
Pejabat Pelajaran.
vi. Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu pihak yang berkuasa sekolah.
vii. Sengaja merosakkan harta kerajaan/sekolah.
viii. Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid.
ix. Mencuri.
x. Mengancam murid-murid lain- ancaman yang serius dan merbahaya.
xi. Menghisap rokok dan mengambil dadah (sila lihat surat pekeliling Ikhtisas Bil.
6/1975 dan 7/1975).
xii. Berjudi.
xiii. Meminum minuman keras atau yang memabukkan dalam kawasan sekolah.
xiv. Masih membantah hukuman guru-sekalipun sudah tiga atau empat amaran.
xv. Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru, Guru Besar atau
Pengetua.
xvi. Sengaja meninbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan
kacau bilau dan perpecahan kaum.
xvii. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budi bicara Guru Besar atau Pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang berat.
Ref: K.P. 8543/Vol. 2/(55)
Lampiran C
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975
Garis Panduan Peraturan-Peraturan Sekolah untuk Murid-Murid
Perkara-perkara yang perlu ditimbangkan:
i. Pakaian Seragam sekolah dan Pakaian Sekolah
– Kebersihan dan kekemasan diri, rambut dan lain-lain.
ii. Kawasan Sekolah
– meninggal kawasan, borang sakit, kawasan yang dilarang dan lain-lain.
iii. Kebersihan
– sampah, kantin,bilik darjah, dinding, tandas, dan lain-lain.
iv. Keselamatan
– beratur, melintas jalan raya, basikal, makmal sains, dan lain-lain.
v. Pelawat-pelawat
– dengan kebenaran Guru Besar dan lain-lain.
vi. Budi pekerti/ kelakuan/ tingkah laku
– penepatan masa, hormat-menghormati, pergaduhan, bertumbuk, mengugut,
kebiadapan, meminjam tanpa kebenaran, pencurian atau peras ugut dan lain-lain.
vii. Tidak hadir ke sekolah dan kelas.
viii. Ketua murid darjah dan pengawas.
ix. Waktu sembahyang dan rehat.
x. Latihan kebakaran dan kecemasan.
xi. Bayaran dan yuran sekolah.
xii. Kerosakan harta benda sekolah.
xiii. Kegiatan-kegiatan luar bilik darjah, Perpustakaan, kelab, persatuan
sekolah, permainan sukan dan lain-lain.
Nota:
Perhatian tuan adalah ditarik kepada kegunaan Asrama Sekolah, Bilik Makmal
Sains dan Sains Rumahtangga dan Workshop.
Peraturan-peraturan khas patutlah digubalkan untuk keselamatan dan panduan
murid-murid.
Thursday, March 19, 2009
surat pekeliling ikhtisas - semua guru adalah guru disiplin
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 7, BLOK J Tel : 03-2586900
PUSAT BANDAR DAMANSARA Fax : 03-2535150
50604 KUALA LUMPUR
Laman Web : http://www.moe.gov.my/
KP(BS) 8591/Jld.XVII (10)
24 September 2001
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 10/2001 : Semua Guru Adalah Guru Disiplin
Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah disiplin di sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guru-guru tertentu atau menyerahkannya kepada pengetua atau guru besar walaupun masalah yang ditimbulkan oleh murid adalah masalah yang remeh-temeh. Perkara ini juga telah mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah sekolah.
2. Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua guru di sebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan secara tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar.
i. Surat Pekeliling Profesional Kementeiran Pelajaran Bil. 8/1968 mengenai Tatatertib Di Sekolah-Sekolah pada para 5 menyatakan, ”..... tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat yang harus diserahkan kepada guru-guru besar”.
ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 mengenai Disiplin Di Sekolah, Peraturan peraturan Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan, ”Adalah seperti tuan termaklum, satu di antara tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru besar sahaja, bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh hal yang demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan yang berat sahaja yang harus diakukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan”.
3. Oleh hal yang demikian adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukkan dengan tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan tahap disiplin yang tinggi. Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan tingkah laku dan disiplin yang baik. Pendekatan-pendekatan berbentuk pencegahan (preventive), didikan (educative), pembetulan (corrective), dan hukuman (punitive) serta langkah yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan terhadap semua masalah disiplin murid. Guru-guru hendaklah sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin, penyayang, simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Sementara itu, kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis, iaitu pengetua atau guru besar perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk melaksanakan hukuman tersebut.
4. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pengetua dan guru besar agar arahan ini dipatuhi.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k
1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pelajaran Malaysia
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan Malaysia 11. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia
punca kuasa
KUALA LUMPUR 18 Mac -
Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Ali Hassan berkata, langkah itu penting bagi memastikan usaha membendung gejala disiplin pelajar dapat dilaksanakan secara berkesan dan menyeluruh.
"Sebuah sekolah kadang- kadang mempunyai seorang guru disiplin sahaja, mereka sukar memantau pelajar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru-guru Besar Malaysia (GMGBM), Ruslan Madon pula meminta Kementerian Pelajaran memberi kuasa kepada semua guru untuk merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah.
Semalam, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihak sekolah khasnya guru disiplin akan diberi kuasa penuh untuk merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah.
"Jika guru kelas juga diberi kuasa untuk merampas telefon bimbit pelajar, saya percaya usaha untuk membanteras gejala tersebut tidak perlu mengambil masa yang lama," katanya.
Menurut Ruslan, pihaknya mendapati ada pelajar tidak jujur ketika menduduki peperiksaan apabila mereka merujuk nota dan formula subjek tertentu yang disimpan dalam telefon bimbit.
"Selain itu, kes gangsterisme boleh berlaku disebabkan penggunaan telefon bimbit di sekolah kerana timbulnya perasaan iri hati sesama pelajar," katanya.
Tambah Ruslan, pihak sekolah perlu memastikan kemudahan telefon awam yang disediakan dapat berfungsi dengan baik supaya ia boleh digunakan apabila berlaku hal kecemasan.
"Malah, papan tanda amaran yang melarang penggunaan telefon bimbit di sekolah perlu diwujudkan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar," katanya.
Menurut beliau, Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran berhubung peraturan sekolah perlu dipanjangkan kepada ibu bapa agar mereka dapat memantau anak-anak daripada melanggar peraturan tersebut.
Wednesday, March 18, 2009
BI

وبيّنت الأرقام أن عدد التلاميذ الذين يتحدثون لغة أجنبية ارتفع إلى 565.888 تلميذاً في عام 2008 الماضي، بزيادة مقدارها 14.3% بالمقارنة مع العام 2007، وأن الانكليزية تعدّ لغة أجنبية لأكثر من 70% من تلاميذ المدارس في بعض المناطق البريطانية الذين تتراوح أعمارهم بين 4 و11 عاماً.
ولفتت الأرقام التي حصل عليها حزب \"المحافظين\" المعارض الى وجود 10 مدارس ابتدائية في بريطانيا لا يوجد فيها تلميذ واحد يجيد تحدث الإنكليزية كلغة أولى، وأنه كان هناك 452.388 تلميذاً في المدارس الإبتدائية تحدثوا الإنكليزية كلغة ثانية عام 2004، وأن الرقم ارتفع بمعدل 113.500 تلميذ في عام 2008 الماضي وبزيادة مقدارها 25%.
وأضافت أن عدد الطلاب الذين لا يتحدثون الإنكليزية كلغة أم ارتفع من نسبة 8.8% عام 2004 إلى نسبة 10.6% في عام 2008 الماضي، بسبب تدفق المهاجرين على بريطانيا الذين فاق عددهم وبمعدل خمس مرات ما كان عليه من قبل بعد تسلم حزب \"العمّال\" السلطة عام 1997.
وأشارت الأرقام إلى أن عدد المهاجرين ارتفع من 48 ألف مهاجر عام 2006 إلى 237 ألف مهاجر عام 1997.
Tuesday, March 17, 2009
hp


Sekolah diarah rampas telefon bimbit
PUTRAJAYA: Pengurusan sekolah khususnya guru disiplin dikehendaki merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah, berkuatkuasa esok.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata peraturan menghalang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah sudah lama diwujudkan tetapi ia tidak dikuatkuasakan sepenuhnya apabila terdapat sekolah yang teragak-agak untuk mengambil tindakan.
Katanya, larangan membawa telefon bimbit ke sekolah perlu dilaksanakan dengan segera kerana ia sering dikaitkan dengan masalah disiplin serta menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
"Pergaduhan sering berlaku di kalangan pelajar apabila telefon bimbit yang disimpan di dalam beg mereka tiba-tiba hilang.
