Wednesday, November 25, 2009

khutbah eiduladha

“IHRAM SIMBOL KERENDAHAN DIRI”
(27 NOVEMBER 2009 / 10 ZULHIJJAH 1430)
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقآئِلِ:

وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفاء ويقيموا الصلاة ويؤتوا الزكاة وذلك دين القيمة
أشهد أن لآ إله إلا الله وحده لا شريك له، تعظيما لشأنه، وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله، اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد، فيا عباد الله، اتقوا الله، أوصيكم وإياي بتقوى الله، فقد فاز المتقون.
Muslimun muslimat Yang Dirahmati Allah SWT,

Pada hari Jumaat yang penuh berkat dan dalam masjid yang suci ini, marilah kita bersama-sama tingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya, sesungguhnya orang yang paling baik di sisi tuhan ialah orang yang paling bertaqwa. Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah “IHRAM SIMBOL KERENDAHAN DIRI”.

Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana memberi keistimewaan besar pada hari ini. Selain menghayati sambutan Iduladha, kita juga dapat melaksanakan ibadah di hari Jumaat yang mulia ini. Manakala bagi saudara kita di tanah suci, hari ini adalah saat terindah kerana dapat menyahut seruan haji. Sesungguhnya amal ibadah yang dilakukan atas dasar jemaah, menjadi paksi kecintaan umat Islam kepada Allah SWT.

Justeru tidak hairan, perhimpunan yang diadakan pada hari ini telah menarik jutaan manusia dari tanah kelahiran dan rumah mereka untuk datang berbondong-bondong ke Makkah yang aman dan suci. Juga umat yang Islam yang tidak berkesempatan menunaikan haji berbondong-bondong pula ke masjid menunaikan solat Jumaat. Semua itu adalah bukti keimanan, ketakwaan, ketaatan, keikhlasan dan keteguhan akidah umat Islam.

Firman Allah SWT dalam surah al-Bayyinah ayat 5:

وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفاء ويقيموا الصلاة ويؤتوا الزكاة وذلك دين القيمة

Maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.”

Ihram menurut syarak ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang ditentukan oleh Allah SWT selama memakai ihram itu. Orang yang berihram dikehendaki bermula dari miqat iaitu tempat yang telah ditetapkan untuk memakai ihram. Selain itu syarak menetapkan warna putih sebagai pakaian rasmi bagi ihram. Hal ini tidak menyebabkan sesiapa pun berasa janggal kerana apa yang mereka lakukan adalah perkara yang serupa.
Ihram dalam konteks ibadah yang lebih menyeluruh bermaksud pantang larang yang membuktikan ketaatan seseorang hamba kepada Allah SWT. Demikian juga apabila kita mengucapkan syahadah, maka kita sebenarnya telah berihram. Bermula dari sini segala gerak geri, tuturkata dan niat hanya tertumpu kepada Allah semata-mata. Amalan ini sama juga dengan pekerjaan ihram dalam ibadat haji dan umrah atau takbiratul ihram dalam solat; ada perbuatan-perbuatan tertentu yang dilarang meskipun sebelumnya ia dibenarkan oleh syarak.

Persoalan besar timbul ialah kenapa Allah SWT meletakkan sempadan tertentu sebagai pantang larang bagi umat Islam?. Apa yang jelas, dalam kehidupan manusia kita tidak dibenarkan bebas sesuka hati. Kebebasan yang dianugerahkan oleh Allah bukanlah bersifat mutlak. Oleh itu kita dilarang minum arak, berzina, berjudi, membunuh tanpa hak, derhaka kepada ibu bapa dan sebagainya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 32:

ذلك ومن يعظم شعائر الله فإنها من تقوى القلوب

Maksudnya: “Demikianlah ajaran Allah; dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah, maka termasuklah dia orang yang bertaqwa.”

Berdasarkan ayat tadi, jelas bahawa pantang larang yang ditetapkan oleh Allah SWT sebagai panduan umat Islam. Oleh itu, tugas penting umat Islam adalah memahami dengan bijaksana hakikat haji, solat, zakat dan perintah Allah yang lain. Jangan kita menjadi sombong disebabkan banyaknya melakukan ibadah haji, solat, berpuasa dan sebagainya tetapi kita gagal menjadi umat Islam yang taat.

Pihak berkuasa telah menyediakan pelbagai undang-undang dan peraturan untuk mengawal dan mendisiplinkan orang ramai seperti Akta Jenayah Syariah, peraturan lalulintas, Akta Pencegahan Rasuah, peraturan imigresen, Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Pilihanraya dan sebagainya. Semua ini bertujuan mewujudkan keamanan dan kesejahteraan rakyat dan negara. Kita sering mendengar dalam perbicaraan kes-kes di mahkamah sebahagian mereka besar pangkatnya, hebat penampilannya, banyak hartanya tetapi melakukan kesalahan dan tiada integriti.

Semua peraturan ini adalah bertujuan untuk membendung ajaran sesat, pelampau agama dan tidak menimbulkan kegelisahan dan perpecahan di kalangan umat Islam. Adalah menjadi tanggungjawab para ulamak, penjawat awam, ahli politik, para jemaah dan umat Islam sekalian agar menghayati sifat jujur, amanah atau berintegriti dengan menghormati undang-undang. Masyarakat sedang memantau dan memerhatikan sejauhmana intergriti dihayati seperimana yang diperjuangkan oleh Institut Intergiri Malaysia.

Ihram haji mengajar kita mematuhi peraturan dan bersikap insaf diri. Apabila kita insaf dan beramal dengan falsafah ini, maka kita telah sanggup melutut dengan kerendahan batin. Tiada lagi sifat-sifat takabbur di hadapan Allah SWT. Kita sentiasa mengawal diri kita, ahli keluarga kita dan sesama manusia untuk menentukan kecemerlangan agama Islam. Akhirnya kita bersedia menyerahkan diri di bawah tadbir Allah Yang Maha Adil seluruh jiwa raga, segenap perasaan dan semua anggota zahir bergerak ke arah pengabdian yang hakiki kepada Allah tanpa berbelah bahagi.

Hasilnya, sudah pasti seseorang hamba itu akan menjadi hamba yang mukhlis (ikhlas), soleh (baik), siddiq (dipercayai), dan sebagainya. Mereka akan memperolehi keistimewaan yang banyak sama ada di dunia dan di akhirat kelak.

Mengakhiri khutbah, mimbar ingin berpesan, ihram haji dan peraturan dalam solat memberi pengajaran bahawa;
Pertama, mematuhi segala pantang larang Allah adalah petunjuk insan soleh yang tunduk secara mutlak kepada-Nya.
Kedua, bahawa Islam mengajarkan kesamaan dan tiada perbezaan antara manusia berpangkat besar atau kecil.
Dan ketiga, bersiap sedia menerima pembalasan yang lebih adil di hari akhirat.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ
وذروا ظاهر الإثم وباطنه، إن الذين يكسبون الإثم سيجزون بما كانوا يفترون


Maksudnya: “Dan tinggalkanlah dosa yang nyata dan tersembunyi. Sesungguhnya orang yang melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan”. (Surah al-An’aam:120)
بارك الله لي ولكم في القرآن العظيم، ونقعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم، وتقبل مني ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم، أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات، فاستغفروه فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين.

Tuesday, November 24, 2009

siput


لحم اسود ولزج داخل صدفة اسطوانية الشكل اكبر من قبضة اليد: طعم الحلزون العمق شهي ان حضر على شكل حساء او يخنة على ما يقول الكثير من سكان نيجيريا الذين يعشقون هذا الطبق المحلي.
ويوضح يميسي اديدويين شيلون وهو من محبي هذا الطبق "يقال ان لحم الحلازين ابيض ".." وهي ليست شهية فحسب بل ممتازة للصحة خلافا للحم الاحمر".

وهي تطبخ عادة بالفلفل والبصل وتسمى "ايغبين" بلغة يوروبا ويمكن ان تسلق او تقلى بمفردها وتقدم عادة مع الخضر ودقيق المنيهوت والارز والامالا وهي من المعجنات التي تصنع من نبتة الانيام "درنتها من النشويات تؤكل".

وهذا الطبق يلقى رواجا كبيرا في وسط نيجيريا وجنوبها لكنه اقل شعبية في الشمال.

ويؤكد يميسي "الاطباء ينصحون بتناوله ".." فهو مفيد لمكافحة ارتفاع الضغط".

ويمتلك يسيمي الذي يعشق الفنون ولديه احدى اكبر المجموعات الفنية في نيجيريا، مزرعة حلازين ويؤكد انه يستهلك منها يوميا وهو من باب الترف نظرا الى سعرها في الاسواق والمطاعم.

وفي زاوية من زوايا الحديقة الشاسعة التي تزخر بالمنحوتات البرونزية وتسرح فيها الطواويس يضم قفص تبلغ مساحته خمسة امتار مربعة حوالى خمسين حلزونا حاضرا للاتهام.

ويأخذ يميسي حلزونا كبيرا في يده ويقول "هذا مصدر البروتينات الرئيسي بالنسبة لي".

وردا على سؤال حول طعمها ولحمها يتردد يميسي قبل ان يقول "انها قاسية جدا ".." انها اشبه بالبلاستيك في الفم لكن طعمها تماما كطعم اللحم".

وفقا لعمر الحلزون او حجمها، يمكن ان يكون لحمها "طريا جدا ويذوب في الفم" على ما يفيد هواة اخرون لهذا الطبق.

