Thursday, December 17, 2009

Doa Akhir dan Awal Tahun - Salam Tahun Baru!


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله رب العالمين وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، اللهم ما عملنا في هذه السنة مما نهيتنا عنه فلم نتب منه ولم ترضه ولم تنسه وحلمت علينا بعد قدرتك على عقوبتنا ودعوتنا إلى التوبة منه بعد جرأتنا على معصيتك فإننا نستغفرك فاغفرلنا، وما عملنا فيها مما ترضاه ووعدتنا عليه الثواب فنسألك اللهم يا كريم يا ذا الجلال والإكرام أن تتقبله منا ولا تقطع رجاءنا منك يا كريم، وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين والحمد لله رب العالمين.

AlhamdulilLahi Robbil ‘alamin, wasollolLahu ‘ala saiyidina Muhammad wa ‘ala aalihi wa sohbihi ajma’iin, Allahumma ma ‘amilna fi hazihis sanati mimma nahaitana ‘anhu, falam natub minhu, walam tardhahu, walam tansahu, wa halumta ‘alaina ba’kda qudratika ‘ala ‘uqubatina, wa da’autana ilattaubati minhu ba’da jur-atina ‘ala ma’siatika.. fainnana nastaghfiruka faghfirlana.. wa ma ‘amilna fiha mimma tardhahu, wa wa’adtana ‘alaihis sawaba,, fanas alukal Lahumma,, ya Kariimu,, ya Zaljalali wal ikraami, an tataqabbalahu minna, wa la taqtoq rajaana minKa, ya Kariim… wa sollollahu ‘ala saiyidina Muhammad, wa ‘ala aalihi wa sohbihi ajmai’in, walhamdulilLahi robbil ‘aalamiin.

Maknanya;

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh Alam, Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda semuanya. Ya Allah, ya Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini, maka kami belum bertaubat daripadanya,, padahal Engkau tidak redha dan Engkau memang tidak lupakannya, dan engkau berlembut,, tiada mengazabkan kami, malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami mencebur diri melakukan maksiat itu,, maka kami mohon keampunanMu.. Ya Allah,, ampunkanlah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhoi dan yang tidak redhoi dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya,, maka kami pohon diperkenankan akan perbuatan amalan yang telah kami lakukan itu,, dan Engkau Ya Allah,, tidak menghampakan harapan kami,, Dan Selawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, keluarga baginda dan para sahabatnya… Segala puji hanya bagi Allah,, Tuhan sekalian alam.Ya Allah,, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…


دعا أول تاهون

بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد أشرف المرسلين وعلى آله وصحبه أجمعيناللهم أنت الأبدي القديم الأول، وعلى فضلك العظيم وجودك المعول، وهذا عام جديد قد أقبل علينا، نسألك العصمة فيه من الشيطان الرجيم وأولياؤه وجنوده والعون على هذه النفس الأمارة بالسوء والاشتغال بما يقربنا إليك زلفى، يا ذا الجلال والإكرام، يا أرحم الراحمين، وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم، والحمدلله رب العالمين.

AlhamdulilLahi Robbil ‘alamin, wassolatu wassalamu ‘ala saiyidina Muhammad, asyrafil mursalin, wa ‘ala aalihi wa sohbihi ajma’iin. Allahumma Antal Abadiyyul Qadimul Awwalu, wa ‘ala fadlikal ‘azimi wa judikal mu’awwali, wa haza ‘amun jadidun qad aqbala ‘alaina,, nas-alukal ‘’ismata fihi minas syaithoonir rojimi wa auliyaihi wa junudihi, wal ‘auna ‘ala hazihin nafsil ammarati bissu-i, wal isytighola bima yuqarribuna ilaiKa zulfa, Ya Zaljalali wal Ikraami, Ya Arhamar Rohimiin. Wa sollolLahu ‘ala saiyidina Muhammad wa ‘ala aalihi wa sohbihi ajmaiin, walhamdulilLahi Robbil ‘alamiin.

Maknanya;
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,, Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, Rahmat dan sejahtera atas Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda sekalian.. Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Kekal Abadi, Sedia Ada, tiada permulaan. KelebihanMu Maha Besar dan kemurahanMu sangat-sangat diharapkan.. Telah tiba tahun baru, kami memohon kepada Mu agar Engkau pelihara kami sekalian dalam tahun baru ini dari segala tipu daya syaitan yang direjam, juga dari kuncu-kuncunya dan segala bala tenteranya.. Kami mohon padaMu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebaikan yang boleh mendampingkan kami denganMu.. Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Maha Mulia.. Ya Allah, Tuhan Maha Pengasihani. Dan Selawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, keluarga baginda dan para sahabatnya… Segala puji hanya bagi Allah,, Tuhan sekalian alam.

No comments:

Post a Comment