"Melalui telefon bimbit juga, pelajar menghantar dan menerima bahan yang bukan-bukan di dalam kelas," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Menangani Gejala Disiplin Pelajar di sini, hari ini.
Wee berkata, telefon bimbit yang dirampas hanya boleh dituntut oleh ibu bapa pelajar dan walaupun penggunaannya dilarang, ibu bapa sebenarnya masih boleh menghubungi anak mereka melalui pihak sekolah.
Katanya, pelajar juga boleh menghubungi ibu bapa mereka melalui telefon awam atau telefon sekolah jika berlaku kecemasan.
Beliau berkata, masalah disiplin pelajar masih terkawal dengan kadarnya turun daripada 2.13 peratus pada 2006 kepada 2.08 peratus tahun lalu.
"Bilangan pelajar yang dikenakan tindakan gantung sekolah adalah pada kadar 0.11 peratus (2008) berbanding 0.37 (2007) manakala yang dikenakan tindakan buang sekolah pula, 0.05 peratus (2008) berbanding 0.18 peratus pada tahun sebelumnya," katanya.
Katanya, tindakan merotan pelajar yang didapati mempunyai masalah disiplin akan diteruskan apabila guru besar diberi kuasa untuk berbuat demikian. - Bernama
Friday, March 13, 2009
anak2 bumi waqafan, renung2lah! Ayuh...

Nik Nur Madihah bersama ibu bapanya Nik Mohd. Kamal Hussien dan Mariani Omar di rumah mereka di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam. – UTUSAN/Hafiz Johari
Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.
Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.
Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.
Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.
Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.
Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.
Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.
syi'ar yang hak, adil utk semua
لست من الذين فرّقوا دينهم
حامد المهيري
Thursday, March 12, 2009
SISTEM BARU STPM


Oleh Norliza Abdullahlizz@bharian.com.my
Gambar atas: PELAJAR terbaik STPM 2008 peringkat Negeri Sembilan, dari kiri; Muhammad Azman Mat Jusoh, Nur Asmiedar Che Jaafar, Suriani Abd Aziz dan Mohd Azzahairi Sulaiman melihat keputusan mereka.
MAJLIS Peperiksaan Malaysia akan melaksanakan sistem modular bagi menilai prestasi pelajar mengikut semester menggantikan kaedah terminal sedia ada untuk calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Ketua Eksekutifnya, Omar Abu Bakar, berkata pihaknya sedang menyiapkan sistem itu dan pelaksanaannya akan diumumkan Menteri Pelajaran tidak lama lagi. Beliau berkata, sistem digunakan sedia ada dilaksanakan sejak 1982 menggantikan Higher School Certificate (HSC) itu perlu diubah bagi memenuhi keperluan pendidikan semasa supaya terus berdaya saing.
Kajian semula sistem sedia ada itu juga katanya, dilaksanakan berikutan kemerosotan jumlah calon yang mengambil peperiksaan berkenaan sejak beberapa tahun lalu. Kaedah taksiran modular yang akan dilaksanakan itu, kata Omar mengambil kira empat komponen iaitu penilaian berasaskan kurikulum dengan amalan peperiksaan biasa, projek sekolah, kerja amali dan ujian berasaskan sistem peperiksaan `open book’. “Berbanding sistem peperiksaan terminal ini, pelajar perlu mengikuti pengajian selama tiga semeter sebelum melayakkan mereka menduduki peperiksaan STPM.
“Sistem baru ini akan menilai pencapaian pelajar berdasarkan prestasi mereka mengikut semester sepanjang tempoh pengajian Tingkatan Enam bawah dan atas. “Pendekatan sedemikian lebih berdaya saing dalam usaha melahirkan generasi muda yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah. Ia selaras hasrat kerajaan mewujudkan sistem pendidikan holistik,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, kelmarin. Berikutan perubahan itu, Omar berkata, kos taksiran dijangka meningkat dan pihaknya akan mengemukakan peruntukan baru kepada kerajaan bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar. Beliau berkata, markah pelajar setiap semester dikumpul dan kecemerlangan mereka berdasarkan pencapaian tertinggi bagi ketiga-tiga penilaian.