المشكلة الوحيدة هي ان هذه الحلازين قد تصيب بتسمم قاتل في حال عدم تنظيفها بشكل جيد.

وتوضح يمي احمد التي يبيع هذه الحلازين العملاقة في سوق الاسماك الصغيرة تحت الجسر الرئيسي في لاغوس "يجب تنظيفها بحجر الشب".

وتتبرع فورا للقيام بتجربة امامنا فتخرج بمهارة الحلزون من صدفته وتقطعه الى شطرين لتحف اللحم بقوة على حصى صغيرة من هذا الحجر الابيض.

وتتكدس المئات من هذه الحلازين الحية في ثلاث سلال موضوعة على ارض. والى جانبها دلو صغير بلاستيكي فيه سائل بني اللون.

وتؤكد البائعة وهي تحرك هذا السائل الثمين "انها ماء الحلازين وهي شهية جدا. يجب مزجها مع العسل وتسخينها، انها ممتازة لمعالجة السعال".

وتتوجه هذه البائعة كل اسبوعين الى ولايتي اوندو وايدو في جنوب غرب نيجيريا للتزود بها لدى "صائدي حلازين" يقومون بجمعها في الطبيعة ليلا.

وتوضح يمي "عادة ابيع الكبيرة منها بسعر 250 نايرا "10،1 يورو" لكن راهنا وبسبب الحرماتان "رياح حارة تهب في هذا الموسم في افريقيا الغربية" تختبئ في حفر ويصعب العثور عليها لذا ابيعها ب 300 نايرا".

وتضيف "انها مصدر رزق جيد. لكنها ليست بمتناول الجميع فغالبية سكان نيجيريا لا يستهلكونها الا في المناسبات الخاصة".

ويقول باتريك " 31 عاما" "لا يمكن العثور عليها اينما كان في لاغوس. المطاعم الصغيرة تقدم خصوصا اللحم الذي يقل سعره خمس مرات عنها" متمنيا لو يستطيع اكلها اكثر.

Saturday, November 21, 2009

pekeliling ikhtisas bil. 9/2000


PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR

Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jld.XVI (9)

30 Mac 2000

Semua Pengarah Pendididikan Negeri
Y.Bhg. Datuk/Dato'/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 9/2000:
Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum
dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah

Kementerian Pendidikan memandang amat serius akan beberapa insiden kemalangan,
membabitkan murid sekolah yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Kemalangan yang berlaku
didapati telah membawa kepada kecederaan dan kematian pelajar kerana terhempap
palang gol, terlanggar tiang gol, terkena lontaran peluru dan terjatuh di dalam tangki najis.

Berlakunya insiden-insiden sedemikian, menggambarkan bahawa pihak pengurusan
sekolah telah mengabaikan aspek keselamatan yang sepatutnya sentiasa diberi perhatian
dan keutamaan.

2. Pihak sekolah adalah dipertanggungjawabkan, untuk memastikan keselamatan diri
pelajar terjamin semasa berada di sekolah. Oleh itu langkah-langkah keselamatan perlu
diwujud dan diamalkan untuk mengelak atau mengawal sebarang kemungkinan berlakunya
kemalangan di kalangan murid ketika menjalani aktiviti di sekolah, sama ada aktiviti-aktiviti pembelajaran, pendidikan jasmani, kegiatan kokurikulum atau sukan.

3. Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan kepada
semua Pengetua dan Guru Besar supaya sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini ke atas diri murid serta mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengelakkannya.

4. Sebagai panduan, berikut adalah di antara beberapa langkah yang sewajarnya
dilakukan:-
4.1 Guru Opsyen Pendidikan Jasmani dan Kesihatan:
4.1.1 Menjaga keselamatan murid dengan rapi semasa di dalam atau di luar
bilik darjah.
4.1.2 Bertanggungjawab mengeluar, mengguna dan menyimpan alat-alat sukan walaupun boleh dibantu oleh murid.
4.2 Guru Kokurikulum dan Sukan:
4.2.1 Guru-guru mestilah mengawasi dan peka terhadap keselamatan
murid-murid yang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dan sukan.
4.2.2 Guru-guru hendaklah memastikan semua alat sukan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan.
4.3 Murid:
4.3.1 Setiap murid perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga dan pengetua atau guru besar untuk mengambil bahagian di dalam sukan dan aktiviti kokurikulum di luar sekolah.
4.3.2 Keselamatan dan kebajikan murid perlu diberi keutamaan seperti makanan dan minuman dan lain-lain lagi.
4.3.3 Guru hendaklah mengiringi murid dalam semua aktiviti di luar kawasan sekolah. Sekiranya terdapat murid perempuan, seorang guru wanita hendaklah mengiringi pasukan tersebut.
4.3.4 Kesihatan murid perlu diberi perhatian dan diambil kira.
4.3.5 Murid yang mempunyai penyakit kronik tidak boleh dipaksa mengambil bahagian.
4.3.6 Bagi semua aktiviti lasak, murid-murid dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu.
4.3.7 Murid-murid yang cedera, semput atau lelah (asthma) tidak dibenarkan mengambil bahagian.
4.4 Skim Perlindungan Diri:
4.4.1 Sekolah digalakkan mengadakan skim perlindungan diri untuk semua murid yang merangkumi perkara-perkara berikut:
a) kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.
b) kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik bersukan.
c) kemalangan semasa menyertai sukan dan kokurikulum.
d) kemalangan yang disebabkan peralatan sukan yang masih dalam 'warranty'
4.5 Penyelenggaraan Peralatan Sukan (Stor Sukan):
4.5.1 Peralatan sukan yang dianggap merbahaya dan jika diabaikan boleh membawa maut adalah Lembing, Peluru, Cakera, Tukul Besi, Tiang Lompat Tinggi, Tiang Lompat Bergalah, Kayu Hoki, Kayu Golf, Bad Kriket, Bola Hoki, Bola Kriket, Bola Golf, Bola Baling, Bola Billiard, Dart, Spikes, Anak Panah dan Peralatan Gimnastik.
4.5.2 Pastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang merbahaya seperti yang dinyatakan dalam 4.5.1 diadakan pada hari atau masa yang berasingan dengan latihan sukan lain.
4.5.3 Peralatan merbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaannya dengan rapi sepanjang masa,
4.5.4 Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah diambil oleh orang-orang yang ditugaskan sahaja.
4.5.5 Setiap alat yang dikeluarkan dari stor sukan mestilah direkodkan dalam buku keluar-masuk alat-alat sukan oleh guru atau jurulatih sahaja.
4.5.6 Peralatan sukan tidak boleh dibawa pulang ke rumah oleh sesiapa pun dan ia hendaklah diambil dan dipulangkan pada hari yang sama.
4.5.7 Mempunyai kawasan yang selamat untuk menyimpan semua peralatan yang tidak digunakan.
4.5.8 Penjaga stor hendaklah memeriksa dan memastikan peralatan yang baik sahaja yang boleh dikeluarkan.
4.5.9 Peralatan yang sudah rosak hendaklah dilaporkan pada pentadbir sama ada untuk diperbaiki atau dimusnahkan.
4.6 Peralatan Sukan:
4.6.1 Peralatan sukan seperti Tiang Gol hendaklah ada ‘warranty’ daripada pembekal selain daripada piawai yang diluluskan oleh undang-undang persatuan sukan.
4.6.2 Semua peralatan yang sudah tamat tarikh luput hendaklah dimusnahkan dengan serta merta.
4.6.3 Adalah salah membeli, meminjam atau memberi pinjam, mengguna peralatan sukan yang tidak mendapat pengiktirafan dari Badan Sukan.
4.7 Kawasan Sukan/Permainan:
4.7.1 Kawasan latihan, permainan atau sukan hendaklah berada dalam keadaan yang baik dan terurus.
4.8 Kawasan Larangan:
4.8.1 Kawasan Larangan dan merbahaya adalah kawasan yang dibenarkan kepada guru/ jurulatih sahaja untuk mengawasi aktiviti sukan.
a) Kolam Renang.
b) Dewan Gimnastik.
c) Bilik Kecergasan/Latihan Beban.
d) Stor Sukan.
e) Kawasan Berpagar tempat menyimpan peralatan sukan yang besar seperti Tiang Gol.
4.9 Cuaca/Musim:
4.9.1 Adalah dilarang sama sekali menjalankan aktiviti sukan di tempat lapang semasa cuaca buruk dan adanya kilat atau petir.
4.9.2 Adalah tidak dibenarkan mengadakan aktiviti sukan semasa hujan dan ribut petir, sama ada di padang atau kolam renang.
4.9.3 Berhentikan aktiviti sukan apabila keadaan menjadi gelap kerana hendak hujan.
4.10 Laporan Kemalangan atau Kecederaan:
4.10.1 Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah disiasat dan dilaporkan kepada pengetua atau guru besar dengan segera.
4.10.2 Semua jenis kemalangan mestilah direkodkan.
4.11 Aktiviti Sukan Kemahiran Tinggi:
4.11.1 Segala aktiviti sukan seperti gimnastik terjun dan lain-lain yang memerlukan kemahiran tinggi perlu diajar oleh guru sukan yang bertauliah.
4.11.2 Pastikan ada 'life saver' yang bertauliah bertugas semasa aktiviti-aktiviti
sukan renang dijalankan.
4.12 Pelaporan Aktiviti (Penilaian):
4.12.1 Guru pengiring mestilah membuat laporan bertulis kepada pihak sekolah mengenai sebarang aktiviti yang dijalankan atau disertai.
5. Surat Pekeliling lkhtisas ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling
lkhtisas Bil. 1/1995 bertarikh 6 April 1995, dan sila maklurnkan kepada Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan.
Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato' Musa Bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Dato' Abdul Aziz Bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Dato' Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Y.B. Dato' Mahadzir Bin Mohd Khir
Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan
5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
9. Ketua Nazir Sekolah
10. Pegawai Perhubungan Awam

Thursday, November 19, 2009

pengorbanan...


BESUT - Kecekalan seorang ibu yang sanggup mendukung anaknya yang cacat ke sekolah setiap hari sejak enam tahun lalu tidak sia-sia apabila anak sulungnya itu memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semalam.
Walaupun cacat kerana menghidap penyakit Osteogenesis Imperfecta iaitu sejenis penyakit kerapuhan tulang, Siti Norfarah Hanim, 12, tidak mudah mengalah hingga akhirnya mencipta kejayaan itu.
Siti Norfarah adalah antara 40 orang pelajar Sekolah Kebangsan Tengku Mahmud II di sini yang mendapat 5A dan diraikan dalam satu majlis di sekolah itu.
Ketika nama Siti Norfarah diumumkan untuk ke pentas bagi mengambil slip keputusan, dia bersama ibunya, Norhaida Harun, 38, dilihat berlinangan air mata kegembiraan.
Bagi Norhaida, hanya pelajaran yang mampu diberikan kepada anaknya itu memandangkan dirinya tidak mampu untuk menyediakan harta yang banyak untuk kehidupan pada masa depan.
Katanya, setiap pagi sebelum ke sekolah, Siti Norfarah akan dibekalkan dengan sedikit makanan kerana tidak mampu berjalan ke kantin dan dia bernasib baik kerana seorang rakan sekelasnya, Nurul Alia Rosdi secara sukarela membantu anaknya semasa di dalam kelas.
Sementara itu, di Pasir Mas, Kelantan, Muhammad Nabil Mohd. Nasir, 12, yang mengalami kecacatan pada kaki kiri dan kedua-dua tangannya sejak dilahirkan turut berjaya meraih 5A dalam UPSR.
"Ini hadiah untuk ibu saya yang bersusah payah mendukung saya ketika menghantar dan mengambil saya sekolah setiap hari," katanya yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Othman Talib 1, Pasir Mas.

tahniah...!

Anak2 cemerlang upsr di kota bharu... semalam masing2 menerima rm100.. tahniah...

Wednesday, November 18, 2009

Pembelajaran Luar Bilik Darjah


Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD)

PENGENALAN

Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000 supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna dan lebih berbentuk kontekstual. Ini adalah selaras dengan saranan UNESCO supaya mengamalkan “Four Pillars of Education: Learning to Know, Learning to Do, Learning to Live Together dan Learning to Be”.


Untuk memastikan PLBD dilaksanakan dengan lebih berkesan, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah mengeluarkan Garis Panduan PLBD (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) bagi membantu guru menjalankan PLBD.


PENGERTIAN PLBD

Garis Panduan PLBD (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) memberi pengertian PLBD seperti berikut: “Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif.”


OBJEKTIF PLBD PLBD boleh digunakan untuk tujuan menyediakan murid untuk belajar sesuatu tajuk atau konsep yang akan dipelajari, mengukuhkan apa yang telah dipelajari, atau pun sebagai satu proses mempelajari sesuatu tajuk atau konsep.

Objektif-objektif PLBD merangkumi tiga domain pembelajaran, iaitu domain pengetahuan, domain sikap dan domain kemahiran. Antaranya ialah:

· Mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari dalam kelas;

· Memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyenorokkan;

· Membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual;

· Meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar;

· Mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan;

· Mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses dan menganalisis data dan maklumat. · Menerapkan nilai-nilai murni.


MODEL PLBD

Tiga model PLBD dicadangkan dalam dokumen Garis Panduan PLBD: Model PLBD

1: Luar bilik darjah dalam kawasan sekolah. Model PLBD

2: Berhampiran kawasan sekolah. Model PLBD

3: Jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran PPD) (Lawatan terancang & berintergrasi ilmu)


PERANCANGAN PLBD

Sebelum PLBD

Semasa PLBD

Selepas PLBD


PERANCANGAN PLBD Guru Murid Sebelum PLBD

Menetapkan tujuan & objektif PLBD (hasil pembelajaran tajuk / konsep dalam sukatan, sikap dan kemahiran)

Ulangkaji pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang diperlukan untuk aktiviti PLBD

Memenuhi segala syarat dan kehendak rasmi seperti kebenaran bertulis daripada pihak sekolah, PPD dan ibu bapa

Memaklumkan kepada murid dan ibu bapa tentang tujuan dan program LPBD

Mendapatkan nombor telefon ibu bapa murid supaya senang dihubungi

Membuat tempahan tempat dan pengangkutan

Memastikan bas mempunysi insuran penumpang, permit perjalanan dan dua orang pemandu. Memastikan insuran berkumpulan telah diambil untuk murid

Memastikan seorang guru pengiring ditugaskan untuk sekumpulan sepuluh orang murid Membahagikan murid kepada lima orang dalam satu kumpulan dan melantik ketua bagi setiap kumpulan untuk menjaga kebajikan setiap ahli kumpulan di sepanjang lawatan

Melawat tempat PLBD dan merancang aktiviti

Memberi taklimat kepada murid tentang keselamatan, peraturan dan tanggung jawab masing-masing Membahagikan tugas & tanggung jawab kepada murid

Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan (termasuk alat-alat seperti kamera, perakam audio dll)

Mengetahui dan menyedari tujuan dan objektif lawatan

Menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk aktiviti lawatan

Melatih teknik-teknik mengumpul maklumat

Mengetahui dan memahami tanggung jawab diri dan kumpulan

Memahami peraturan dan aturcara lawatan

Menyediakan bahan yang diperlukan untuk aktiviti lawatan

Memahami keperluan-keperluan keselamatan Semasa PLBD

Menyelia dan mengawal murid supaya keselamatan murid sentiasa terjaga

Memberi bantuan bila diperlukan

Menggalakkan murid menanya soalan untuk mendapat maklumat

Membuat pemerhatian secara langsung

Mengumpul dan merekod maklumat Mematuhi peraturan-peraturan lawatan

Berkerjasama dalam kumpulan Selepas PLBD

Memberi maklumat tambahan jika diperlukan oleh murid

Membimbing murid membuat rumusan

Menilai pembelajaran murid dan keberkesanan aktiviti PLBD (termasuk pengurusan & pengelolaan aktiviti).

Menyusun maklumat yang dikumpul Menjawab soalan-soalan tugasan dan membuat rumusan Menyemak dapatan dan rumusan dengan murid atau kumpulan lain

Menyediakan laporan Menghantar / membentang hasil / laporan

Membincang isu-isu yang mengelirukan (jika ada)

BERSAMA MERANGKUL KEUNGGULAN


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM & STPM
SEMOGA TERBILANG SEMUANYA!
IN SYA ALLAH...!