Mengulas kemerosotan calon menduduki STPM, Omar berkata, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini ada banyak pilihan. Katanya, masing-masing boleh memilih sama ada mengikuti program matrikulasi, diploma mahupun prauniversiti di institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta. Peningkatan taraf hidup katanya, menjadikan ibu bapa lebih bersedia dan mempunyai simpanan mencukupi bagi menampung pembiayaan anak masing-masing di kolej swasta. “Tawaran program yang disediakan swasta pula pelbagai dan berdaya saing dengan kadar yuran berpatutan juga antara faktor lepasan SPM mengikuti kursus sama ada di peringkat diploma mahupun sijil. “Keadaan berbeza kerana sebelum ini, pelajar yang gagal ke universiti terus ke Tingkatan Enam sebelum melayakkan mereka mengikuti pengajian ke peringkat lebih tinggi,” katanya.
Wednesday, March 11, 2009
KISAS DLM EDUWEBTV
TAJUK 1. FASIH ARAB
SPM, STAM & STPM 2008
Jom kayoh!
Tuesday, March 10, 2009
Risalah Muhammadiyyah
من إصلاحات الرسالة المحمدية
حامد المهيري
Semua Guru Adalah Guru Disiplin
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAPARAS 7, BLOK J Tel : 03-2586900
Monday, March 9, 2009
jlkuasa gubal b arab
الجزائر- صابر بليدي
كشف الأستاذ وليد العناتي من جامعة بترا الأردنية، في مداخلته حول \"وضع اللغة العربية في الولايات المتحدة الأمريكية\" خلال مشاركته في ملتقى دولي احتضنته الجزائر حول اللغة العربية، أن اللغة العربية لم تكن تحظى في أمريكا بعناية حكومية أو أهلية من قبل، إذ كان نطاقها لا يتجاوز الأقليات المهاجرة، غير أن أحداث 11 أيلول/سبتمبر شكلت على حد تعبيره \"مفصلا هاما\" في تاريخ تعليمه. وأبرز المحاضر، أن الإحصائيات تشير إلى أن إقبال الأمريكيين على تعلم العربية يتزايد بـ \"اطراد\" حتى قدرت نسبة الزيادة في أعداد الدارسين بـ 90 بالمائة من الطلبة المنتظمين في الدروس، مضيفا أن تعميم تعليمها لم يقتصر على هذا الحد، إنما نشطت الجامعات الكبرى في إنشاء أقسام ووحدات للغة العربية، مثل جامعة جورج تاون، التي فتحت برنامجا للغة العربية ولسانياتها\"، وأضاف- المحاضر - أنه بالرغم من أن أحداث 11 أيلول/سبتمبر، لم تؤثر تأثيرا مباشرا على الاتجاه نحو تعلم العربية، غير أن ما أفرزته من أحداث سياسية واجتماعية، أدت بالكثير من الأمريكيين إلى الرغبة في تعلم هذه اللغة، من أجل التقرب من المسلمين وفهم دينهم. وعرض الأستاذ العناتي بالمناسبة، بعض البحوث الاستطلاعية التي أجريت بالولاية المتحدة الأمريكية، لباحثين عرب وأمريكيين، مشيرا إلى ان إحدى الدراسات كشفت أن \"84 بالمائة من الأمريكيين يرون أن العربية مصدر قوة لغويا وثقافيا\" ويرى من جهة أخرى 66 بالمائة من الطلبة ان انتشار اللغة الإنجليزية وتوسعها، لا يقلل من أهمية اللغة العربية\". ويعتقد 38 بالمائة من الأمريكيين أن تعلم اللغة العربية سيزيد من فرصهم في إيجاد مناصب عمل في الدول العربية، وأن 62 بالمائة يرون أن هذه اللغة مهمة للسياحة والأسفار، بحكم حبهم، اكتشاف أسرار الدول العربية وطبيعتها.