Saturday, November 14, 2009

pengorbanan,,



Bagaimana pun jua, Nabi Ibrahim tidak pernah lupa terhadap
anak dan isterinya yang ditinggalkan di tempat yang sangat
jauh, di padang pasir yang tandus, di mana tidak terdapat
manusia dan tumbuh tumbuhan. Ditinggalkannya dengan
menyerahkan nasib keduanya hanya kepada Allah semata. Lebih
lebih lagi terhadap anaknya Ismail, anak yang bertahun tahun di
idam idamkannya. Diutuskan orang untuk mengetahui
keadaan anak dan isterinya. Alangkah gembira dan bahagianya
Ibrahim, setiap orang yang diutusnya itu datang membawa
khabar yang mengatakan bahawa keadaan anak dan isterinya
adalah dalam keadaan sihat walafiat. Apalagi di tempat itu,sudah timbul sebuah sumber mata air,
sehinggakan sumber itu telah didatangi banyak musafir,
sehingga sudah agak ramai. Ibrahim bersyukur, berdoa, lalu
bersyukur dan berdoa lagi: Ya Allah, aku meninggalkan anak dan
isteriku di tempat sepi yang tidak ada manusia dan tidak ada
pula buah buahan. Berilah mereka rezeki yang merupakan air
dan buah buahan, jadikanlah hati manusia tertarik kepada
mereka, agar mereka tidak hidup dalam kesepian saja.
Doa seorang bapa terhadap anak dan isteri yang jauh di mata,
adalah termasuk doa yang sangat diperhatikan dan dikabulkan
oleh Allah. Apalagi yang berdoa itu adalah seorang Nabi dan
Rasul, bapa dan nenek moyang semua Nabi dan Rasul.
Beberapa tahun sudah lampau sejak berpisah. Kerinduan
Ibrahim untuk melihat wajah anak dan isterinya Hajar sudah
tidak tertahankan lagi. Dengan seizin isterinya Sarah, Ibrahim
berangkatlah menuju ke Selatan, mencari anak dan isterinya.
Didapatinya, tempat itu sudah menjadi ramai, tempat manusia berkumpul dan
menetap. Tempat itu telah diberi orang nama, iaitu Bakkah atau
Makkah. Diketahuinya bahawa isteri dan anaknyalah yang
dianggap orang sebagai pemilik atau penguasa sumber
air yang bernama Telaga Zamzam. Sebab itu isteri dan
anaknya itu mendapat penghormatan dari seluruh penduduk dan
pendatang. Kehidupan ibu dan anaknya sudah menjadi baik. Di
samping sebagai penguasa Telaga Zamzam, juga sudah memiliki
ternakan yang terdiri dari berpuluh puluh ekor kambing yang
dibiakkan dan diperah susunya.
Ibrahim bertanya kepada siapa yang dia temui, di mana
anak dan isterinya itu sekarang. Dikatakan orang bahawa
keduanya ada di suatu dataran, sedang menggembala
ternak, kambing. Ibrahim datang ke tempat yang ditunjukkan. Akhirnya bertemulah Ibrahim dengan anak
dan isterinya di satu tempat- Padang
Arafat. Pertemuan yang sangat mesra. Bertemu dalam keadaan sihat
walafiat, gembira dan bahagia. Jauh berbeza dengan saat
berpisah beberapa tahun yang silam. Mereka serentak bersama
mengucapkan kalimat kalimat membesarkan Allah, mensucikan
dan memuji: Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa Lillahil Hamdu.
Setelah matahari terbenam, panas terik sudah berganti dengan
udara senja, Ibrahim bersama dengan isterinya Hajar dan
anaknya Ismail berangkat pulang (ke Mekah), mereka berhenti
di suatu tempat yang sekarang dinamai Muzdalifah (dalam al-
Quran di-namai Masyaril Haram) di mana mereka tertidur karena
lelah. Dalam tertidur sejenak itulah Ibrahim bermimpi bahawa
Allah memerintahkan Ibrahim untuk menyembelih anaknya
sebagai korban. Setelah terbangun, dia membisikkan kepada
anaknya Ismail: Hai anakku, aku bermimpi diperintah Allah
untuk menyembelihmu, bagaimanakah gerangan pendapatmu?
Ismail menjawab tanpa ragu: Wahai bapaku, laksanakanlah apa
yang diperintahkan Allah itu, dan aku akan tetap tabah, in sya
Allah. Dua kalimat yang tak ada taranya di atas bumi ini.
Pertama kalimat yang keluar dari mulut seorang bapa. Kedua
yang keluar dari mulut seorang anak. Ketabahan bapa
tak kurang dari ketabahan anak, sedang ketabahan anak juga
tak kurang dari ketabahan bapanya. Ketabahan yang hanya
dimiliki oleh orang yang penuh iman dan penyerahan diri kepada
Tuhannya. Sekalipun sebelumnya Ibrahim dan Ismail sudah
sering diuji. Ibrahim sudah diuji dengan pembakaran di tengah
gejolak api, dia tabah dan akhirnya selamat. lsmail dan
ibunya sudah diuji ditinggalkan sendirian di tengah padang pasir
tanpa bekal dan manusia.
Kedua duanya tabah dan selamat pula. Sekarang kedua duanya
diuji dengan ujian yang lebih berat, iaitu dengan mata
pedangnya sendiri diperintahkan menyembelih leher anaknya
yang sangat dicintainya, yang baru saja berjumpa setelah
berpisah bertahun tahun. Keduanya pun tabah.
Sungguh tak ada sesuatu yang lebih hebat dari keimanan di
alam yang luas ini.
Satu cubaan yang amat berat dan hebat. Sejak muda belia
Ibrahim bercita citakan untuk memperoleh seorang anak.
Setelah mendapat anak, dengan susah payah dia mengembara
bersama anak itu untuk menjalankan baktinya terhadap Allah.
Sekarang ini sudah amat tua, mengharapkan betul anak itu
untuk menjadi penggantinya. Anak itu diperintahkan Allah untuk
disembelih dengan tangan sendiri pula.
Keimanan dan ketaatan Ibrahim dan Ismail terhadap Tuhan,
sanggup menjalankan yang demikian. Atau pun yang lebih
berat dari itu, kalau ada. Keduanya bersiap untuk menjalankan
perintah di saat itu juga. Keduanya berangkat menuju
suatu tempat di daerah yang berbukit bukit, di kaki sebuah
gunung, daerah yang disebut Mina (atau Muna.
Sebelum sampai di tempat yang dituju, di tengah jalan
keduanya berjumpa dengan seorang manusia yang menanyakan
maksud dan tujuan mereka berdua. Setelah Ibrahim
menerangkan bahawa maksudnya ialah untuk menyembelih
anaknya sebagai korban kepada Allah, orang itu melarangnya
dengan pelbagai alasan. Dengan larangan itu, Ibrahim dan
Ismail percaya bahawa manusia itu adalah Iblis yang menyamar
sebagai manusia dan memberi nasihat. Iblis itu dilemparinya
dengan batu berulang ulang, sampai mati di suatu tempat yang
disebut Jamratul-Ula.
Setelah perjalanan diteruskan lagi, dengan jarak kira kira hanya
400 meter dari tempat itu, datang pula seorang manusia lain
yang juga melarang dan menasihati, agar perintah itu tidak
dijalankan dengan berbagai bagai alasan pula. Ibrahim dan
lsmail kembali melempar orang itu berulang ulang dengan batu,
sehingga ia lari, kerana itulah Iblis yang datang menggodanya.
Setelah berangkat dengan jarak kira kira 400 meter pula,
datang seorang lain yang juga melarangnya untuk
melaksanakan perintah Tuhan itu. Kembali Ibrahim dan lsmail
dilemparinya dengan batu, iaitu di Jamratul-Aqabah dan yang sebelumnya itu adalah
Jamratul-Wusta.
Akhirnya Ibrahim dan lsmail sampailah di kaki
sebuah bukit yang tinggi yang sekarang ini dinamai Bukit
Malaikat (di Mina), di mana Ibrahim akan melaksanakan perintah
Tuhan dengan menyembelih leher anaknya Ismail.
Keduanya sudah bersiap, Ibrahim sudah bersiap dengan pedang
tajam yang terhunus di tangan kanannya untuk menyembelih.
Sedang lsmail sudah bersiap merebahkan dirinya di atas sebuah
batu besar membukakan lehernya untuk disembelih.
Sekadar untuk sedikit meringankan beban penderitaan batin dari
kedua manusia besar itu, lsmail mengusulkan kepada bapanya
agar mengikat kedua tangan dan kedua kakinya, dan agar baju
yang menutupi badannya dibuka saja, lalu ditutupkan ke wajah
mukanya sendiri. Dia usulkan pula agar perintah itu segera saja
dijalankan, dengan mengasah pedang lebih dahulu agar lebih
tajam, supaya tidak begitu lama akibat yang timbul karena
penyembelihan ini.
Setelah mengucapkan salam selamat tinggal kepada ibu dan
bapanya, lsmail mengusulkan pula, agar bajunya itu nanti
diserahkan kepada ibunya, agar baju itu dapat dicium oleh
ibunya bila ibunya merindukan dirinya. Dan baju itulah pula
sebagai pusaka untuk ibu yang ditinggalkannya.
Sekarang tibalah saatnya untuk melaksanakan penyembelihan
itu. Baru saja Ismail merebahkan lehernya di atas batu, dan
Ibrahim bersiap mendekatkan mata pedang ke lehernya, tiba
tiba dari atas puncak bukit itu terdengar suara memanggil
namanya: Hai Ibrahim, sungguh engkau sudah siap untuk
melaksanakan perintah Tuhan dalam mimpimu. Kami akan
mengganjar kamu setimpal dengan ketaatanmu.
Ibrahim segera menoleh ke tempat datangnya suara itu, ia
melihat satu Malaikat turun ke bawah membawa seekor kibas
yang amat bagus, gemuk, sihat. Berkata Malaikat:
Hai Ibrahim, sembelihlah kibas ini sebagai ganti anakmu Ismail, makanlah dagingnya, jadikanlah hari ini hari raya bagimu
berdua, dan sedekahkanlah sebahagian dari dagingnya untuk
fakir miskin sebagai korban.
Darah tertumpah di atas batu membasahi bumi, bukan darah
Ismail, tetapi darah seekor kibas yang gemuk dan sihat.
Begitulah caranya Allah menebus korban Ismail dan korban
Ibrahim. Ditebus Allah dengan satu penyembelihan agung, satu
macam penyembelihan yang amat agung maksud dan
pelaksanaannya.
Terhadap peristiwa ini, Allah berfirman di dalam al-Quran: Wa
fadainahu bi zibhinadzim (Kami tebus dia dengan satu
sembelihan agung). Yang sebenarnya leher atau jiwa Ismail,
tidak sepadan kalau hanya ditebus dengan seekor kibas saja,
bahkan tidak sepadan kalau ditebus dengan menyembelih
seluruh kibas yang hidup ketika itu di seluruh permukaan bumi
ini.
Karena seekor kibas saja tidak sepadan, maka Allah dengan
perantaraan Nabi Muhammad s.a.w. memerintah kepada semua
orang yang beriman dari dahulu sampai
hari kiamat agar menyembelih kambing sebagai korban dan
aqiqah. Korban hukumnya wajib bagi setiap orang yang
melakukan ibadat haji, dan hukumnya sunnah muakkadah bagi
setiap Muslim yang tidak melakukan ibadat haji, setiap
tahun, iaitu dari tanggal 10 sampai 13 Zulhijjah. Selain dari itu,
kepada setiap orang Islam yang mendapatkan seorang anak,
disunnahkan pula menyembelih kambing sebagai aqiqah, ertinya
sebagai tebusan bagi anaknya.
Demikianlah beratus ratus ribu kambing, kibas, lembu dan unta
setiap tahun di hari raya Haji disembelih oleh kaum
Muslimin di mana saja mereka berada sebagai korban atau
aqiqah yang pada dasarnya untuk turut menebus jiwa Nabi
Ismail itu, yang dagingnya diberikan kepada kaum fakir miskin.
Setiap orang yang turut berkorban dan beraqiqah merasa turut
menebus jiwa Ismail. Dan keadaan demikian yang berlangsung
terus-menerus sampai hari kiamat. Dari itulah sebabnya, maka
Allah menyebut kejadian tersebut dengan kata: Zibhin Adzim.
Iaitu satu sembelihan yang agung dasar dan tujuannya,
berbeza dengan penyembelihan lain lainnya yang dilakukan oleh
mereka yang tidak beragama Islam.
Agama Islam mengundang seluruh manusia yang beriman dari
seluruh bangsa dan negara untuk berkumpul di Mekah sekali
seumur hidup, iaitu melakukan ibadat haji, selain untuk
berkenalan, persatuan dan persaudaraan, juga untuk
menyaksikan syaairillah, iaitu tempa tempat yang ditempuh
Ibrahim, Ismail dan Hajar dalam menjalankan perintah Allah,
juga untuk menegakkan syiar kebesaran Allah. Tempat tempat
itu ialah Baitullahil-Haram (Kabah), Telaga Zamzam, Safa,
Marwah, Arafat, Muzdalifah (Masyaril Haram), Jamratul-Ula,
Jamratul-Wusta, Jamratul-Aqabah pada hari hari tertentu, iaitu
sejak tanggal 9 Zulhijjah sampai 13 Zulhijjah. Dengan
berpakaian Ihram, iaitu pakaian Ibrahim dan Ismail, wuquf di
Arafah, berhenti malam di Muzdalifah, melempar ketiga Jamrah,
wukuf beberapa hari di Mina dan berkorban menyembelih
kambing, sapi atau unta. Lalu bertawaf keliling Kabah,
sembahyang sunat di Makam Ibrahim , minum air Zamzam, Sai
(berlari) antara Safa dan Marwah, lalu memotong rambut.
Selama melakukan ketentuan ketentuan tersebut didalam
beribadat yang dinamai ibadat haji, orang tidak boleh
bertengkar, berkata yang tidak baik, memotong dan membunuh
segala makhluk bernyawa, tidak boleh mencabut segala macam
yang tumbuh di bumi.
Demikianlah Agama Islam menegakkan syaairillah, menegakkan
ajaran Nabi Ibrahim. Satu agama yang semakin lama semakin
besar mendapatkan penganut dan pengikut, terdiri dari manusia
manusia berbagai bangsa. Satu agama yang kekal dan abadi
sampai hari kiamat, insya Allah.

8 apr 55


8 April 2005
satu hari dan satu tarikh
detik-detik penuh makna
menyingkap peristiwa bersejarah
lima puluh tahun usia
tanah waqaf paduka sultan
mulia hatinya
buat pewaris para daie
terima kasih Tuanku

bumi yang bersejarah ini
gemanya berterusan memancar sinar
bersama cahaya hidayah Ilahi
menerangi seluruh pelusok negara

8 April 2005
hadirmu membakar jiwa raga anak bangsa
untuk memartabatkan pengharapan
anak-anak 3ki
kecemerlangan kegemilangan dan keterbilangan
bersendi kukuh di bawah qaul hikmat
alilmu nur
dan fastaqim kama umirta

8 April 2005
hadirmu memantap visi dan misi suci
keimanan keislaman dan keihsanan
keikhlasan keiltizaman dan keittikalan
keilmuan dan ketaqwaan
demi amanah Allah azza wajalla
di bumi waqafan tercinta
dan di persada dunia
8 April 2005.

Genghiz77

Wednesday, November 11, 2009

ponteng hujung tahun..?

- Cuti akhir tahun hanya akan bermula 21 November ini tetapi kepada sesetengah pelajar, mereka sudah hilang minat ke sekolah dan berpakat untuk ponteng atas alasan kehadiran mereka tidak lagi penting.

Selamba berpakaian seragam dengan ada di antaranya masih memakai tali leher, mereka keluar rumah dengan menipu ibu bapa kononnya untuk ke sekolah agar diberi wang saku sedangkan destinasi sebenar ialah melepak bersama rakan-rakan di kompleks membeli-belah.

Tembelang mereka terdedah semalam apabila 178 pelajar termasuk sembilan perempuan dari beberapa sekolah menengah ditahan dalam operasi 'Ponteng, Jom ke Sekolah' oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Keramat bersama polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Hasil soal siasat yang dijalankan, seorang pelajar memberi alasan yang dikongsi ramai di kalangan kumpulan itu bahawa mereka ponteng kerana di sekolah tidak ada lagi aktiviti pembelajaran.

"Buat apa pergi sekolah, sekarang pun bukan belajar lagi. Lagipun kami bukan buat apa-apa salah, kami cuma duduk makan di kedai,'' katanya.

Para pelajar terbabit mendakwa pihak sekolah tidak mengatur aktiviti untuk mereka kerana sudah selesai menduduki peperiksaan akhir tahun selain tumpuan guru kini lebih kepada persediaan sekolah menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula 19 November ini.

markah arudh


Mohon maaf kerana tak sempat nak masukkan siang tadi...
tunggu esok deh!

Monday, November 9, 2009

folio guru ting 6

FOLIO YANG PERLU DISEDIAKAN OLEH GURU-GURU TINGKATAN 6

a. Semua aktiviti guru tingkatan 6 perlu dimasukkan dalam jadual waktu persekolahan.
Setiap orang guru tingkatan 6 termasuklah guru penolong kanan tingkatan 6 harus menyediakan empat jenis folio bagi tujuan pemantauan.

Folio-folio tersebut adalah :
o Pengajaran dan pembelajaran
o Penyelidikan
o Penilaian dan taksiran
o Kokurikulum

b. Kandungan folio guru tingkatan 6 harus dikendali dan diurus dengan memastikan komponen bagi setiap folio lengkap dan kemaskini. Komponen bagi setiap folio adalah seperti yang tersenarai di bawah:

1. Folio Pengajaran dan Pembelajaran

Komponen folio P & P adalah seperti berikut:
 Jadual waktu peribadi
 Jadual waktu kelas
 Perancangan pengajaran setiap semester
 Perancangan pengajaran mingguan
 Perancangan pengajaran harian
 Bahan cetakan yang digunakan dalam kelas
 Nama pelajar bagi kelas yang diajar
 Biodata pelajar (bagi guru kelas)
 Refleksi harian

2. Folio Penyelidikan
 Jadual perancangan penyelidikan pelajar meliputi perjumpaan, perbincangan dan minit curai setiap perjumpaan.
 Pelan tindakan (Carta Gantt) pelaksanaan penyelidikan pelajar
 Bukti proses penyelidikan dilaksanakan.
 Jadual konsultasi dengan pelajar
 Laporan konsultasi dengan pelajar
 Refleksi konsultasi dengan pelajar (bagi setiap pelajar – 2 minggu sekali (Laporan kemajuan)
 Perancangan pembentangan pelajar untuk diberi penilaian.
 Jadual perancangan penyelidikan guru meliputi perjumpaan, perbincangan dan minit curai setiap perjumpaan (jika buat berkumpulan)
 Pelan tindakan (Carta Gantt) pelaksanaan penyelidikan.
 Bukti proses penyelidikan dilaksanakan.
 Refleksi mingguan tentang proses penyelidikan
 Penulisan laporan/hasil penyelidikan
 Bukti pembentangan dalam kolokium di peringkat sekolah/Daerah/Negeri/Antarabangsa

3. Folio Penilaian dan Taksiran
 Perancangan penilaian tahunan
 Soalan latihan/ujian/kuiz/peperiksaan
 Skema permarkahan ujian/peperiksaan
 Senarai nama pelajar yang diajar dan markah yang kemas kini
 Bukti penggubalan item soalan dan skema permarkahan (tugas luar bilik darjah/tanpa interaksi)
 Borang markah/penilaian murid bagi pembentangan dan penyelidikan

4. Folio Kokurikulum
 Jadual penglibatan kokurikulum
 Laporan aktiviti kokurikulum
 Perancangan tahunan aktiviti kokurikulum yang dipegang.
 Senarai nama murid di bawah seliaan.
 Rekod pencapaian murid di bawah seliaan.


D. KOKURIKULUM

Aktiviti kokurikulum yang akan ditawarkan untuk murid Tingkatan 6 adalah aktiviti yang boleh membentuk ciri kepimpinan dan ketrampilan pelajar tersebut.
 Pelajar akan dilatih untuk berdikari dan melaksanakan aktiviti yang mengandungi unsur perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti peringkat sekolah. Tiga komponen ini diambil kira dalam pemarkahan pelajar tersebut.
 Unsur khidmat masyarakat perlu diterapkan dalam semua aktiviti kokurikulum tingkatan 6. Khidmat masyarakat ini boleh dilaksana dengan agensi luar ataupun khidmat kepada komuniti sekolah dan masyarakat setempat. Aktiviti ini harus dikendalikan dan dirancang oleh pelajar tersebut dengan pengawasan dari pihak sekolah.
 Pelajar dikehendaki melaksanakan projek kumpulan bagi membantu komuniti sekeliling atau sekolah. Perlu ada individu/kumpulan sasaran dan bantuan atau khidmat yang ingin dilaksanakan dalam bentuk kertas konsep untuk kelulusan pihak sekolah. Projek ini mesti berakhir dengan penyelesaian kepada masalah yang dikenalpasti.

tugas guru ting 6

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. PENOLONG KANAN TINGKATAN 6

1. Mengajar 8 waktu seminggu.
2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam pengurusan dan pentadbiran T6.
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua berkaitan pengurusan Kurikulum T6.
4. Bertanggungjawab kepada Pengetua berkaitan pengurusan Hal Ehwal Murid T6.
5. Bertanggungjawab kepada Pengetua berkaitan pengurusan Kokurikulum T6.
6. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam pembangunan organisasi T6.
7. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam pembangunan kendiri.