وعن حضور اللغة العربية في شبكة الانترنيت، ذكر الأستاذ لخضر بولطيف من جامعة المسيلة الجزائرية، أنه بالرغم من المؤشرات العديدة، التي ما فتئت تعطي انطباعا متفائلا بأن اللغة العربية بدأت تأخذ حيزا معتبرا على صفحات شبكة الانترنيت، فإنه استنادا إلى دراسة حديثة، أعدتها لجنة الأمم المتحدة أثبتت الندرة الشديدة للمحتوى العربي على الشبكة الدولية، والذي لا يتعدى 3 بالمائة من إجمالي المحتوى العالمي. وأشارت دراسة أجرتها لجنة الأمم المتحدة الاقتصادية والاجتماعية لغرب آسيا، \"الإسكوا\" إلى أن هذه النسبة تمثل تناقضا صارخا مع حجم الإسهامات التي قدمتها الحضارة العربية على امتداد التاريخ الإنساني.
ويتجلى الحضور المحتشم للغة العربية، حسب الأستاذ بولطيف، في مقابل سيطرة اللغة الإنجليزية التي تكاد تهيمن على معظم مواقع الانترنيت في العالم، الذي يعتمد في الأساس على الحروف اللاتينية، سواء في كتابة العناوين أو البريد الإلكتروني وغير ذلك من الخدمات ذات الانتشار الواسع، ومن بين أكثر المشكلات إلحاحا فيما يتعلق بحضور اللغة العربية على النات ذكر- المتحدث- مسألة \"المصطلح\" إذ أن اللغة العربية تجد صعوبة في الصمود أمام التراكم المتفاقم للمصطلحات التي تطرحها شبكة الانترنيت اليوم، وحسب المحاضر فإن عدة عوائق لازالت تحول دون تحقيق النتائج المرجوة لتعريب شبكة الانترنيت، منها عدم اكتراث معظم البلدان الناطقة بالعربية للدفاع عن لغتها، وعدم استعدادها لتمويل الأبحاث والمنظمات التي تعمل بهذا الصدد.
كما تقف اللغة العربية \"عاجزة\" أمام التطورات العلمية والطبية، وقد ساهمت من جهتها منظمة الصحة العالمية حسب ما أبرزه الدكتور قاسم سارة من مصر، في الدعوة إلى التعليم الصحي باللغة الوطنية لأي دولة، وتعمل من جهتها شبكة تعريب العلوم الصحية على تعزيز التواصل بين المهتمين بترجمة العلوم الصحية والطبية والتعريف بأعمالهم وترويجها.
ونشير إلى أن المشاركين في ندوة الجزائر الدولية، حول تحديث اللغة العربية ومستقبلها في سوق لغات العالم، قد دعوا الدول العربية الى وضع مخطط مرحلي لتعميم التعريب، واتخاذ إجراءات مرحلية تساعد على تحقيق هذا الهدف خلال فترة انتقالية لا تتجاوز العشر سنوات. وأوصى المشاركون الدول العربية باتخاذ قرار ملزم باستخدام اللغة العربية في كافة المجالات، بما يجعل منها اللغة الأساسية للتواصل والتعليم بمختلف مراحله بما فيها التعليم العالي، وكذا فرضها في المدارس الخاصة، بحصص ومقررات كافية لاكتساب المتعلمين مهاراتها.
وفي هذا الصدد دعا المختصون كافة الدول العربية، والهيئات والمنظمات والاتحادات القطرية القومية، بما فيها جامعة الدول العربية، إلى إعلان سنة 2010 سنة عربية للتعريب، والعمل الجاد على غرس الاعتزاز باللغة العربية في نفوس المواطنين والأجيال الناشئة في المدارس والجامعات ووسائل الإعلام وغيرها. كما طالبوا الجامعات ومراكز البحوث بمزيد من العناية باللسانيات الحاسوبية بحثا وتطبيقا وتدريسا وتأهيلا، بما يساعد على استخدام اللغة العربية لدخول مجتمع المعرفة وتحقيق التنمية البشرية، إضافة الى الاهتمام بالقضايا النظرية والمنهجية في وضع المصطلحات وتأليف المعاجم المختصة والعامة.
كما شددوا على ضرورة دعم الجهود التي تبذلها المجامع والمنظمة العربية للتربية والثقافة والعلوم، وأجهزتها المختصة، وفي مقدمتها مكتب تنسيق التعريب في مجال وضع المصطلحات وتوحيدها وتقييسها وإشاعتها.
وينبغي، حسب المختصين، العمل باستمرار على تطوير طرائق وأساليب تدريس اللغة العربية في التعليم العام، وذلك في اتجاه جعل المتعلم محور العملية التعليمية، وإكسابه المهارات اللغوية الأساسية متكاملة وتنمية قدراته على استخدام اللغة كأداة طيعة للتعبير الوظيفي والإبداعي تحدثا وكتابة.