SENARAI TUGAS

1. Pengurusan dan Pentadbiran
1.1 Merancang dan melaksanakan perancangan strategik Tingkatan Enam.
1.2 Merancang dan mengurus pembukaan kelas Tingkatan Enam di sekolah.
1.3 Mengurus perancangan takwim sekolah.
1.4 Mengurus jadual waktu dan agihan tugas guru.
1.5 Mengurus hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru.
1.6 Mengurus kutipan data dan maklumat.
1.7 Mengurus anggaran belanjawan tahunan sekolah .
1.8 Menyelaras semua jenis kutipan / bayaran.
1.9 Mengurus dan menyemak stok/inventori peralatan sekolah.
1.10 Membantu Pengetua membuat penilaian prestasi guru.
1.11 Menjalankan tugas yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

2. Kurikulum
2.1. Menguruskan sukatan dan rancangan pelajaran tahunan dan harian.
2.2. Memantau perjalanan panitia mata pelajaran mengikut perancangan.
2.3. Mengurus, menyelia dan menyelenggara peralatan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
2.4. Mengambil tindakan atau mencadang tindakan susulan terhadap laporan yang berkaitan dengan kurikulum.
2.5. Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan penilaian dan peperiksaan serta mencadangkan tindakan susulan.
2.6. Menyelaras program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.
2.7. Membantu di dalam pemilihan buku rujukan dan bahan Pusat Sumber.
2.8. Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu ganti.
2.9. Menyelia dan mencerap pengajaran dan pembelajaran guru.
2.10. Menyelaras mesyuarat kurikulum.
2.11. Menyelia urusan Penyelidikan dan Pembangunan.
2.12. Memastikan guru akademik melaksanakan tugas seperti dalam tugasan guru akademik.

3. Pengurusan Hal Ehwal Murid
3.1. Menyelaras urusan berkaitan kaunseling, keselamatan, kebajikan dan kesihatan murid, biasiswa, penerbitan dan percetakan.
3.2. Menguruskan aktiviti pembangunan, disiplin dan penampilan murid Mengurus rekod dan maklumat murid.
3.3. Mengurus dan mengemaskini rekod pendaftaran, kemasukan dan penempatan, pertukaran dan menyemak buku kedatangan harian murid.

4. Pengurusan Kokurikulum
4.1. Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum.
4.2. Menyelia urusan persatuan, kelab dan sukan & permainan.
4.3. Menyelaras penyertaan dalam kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
4.4. Menyelia pengurusan pemarkahan dan pensijilan kokurikulum.
4.5 Menyelia program –program kepimpinan murid.
4.6 Menyelia pelaksanaan aktiviti kokurikulum seperti dalam tugasan guru kokurikulum.

5. Pembangunan Kendiri / Profesionalisme
5.1 Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.
5.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
5.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan sekolah ( Penyelidikan dan Pembangunan).
5.4 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukan.
5.5 Melibatkan diri dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.

6. Pembangunan Organisasi
6.1 Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/masyarakat / komuniti.
6.2 Merancang pelaksanaan kursus/latihan untuk guru-guru.



2. GURU AKADEMIK TINGKATAN 6

a. Bilangan waktu mengajar bagi guru akademik tingkatan 6 ialah sekurang-kurangnya 16 waktu hingga maksimum 24 waktu.

Jumlah waktu mengajar guru tingkatan 6 dipenuhi dahulu dengan mata pelajaran tingkatan 6 sehingga mencapai tahap maksimum seboleh mungkin. Atau Jumlah minimum untuk mata pelajaran tingkatan 6 – 16 waktu, baki waktu boleh dipenuhi dengan mengajar tingkatan 1-5. (jika perlu)

b. Guru akademik yang menjawat gred jawatan yang tertinggi sama ada Gred DG 52 atau DG 48 di sekolah tersebut, perlu memegang jawatan khas di sekolah sama ada :

a. Setiausaha Peperiksaan Sekolah
b. Ketua Penyelidikan,
c. Ketua Unit Mata Pelajaran Tingkatan 6
d. AJK Majlis Kurikulum Sekolah

c. Bidang tugas guru akademik terbahagi kepada dua iaitu interaksi dengan pelajar dan tanpa interaksi dengan pelajar. (Sila rujuk rujuk Lampiran B).




3. GURU KOKURIKULUM

a. Senarai tugas dan tanggungjawab sama seperti guru akademik tingkatan 6.
b. Jika terdapat hanya seorang guru kokurikulum, guru tersebut adalah merupakan penyelaras kokurikulum bagi pelajar tingkatan 6.
c. Jika terdapat lebih daripada seorang guru kokurikulum, seorang guru perlu dipilih sebagai penyelaras kokurikulum bagi pelajar tingkatan 6.
d. Senarai tugas penyelaras kokurikulum adalah seperti berikut:
i. Merancang dan menyelaras jadual tugas kokurikulum bagi guru tingkatan 6
ii. Merancang dan menyelaras aktiviti kokurikulum murid tingkatan 6.
iii. Menyelaras markah 10% kokurikulum dan menyimpan rekod.


4. GURU AMALI TINGKATAN 6

a. Senarai tugas dan tanggungjawab guru amali tingkatan 6 adalah sama seperti guru akademik tingkatan 6.

b. Jika terdapat hanya seorang guru amali sains tingkatan 6, guru tersebut dilantik menjadi penyelaras dan bertanggungjawab terhadap makmal-makmal sains tingkatan 6. Beliau menjalankan tugas memastikan pengurusan makmal sains adalah seperti yang sepatutnya.

c. Jika terdapat lebih daripada seorang guru amali sains tingkatan 6, seorang guru perlu dipilih sebagai penyelaras bagi makmal-makmal sains tingkatan 6.

d. Jika terdapat guru amali pendidikan seni visual atau komputer, guru tersebut menjadi penyelaras dan bertanggungjawab terhadap makmal atau bilik mata pelajaran berkenaan.

Saturday, November 7, 2009

TING 6

Pendekatan "Blue Ocean Srategy" dalam Pengurusan Tingkatan Enam di Negeri Johor
Oleh: Hj Wahid Bilaji
Pengerusi MPPT6 Johor

Tingkatan Enam merupakan peringkat tertinggi dalam pendidikan menengah di Malaysia. Ia menyediakan pelajar untuk kemasukan ke universiti. Dengan kata lain, ia merupakan salah satu Gerbang ke Menara Gading. Ia juga boleh dilihat sebagai peringkat transisi daripada sistem pendidikan "sekunder" ke sistem pendidikan "tertiar". Oleh itu wajarlah ia dibezakan daripada sistem persekolahan menengah biasa, seperti mana kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Alimuddin bin Mohd Dom;

Tingkatan Enam sebenarnya menyediakan pelajar untuk Universiti. Justeru, para pelajar Tingkatan Enam perlu diberi kemahiran-kemahiran untuk menjadi pelajar universiti yang lebih berdikari dari segi penimbaan ilmu. Mereka perlu didedahkan dengan sistem pembelajaran di universiti, sebagaimana kata Datuk Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia;

Dari sudut "Red Ocean Strategy", sistem pembelajaran di Tingkatan Enam bersaing dengan kolej-kolej swasta dan kolej matrikulasi kerajaan dari banyak aspek. Ia bersaing dalam menarik pelajar-pelajar lepasan SPM dengan kolej-kolej yang tersebut bagi menyediakan mereka persiapan ke Universiti. Sejauh ini nampaknya lepasan SPM lebih berminat untuk masuk ke kolej-kolej tersebut. Kemasukan ke Tingkatan Enam nampaknya hanya sebagai pilihan terakhir.
Walau bagaimanapun, sejak kerajaan memberikan perhatian khas kepada sistem pendidikan di Tingkatan Enam, telah wujud satu trend di mana lepasan SPM mula meminati Tingkatan Enam. Dengan adanya perhatian yang diberikan oleh kerajaan terhadap pendidikan di Tingkatan Enam itu menjadikan pelajar merasa lebih berkeyakinan. Sebagai contoh, kerajaan sedang dalam perancangan untuk menjenamakan semula Tingkatan Enam. Dalam hal ini pelbagai aspek pengurusan Tingkatan Enam akan diubah atau diwujudkan. Salah satu daripadanya ialah dengan mewujudkan Sekolah Khas Tingkatan Enam. Seperti kata Tan Sri Dr Zulkarnain Awang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia;

Dari segi "Blue Ocean Strategy" kita boleh membandingkan persekolahan Tingkatan Enam dengan sistem pembelajaran di kolej dari aspek-aspek Faktor Persaingan (Competing Factors) seperti berikut;
Faktor Tingkatan 6 Kolej
1 Penjimatan Kos Tinggi Rendah
2 Nilai Sijil Tinggi Rendah
3 Penjimatan Tempoh Kursus Rendah Tinggi
4 "Contact Hours" Pengajar dengan Pelajar Tinggi Rendah
5 Pengawasan Penjaga Tinggi Rendah
6 Pilihan mata pelajaran Tinggi Rendah
7 Kandungan Ilmu yang disampaikan Pengajar Tinggi Rendah

Rajah: Strategy Canvas Sistem Tingkatan Enam berbanding dengan Sistem Kolej
Dari aspek Faktor Persaingan Penjimatan Kos, Tingkatan Enam nampaknya lebih baik dari Kolej kerana kos yang lebih rendah. Pelajar di Tingkatan Enam tidak perlu membayar yuran pengajian dan lain-lain bayaran yang tinggi seperti yang dikenakan oleh kolej.
Nilai Sijil Peperiksaan Awam (Sijil Tinggi Persekolahan, STPM) Tingkatan Enam, ternyata lebih bernilai daripada Sijil Kolej (contohnya Matrikulasi) kerana STPM diiktiraf di seluruh dunia sebagai menyamai GCE "A" Level peringkat Cambridge. Sekalipun pelajar tidak dapat masuk ke univerisiti selepas STPM, sijil itu "laku" untuk digunakan bagi kemasukan ke institusi-institusi lain dan bagi tujuan mencari kerja.Walau bagaimana pun, dari segi Penjimatan Tempoh Kursus, kolej Matrikulasi nampaknya lebih baik kerana ia hanya mengambil masa setahun sahaja untuk pelajar menamatkan pengajian, berbanding dengan Tingkatan Enam yang memakan masa 20 bulan.
Pelajar Tingkatan Enam mempunyai masa yang lebih untuk berinteraksi dengan pengajar mereka. Justeru jika dibandingkan dari segi "Contact Hours" dengan pengajar, Tingkatan Enam ternyata lebih baik.
Pelajar Tingkatan Enam rata-rata tinggal bersama keluarga sepanjang mereka menuntut di Tingkatan Enam. Ini lebih memberi banyak masa dan peluang kepada para penjaga mengawasi dan memberi bimbingan kepada anak-anak mereka yang berada di Tingkatan Enam, berbanding dengan pelajar Kolej yang kebanyakannya tinggal berjauhan dari keluarga. Oleh itu dari segi Pengawasan Penjaga, Tingkatan Enam adalah lebih baik.
Pelajar Tingkatan Enam mempunyai pilihan yang lebih luas dari segi Pemilihan Mata Pelajaran yang ingin diambil kerana dari segi jumlah mata pelajaran yang ditawarkan dalam sistem Tingkatan Enam ianya adalah lebih banyak berbanding dengan Kolej. Tingkatan Enam menawarkan 23 mata pelajaran untuk dipilih.
Kandungan Ilmu dan isi kandungan sesuatu kertas/mata pelajaran yang diajar dalam Tingkatan Enam pada amnya adalah lebih banyak berbanding dengan di Kolej. Ini disebabkan lebih banyak masa diperuntukkan bagi mempelajari sesuatu mata pelajaran. Selain itu, "contact hours" bersama pengajar adalah lebih banyak berbanding dengan di Kolej.
Tiga unsur yang tidak ada dalam Sistem Kolej tetapi ada dalam sistem Tingkatan Enam;
1. Tinggal Bersama Keluarga: Pelajar-pelajar Tingkatan Enam secara amnya tinggal bersama keluarga. Ini tidak berlaku di kalangan pelajar-pelajar Kolej.
2. Peluang Tusyen Tambahan di luar: Pelajar-pelajar berpeluang untuk mengambil tusyen di luar sekolah untuk mata pelajaran yang mereka merasa perlu diberi lebih perhatian.
3. Peluang Mengulang: Calon-calon STPM yang tidak dapat mencapai prestasi yang baik, berpeluang untuk mengulang semula peperiksaan STPM sebagai calon sekolah ataupun calon persendirian.
Ketiga-tiga unsur ini dikenali sebagai "Fokus" dari segi pendekatan "Blue Ocean Strategy".
Inilah kelainan-kelainan yang membezakannya dengan sistem kolej. Unsur-unsur ini tidak bersaing dengan sistem yang ada di kolej.

Keluk Nilai (Value Curve) dan Fokus dalam Pengurusan Tingkatan Enam berbanding Kolej
Dalam "Strategy Canvas" di atas dapat dilihat "Divergence" yang agak ketara dalam perbandingan di antara unsur-unsur utama dalam sistem persekolahan Tingkatan Enam dengan Kolej. Sebahagian besarnya adalah berpihak kepada Tingkatan Enam. Ini membawa maksud bahawa sepatutnya Tingkatan Enam lebih menarik daripada sistem Kolej seperti Matrikulasi dan sebagainya.
Selain dari itu terdapat 3 fokus iaitu unsur-unsur yang tidak terdapat dalam sistem Kolej tetapi ada dalam sistem Persekolahan Tingkatan Enam. Justru sepatutnya ini memperkuatkan lagi hakikat bahawa Tingkatan Enam seharusnya menjadi pilihan utama lepasan-lepasan SPM.
Lebihnya minat lepasan SPM terhadap sistem Kolej adalah lebih dipengaruhi oleh faktor "Emotional" daripada "Functional". Pelajar mungkin merasa lebih "glamour" berada di Kolej berbanding di Tingkatan Enam. Justru, dalam usaha untuk menarik minat lepasan SPM memasuki Tingkatan Enam, usaha-usaha perlu dibuat untuk memanipulasi faktor "Emotinal" ini agar ianya berpihak ke sistem Tingkatan Enam. Dengan lain perkataan, pelajar merasa lebih "glamour" berada di Tingakatn Enam.Sebagai salah satu cara membuat Penjenamaan Semula Tingkatan Enam, suatu "Compelling Tagline" harus difikirkan, dicari dan diwujudkan supaya sistem Tingkatan Enam mempunyai suatu identiti yang boleh menarik minat lepasan SPM ke arahnya. Antaranya ialah dengan mengubah nama Tingkatan Enam kepada "Kelas Pra-U". Selain itu suatu Motto yang mencerminkan fungsi Tingkatan Enam sebagai wadah untuk menyediakan pelajar ke Universiti perlu diwujudkan. Contohnya seperti "Tempah Univerisiti di Sini", "Universiti Melamar Anda di Sini", dan sebagainya.

Penjenamaan Semula Tingkatan Enam sebagai satu pendekatan "Blue Ocean Strategy"
Sesungguhnya langkah kerajaan untuk menjenamakan semula Tingkatan Enam merupakan suatu pendekatan "Blue Ocen Strategy". Langkah-langkah yang akan diambil dalam proses ini bukan sahaja untuk menjadikan Tingkatan Enam lebih menarik, tetapi juga untuk memartabatkan sistem tersebut, sesuai dengan Teras 3 dan Teras 6 dalam PIPP.Jumlah lepasan SPM tahun 2007 yang layak masuk ke Tingkatan Enam adalah seramai 180,630 orang. Dari jumlah tersebut, 127,879 layak untuk masuk ke dalam jurusan Kemanusiaan, sementara seramai 52,751 orang dalam aliran sains. Jika dibandingkan dengan jumlah calon yang memasuki Kolej Matrikulasi seramai 32,685 orang, jumlah yang memasuki Tingkatan Enam sebenarnya memerlukan lebih perhatian.
1. Sekolah Khas Tingkatan Enam:
Mengambil contoh sistem di Brunei Darussalam yang dikenali sebagai Pusat Tingkatan Enam Brunei (PTEB) yang diwujudkan pada tahun 2005, pusat ini menempatkan pelajar-pelajar Tingkatan enam secara berpusat. Di Malaysia, ianya mungkin boleh diwujudkan di setiap bandar. Oleh kerana kos pembinaan pusat ini yang begitu tinggi, buat permulaan kerajaan mungkin boleh mengambil sebuah sekolah yang sesuai di setiap bandar untuk dijadikan sebagai pusat tersebut.PTEB di Berakas Brunei (Berakas Sixth Form Centre) dibina di atas tapak seluas 6 hektar dan menempatkan 1200 orang pelajar dengan 97 tenaga pengajar, termasuk 3 orang kaunselor sepenuh masa. 5 orang guru dilantik sebagai "Guru Panduan Kerjaya". Sistem pendidikannya tidak jauh berbeza dengan sistem Tingkatan Enam di Malaysia dari segi penawaran mata pelajaran dan sistem penyampaiannya. Selain daripada kemudahan asrama, ia mempunyai 42 bilik darjah dengan 14 makmal sains, 3 makmal komputer, 2 studio seni, 1 makmal bahasa dan satu bilik syarahan. Staf sokongannya seramai 19 orang terdiri daripada kerani, pembantu pejabat, pembantu perpustakaan, pembantu makmal, pengawal keselamatan, buruh pembersihan dan penyimpan stor. Pendek kata struktur organisasinya sama dengan seperti yang ada di Malaysia.
2. Memartabatkan Tenaga Pendidik Tingkatan Enam.
Kerajaan telahpun melaksanakan langkah ini dengan:Menaikkan gred perjawatan guru yang mengajar di Tingkatan Enam kepada gred DG44, DG48 dan DG52.Mewujudkan jawatan Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 dengan agred DG48.Guru Tingkatan Enam tidak mengajar di tingkatan-tingkatan lain yang lebih rendah.