ويعتبر بعث جهاز عربي لبحوث تعليم اللغة العربية وتطويرها، يرصد التجارب العربية والأجنبية الرائدة ويعرف بها ويدرب عليها، من اهم المطالب التي نادى بها المشاركون في هذه الندوة، بالإضافة الى تأمين تربوي وعلمي فعال بين الأقطار العربية في مجال تدريس اللغة العربية، وتنظيم علاقاتها مع اللغات الأجنبية، كما نادوا بضرورة زيادة الاهتمام بالترجمة العلمية والتكنولوجية بما يسد حاجات الجامعات وقطاعات الإنتاج من الكتب المرجعية والتعليمية اللازمة، كما طالبوا الجهات الوطنية والإقليمية المعنية وفي مقدمتها الجامعات والمنظمة العربية للتربية والثقافة والعلوم والمنظمة الإسلامية للتربية والعلوم والثقافة، الى زيادة الاهتمام بنشر هذه اللغة في أوساط الناطقين بغيرها من المسلمين والأجانب.
Monday, March 2, 2009
Low's Peak - Kinabalu, Sabah 1mac 2009
Sunday, February 22, 2009
bahaya dok dekat kedai makan
udara dan lelah
Saturday, February 21, 2009
kain pelikat kawan
Dia menjawab: Bukan saya punya. Aku melihat ke mukanya. Habis siapa punya?
"Kawan".
"Aik, macamana jadi macam tu?".
"Dia bagi saya pinjam".
"Kamu punya?".
"Basuh".
"Yang lain tak ada?".
"Tak ada".
"Ok, esok kamu ke bilik saya!".
Aku menceritakan peristiwa itu kepada memku.
Bersambung.... jika ada masa.
Genku!
Semalam, aku bergegas ke hospital UM bersama mem dan Huda. Di sana sudah ada Mokhtar sedang menunggu di kantin utama. Apabila sampai di lobi tingkat 12, kami bertemu sdr Dr Zaki dan Dr Che Ku. Sdr MNY kelihatan semakin lemah berbanding ziarah kami Ahad lepas. Pak guard meminta kami meninggalkan bilik kerana sudah hampir jam sepuluh. Kami ke lobi. Mawi sampai, kami menyuruh dia masuk. Agak lebih lama dia di dalam kerana pak guard tiada. Bila dia keluar, Dutch Lady pula sampai bersama body guardnya. Kami suruh dia masuk. Letih menunggu di Lobi, kami turun ke kantin. Tunggu Dutch Lady turun. Bincang di mana nak makan. Dari pagi aku belum makan nasi. Pagi tadi turut merentas desa. AlhamduliLlah, dapat habis. Sebelum solat Jumaat, aku ke Sepang. Balik dari sana, aku singgah kedai eksesori kerana membaiki alarm kereta yg kurang berfungsi. Jalan sesak. Sebelum maghrib baru sampai rumah panjang. Dutch Lady menalipon. MNY. Aku terus menekan komputer. Berita itu aku muatkan. Mawi pula menalipon. Selesai solat Maghrib kami terus memecut ke Hos UM.
Kesemua bersetuju untuk ke gerai sebelah asrama lama uia, sebelah kedai motor besar. Makanlah apa yang ada. Hampir jam 12 mlm, kami bersurai. Kami berpisah mengikut laluan destinasi masing2.
Terima kasih kawan2. Bersama kita berdoa utk kesejahteraan SEMUA!
Wassalamualaikom
Tuesday, February 17, 2009
pokok dan prestasi

Penyelidikan menunjukkan bahawa orang yang tinggal dekat kawasan banyak pokok lebih gembira dan mencatat prestasi baik dalam ujian. Malah, jalan yang dipenuhi pokok juga menyebabkan kadar jenayah rendah dan mewujudkan suasana lebih mesra walaupun di kawasan miskin, kata penyelidik. Mereka percaya, tinggal berhampiran dengan taman atau kawasan hijau lain adalah penting bagi fizikal, psikologi dan keadaan sosial manusia.