Kaedah Penyampaian.
Sesuai dengan era ICT dan globalisasi, sistem penyampaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah yang menggabungkan;SyarahanTutorialSeminar dan Kajian Tindakan

Kaedah Pembelajaran secara Online
Sepertimana kaedah di Universiti, syarahan boleh dibuat secara "mass" di dewan yang boleh menempatkan jumlah peserta yang ramai. Ini dapat menjimatkan tenaga pensyarah. Syarahan kemudiannya diikuti dengan tutorial yang membahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan kecil, mungkin mengikut tahap kemampuan masing-masing.
Bagi melahirkan pelajar yang lebih berdikari dan berketrampilan, kaedah Kajian Tindakan dan Seminar sangat sesuai untuk dilaksanakan. Ini akan melatih pelajar berdikari di samping membina semangat kerjasama dan tanggungjawab di kalangan mereka. Nilai-nilai kepimpinan dan lain-lain nilai positif dapat dipupuk.
Kaedah pembelajaran secara dalam talian (online) merupakan satu kaedah yang sangat berkesan di zaman ini lebih-lebih lagi kerana akses kepada internet boleh dicapai di mana-mana. Bahan-bahan kuliah dan "assignment" dapat disampaikan terus di dalam talian. Pelajar-pelajar boleh mengaksesnya dari mana-mana tempat, pada bila-bila masa. Untuk itu kemudahan mengakses internet secara wifi perlu ditingkatkan, khususnya dalam kawasan sekolah. Semua pelajar boleh membangunkan laman web atau blog untuk memudahkan mereka mengurus bahan-bahan kursus ataupun berhubung dengan pensyarah dan rakan-rakan kuliah. PTE Brunei, MRSM dan beberpa IPT adalah contoh pusat-pusat pendidikan yang mengamalkan kaedah ini. Pensyarahan mata pelajaran English di PTE Brunei menggunakan blog untuk memberi tugasan kepada pelajar-pelajar.

1. Waktu Persekolahan
Sesuai dengan status sistem persekolahan itu sendiri, waktu persekolahan Tingkatan Enam perlu diubah dari 7.30 – 1.05 kepada 8.00 pagi – 4.00 petang. Selain untuk mengisi penyampaian kuliah, waktu yang ada boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti kumpulan dan kokurikulum akademik.

2. Penjadualan Waktu Kursus
Sistem pembelajaran Tingkatan Enam menuntut kepada perubahan dari segi penjadualan (Jadual Waktu) penyampaian pelajaran yang lebih sesuai dan fleksibel, lebih-lebih lagi sekiranya sistem syarahan dan tutorial dilaksanakan. Setiap waktu (period) boleh dipanjangkan, misalnya 1 jam untuk setiap satu slot.
Selain daripada itu, dengan adanya penawaran mata pelajaran yang lebih luas, pelajar-pelajar mempunyai lebih "free period" yang boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti menyiapkan kerja-kerja kumpulan, merujuk di pusat sumber, perpustakan atau pusat akses. Tenaga pengajar juga mempunyai lebih masa dan ruang untuk berikteraksi dengan pelajar dengan lebih kerap dan berfokus. Sehubungan dengan itu, prasarana perlu dipertingkatkan.

3. Pengubahsuaian peraturan dan undang-undang sekolah
Satu daripada faktor yang menyebabkan lepasan-lepasan SPM tidak berminat memasuki Tingkatan Enam ialah kerana cara pembelajaran dan peraturan-peraturan sekolah yang sama dengan tingkatan-tingkatan yang lebih rendah, sedangkan mereka sebenarnya sudah berada pada tahap pra-U.
Justru, sepertimana saranan Datuk Alimuddin Mohd Dom, KPPM,"Tingkatan Enam perlu dibezakan dengan menengah biasa kerana ia adalah peringkat yang lebih tinggi dalam sistem persekolahan" . Untuk itu, peraturan dan undang-undang sekolah yang digunapakai sekarang perlu diubahsuai mengikut keperluan tahap pelajaran pelajar-pelajar Tingkatan Enam itu sendiri.
Ubahsuai perlu dilakukan terhadap beberapa aspek seperti;Sahsiah rupadiri, khususnya dari segi pakaian.
Rutin mingguan seperti perhimpunan dan sebagainya
Pengurusan kokurikulum akademik dan bukan akademik.
Sistem "Kepengawasan"Sistem Kehadiran sekolah
Sistem Kehadiran dalam kuliah dan tutorial
Sistem Penilaian dan Pentaksiran Dalaman.
Sistem Penilaian Awam
Perkongsian Bijak dengan agensi atau IPT lain sama ada dalam atau luar negeri.
Sistem Akses Maklumat yang melibatkan penggunaan bilik, "hardware" mahupun "Software".

Dari segi pendekatan "Blue Ocean Strategy", kesemua langkah ini boleh digambarkan dalam rajah "Four Actions Framework" yang membandingkan sistem lama yang ada sekarang dengan sistem Penjenamaan Semula ini.

Pendekatan "Blue Ocean Strategy" berkisar di sekitar penurunan Kos dan peningkatan Nilai (Buyer Value). Peertembungan kedua-dua ini mewujudkan "Value Innovation".
Dalam proses Penjenamaan Semula Tingkatan Enam, aspek yang diturunkan ialah Peraturan-peraturan Rigid yang mengawal sistem persekolahan tahap menengah atas (Tingkatan 5) ke bawah, dan diganti serta diubahsuai kepada keadaan yang lebih sesuai dengan pelajar-pelajar Tingkatan Enam. Prasarana dan kemudahan-kemudahan ditingkatkan. Dengan cara ini, "Value Innovation" yang dicapai ialah persekolahan Tingkatan Enam bentuk baru yang lebih menarik minat pelajar di samping dapat menghasilkan pelajar yang lebih bermutu dan berupaya bersaing dalam dunia pendidikan dan pekerjaan.
Apabila penjenamaan semula Tingkatan Enam ini menjadi kenyataan, sistem Tingkatan Enam akan menjadi lebih relevant kepada para lepasan SPM yang kini bertambah dari setahun ke setahun sehingga mencecah ke angka dua ratus ribu setahun. Buat masa ini sebahagian besar daripada mereka menolak tawaran tersebut kerana mungkin kurang yakin dengan sistem Tingkatan Enam.
Justru, langkah-langkah penjenamaan semula Tingkatan Enam perlu disegerakan. Apa yang diharapkan ialah kita akan melihat minat pelajar akan beralih kepada sistem Tingkatan Enam dalam dekad-dekad mendatang ini. Akhirnya negara akan dapat menghasilkan lepasan Tingkatan Enam yang lebih berkualiti bagi menghadapi cabaran globalisasi, sekaligun membantu menaikkan taraf IPT-IPT negara ini sebaris dengan universiti-universiti yang ternama di dunia.

Thursday, November 5, 2009

doa ngaji


Ulangkaji pelajaran anda!

Berdoa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah pelajaran; (Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahman nabiyyiin, wa hifzal mursaliin,wa ilhamal malaikatil muqarrabin, fil 'aafiyaati, ya Arhamar Rahimiin)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan;
(Wa haiyik lana min amrina rashada)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan;
(Subhana man la yanamu wa laa yas-hu, Allahumma zakkirni ma nasitu) 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang;
- dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.
(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manazilas syuhada wa 'aisyas su'adaak
wan nasra a'lal a'daak)
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh,

Wednesday, November 4, 2009

majlis anugerah graduasi, kokurikulum & solat hajat


Tahniah kepada semua guru, ibubapa, pelajar dan semua pihak yang telah menjayakan majlis pada 5 November 2009!

BERSAMA MERANGKUL KEUNGGULAN!

Tuesday, November 3, 2009

e-kasih

e-Kasih tentukan kelayakan pelajar terima bantuan
04/11/2009 2:47pm
KUALA LUMPUR 4 Nov. – Sistem e-Kasih akan tetap menjadi panduan utama kerajaan dalam menentukan seseorang pelajar sekolah itu layak menerima bantuan kewangan atau sebaliknya.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sistem yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara itu lebih adil apabila ia berjaya menghakis berlakunya ketirisan dalam kerajaan mengeluarkan wang untuk bantuan pelajar sekolah.
Katanya, ia terbukti berjaya apabila berdasarkan bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, kerajaan hanya mengeluarkan wang sejumlah RM2.8 bilion berbanding RM3.6 bilion bagi 2009

Monday, November 2, 2009

bahasa itu penting...

Bahasa Jepun diperluas ke semua sekolah
03/11/2009 2:28pm
KUALA LUMPUR 3 Nov. — Kementerian Pelajaran merancang menambah lebih banyak sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah harian yang mengajar bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga selepas bahasa Melayu dan Inggeris.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, untuk itu setiap tahun kementerian akan menambah tenaga pengajar bahasa Jepun di sekolah-sekolah terbabit.
"Setiap tahun kita akan menambah kelas bahasa Jepun di sekolah-sekolah berasrama penuh dan menengah harian apabila pelajar-pelajar kita yang belajar di Jepun pulang ke tanah air,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Osaka University Forum 2009 di sini.
Alimuddin berkata, sehingga kini tenaga pengajar dalam bahasa-bahasa antarabangsa masih tidak mencukupi kerana permintaan itu bukan sahaja wujud di sekolah-sekolah malah di kementerian dan jabatan kerajaan. Sehingga tahun lepas, sebanyak 43 buah sekolah berasrama penuh dan 29 buah sekolah menengah harian terlibat dalam program bahasa Jepun yang menjadikan Malaysia sebagai negara ke-12 teramai mempelajari bahasa Jepun di dunia, katanya.