“Alam semula jadi menenangkan manusia dan ia juga membantu memulihkan psikologi mereka. Mereka lebih baik dalam berhadapan dengan cabaran yang mendatang,” kata Profesor Frances Kuo dari Universiti Illinois, yang mengetuai kajian berkaitan kesan pokok dan kawasan taman. Kajian itu juga menunjukkan bahawa manusia lebih ceria dan menunjukkan prestasi yang baik dalam peperiksaan jika tinggal dekat kawasan banyak pokok
Sunday, February 15, 2009
faedah pokok
Saturday, February 14, 2009
Temuduga masuk SBP ambilan kedua
Semua Pengetua di semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh negara telah diberi kuasa untuk menemuduga bakal pelajar yang akan memasuki tingkatan satu di sekolah masing-masing bermula 19 Januari ini.
Langkah itu yang pertama kali diwujudkan dilihat sebagai peralihan kuasa secara beransur-ansur dari Kementerian Pelajaran kepada pihak sekolah sejajar pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang memberi kuasa kepada sekolah memilih calon pelajar.
Bagaimanapun Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata, berbanding kemasukan ke sekolah kluster yang akan turut diberi kuasa sedemikian, SBP melaksanakan peraturan yang lebih ketat bagi kemasukan pelajarnya.
``Untuk kemasukan SBP pelajar wajib mempunyai keputusan UPSR yang cemerlang iaitu 5A,’’ katanya.
Temuduga yang diadakan itu adalah untuk pengambilan kedua pelajar tingkatan satu yang memohon kemasukan melalui pihak sekolah.
Pengambilan tersebut merupakan 20 peratus daripada kesemua pengambilan pelajar tingkatan satu bagi setiap SBP.
Pengambilan pertama pelajar tingkatan satu ke SBP di seluruh negara adalah melalui prosedur biasa oleh Kementerian Pelajaran.
Antara kriteria yang akan diberi perhatian semasa temuduga ialah kepetahan pelajar bercakap selain berupaya memberi pandangan.
Selain itu, aktiviti kokurikulum juga ditekankan dengan penumpuan pelajar yang pernah mewakili sekolah ke peringkat negeri seperti dalam pertandingan bahas, syarahan dan sukan.
Pengetua juga boleh memilih sama ada untuk mengendalikan temuduga dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
Selain keputusan cemerlang UPSR pemilihan pelajar akan turut melibatkan latar belakang keluarga masing-masing iaitu kelebihan kepada pelajar daripada latar belakang keluarga yang miskin dan dari kawasan pedalaman serta luar bandar.
Difahamkan setiap SBP memperuntukkan kira-kira 25 sehingga 30 tempat untuk pengambilan kedua pelajar tingkatan satu namun pihak sekolah menerima lebih 300 permohonan untuk temuduga itu.
Selain kuasa untuk memilih pelajar tingkatan satu, para Pengetua SBP juga dijangka akan diberi kuasa untuk menemuduga calon pelajar bagi tingkatan empat sekolah masing-masing.
Menurut Alimuddin, kelebihan pelaksanaan temuduga itu ialah ia memberi peluang kepada pihak sekolah untuk memilih pelajar yang mempunyai daya kepimpinan.
``Selain itu mereka boleh memilih pelajar yang mempunyai nilai kebitaraan sekolah masing-masing sama ada sukan, pancaragam atau bahas,’’ katanya.
Namun tegas Alimuddin, yang penting ialah temuduga itu sendiri dapat menilai sama ada pelajar itu berminat atau terpaksa memohon memasuki SBP atas desakan ibu bapa.
``Daripada pengalaman yang lalu kita menerima banyak aduan mengenai pelajar yang tidak mahu berada di SBP tetapi dipaksa oleh ibu bapa dan ini menimbulkan pelbagai isu,’’ katanya.
Pada UPSR 2008, sebanyak 46,000 pelajar memperoleh keputusan 5A dan 6,000 tempat disediakan untuk pelajar tingkatan satu di 54 buah SBP di seluruh negara.
Namun begitu empat buah SBP iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Sekolah Menengah Sains (SMS) Muar, SMS Seremban dan SMS Seri Puteri tidak menawarkan tempat untuk pelajar tingkatan satu.
Friday, February 6, 2009
BAHASA BADAN
VITAMIN D
CAIRO BOOK FAIR 09



