Saturday, November 7, 2009

TING 6

Pendekatan "Blue Ocean Srategy" dalam Pengurusan Tingkatan Enam di Negeri Johor
Oleh: Hj Wahid Bilaji
Pengerusi MPPT6 Johor

Tingkatan Enam merupakan peringkat tertinggi dalam pendidikan menengah di Malaysia. Ia menyediakan pelajar untuk kemasukan ke universiti. Dengan kata lain, ia merupakan salah satu Gerbang ke Menara Gading. Ia juga boleh dilihat sebagai peringkat transisi daripada sistem pendidikan "sekunder" ke sistem pendidikan "tertiar". Oleh itu wajarlah ia dibezakan daripada sistem persekolahan menengah biasa, seperti mana kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Alimuddin bin Mohd Dom;

Tingkatan Enam sebenarnya menyediakan pelajar untuk Universiti. Justeru, para pelajar Tingkatan Enam perlu diberi kemahiran-kemahiran untuk menjadi pelajar universiti yang lebih berdikari dari segi penimbaan ilmu. Mereka perlu didedahkan dengan sistem pembelajaran di universiti, sebagaimana kata Datuk Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia;

Dari sudut "Red Ocean Strategy", sistem pembelajaran di Tingkatan Enam bersaing dengan kolej-kolej swasta dan kolej matrikulasi kerajaan dari banyak aspek. Ia bersaing dalam menarik pelajar-pelajar lepasan SPM dengan kolej-kolej yang tersebut bagi menyediakan mereka persiapan ke Universiti. Sejauh ini nampaknya lepasan SPM lebih berminat untuk masuk ke kolej-kolej tersebut. Kemasukan ke Tingkatan Enam nampaknya hanya sebagai pilihan terakhir.
Walau bagaimanapun, sejak kerajaan memberikan perhatian khas kepada sistem pendidikan di Tingkatan Enam, telah wujud satu trend di mana lepasan SPM mula meminati Tingkatan Enam. Dengan adanya perhatian yang diberikan oleh kerajaan terhadap pendidikan di Tingkatan Enam itu menjadikan pelajar merasa lebih berkeyakinan. Sebagai contoh, kerajaan sedang dalam perancangan untuk menjenamakan semula Tingkatan Enam. Dalam hal ini pelbagai aspek pengurusan Tingkatan Enam akan diubah atau diwujudkan. Salah satu daripadanya ialah dengan mewujudkan Sekolah Khas Tingkatan Enam. Seperti kata Tan Sri Dr Zulkarnain Awang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia;

Dari segi "Blue Ocean Strategy" kita boleh membandingkan persekolahan Tingkatan Enam dengan sistem pembelajaran di kolej dari aspek-aspek Faktor Persaingan (Competing Factors) seperti berikut;
Faktor Tingkatan 6 Kolej
1 Penjimatan Kos Tinggi Rendah
2 Nilai Sijil Tinggi Rendah
3 Penjimatan Tempoh Kursus Rendah Tinggi
4 "Contact Hours" Pengajar dengan Pelajar Tinggi Rendah
5 Pengawasan Penjaga Tinggi Rendah
6 Pilihan mata pelajaran Tinggi Rendah
7 Kandungan Ilmu yang disampaikan Pengajar Tinggi Rendah

Rajah: Strategy Canvas Sistem Tingkatan Enam berbanding dengan Sistem Kolej
Dari aspek Faktor Persaingan Penjimatan Kos, Tingkatan Enam nampaknya lebih baik dari Kolej kerana kos yang lebih rendah. Pelajar di Tingkatan Enam tidak perlu membayar yuran pengajian dan lain-lain bayaran yang tinggi seperti yang dikenakan oleh kolej.
Nilai Sijil Peperiksaan Awam (Sijil Tinggi Persekolahan, STPM) Tingkatan Enam, ternyata lebih bernilai daripada Sijil Kolej (contohnya Matrikulasi) kerana STPM diiktiraf di seluruh dunia sebagai menyamai GCE "A" Level peringkat Cambridge. Sekalipun pelajar tidak dapat masuk ke univerisiti selepas STPM, sijil itu "laku" untuk digunakan bagi kemasukan ke institusi-institusi lain dan bagi tujuan mencari kerja.Walau bagaimana pun, dari segi Penjimatan Tempoh Kursus, kolej Matrikulasi nampaknya lebih baik kerana ia hanya mengambil masa setahun sahaja untuk pelajar menamatkan pengajian, berbanding dengan Tingkatan Enam yang memakan masa 20 bulan.
Pelajar Tingkatan Enam mempunyai masa yang lebih untuk berinteraksi dengan pengajar mereka. Justeru jika dibandingkan dari segi "Contact Hours" dengan pengajar, Tingkatan Enam ternyata lebih baik.
Pelajar Tingkatan Enam rata-rata tinggal bersama keluarga sepanjang mereka menuntut di Tingkatan Enam. Ini lebih memberi banyak masa dan peluang kepada para penjaga mengawasi dan memberi bimbingan kepada anak-anak mereka yang berada di Tingkatan Enam, berbanding dengan pelajar Kolej yang kebanyakannya tinggal berjauhan dari keluarga. Oleh itu dari segi Pengawasan Penjaga, Tingkatan Enam adalah lebih baik.
Pelajar Tingkatan Enam mempunyai pilihan yang lebih luas dari segi Pemilihan Mata Pelajaran yang ingin diambil kerana dari segi jumlah mata pelajaran yang ditawarkan dalam sistem Tingkatan Enam ianya adalah lebih banyak berbanding dengan Kolej. Tingkatan Enam menawarkan 23 mata pelajaran untuk dipilih.
Kandungan Ilmu dan isi kandungan sesuatu kertas/mata pelajaran yang diajar dalam Tingkatan Enam pada amnya adalah lebih banyak berbanding dengan di Kolej. Ini disebabkan lebih banyak masa diperuntukkan bagi mempelajari sesuatu mata pelajaran. Selain itu, "contact hours" bersama pengajar adalah lebih banyak berbanding dengan di Kolej.
Tiga unsur yang tidak ada dalam Sistem Kolej tetapi ada dalam sistem Tingkatan Enam;
1. Tinggal Bersama Keluarga: Pelajar-pelajar Tingkatan Enam secara amnya tinggal bersama keluarga. Ini tidak berlaku di kalangan pelajar-pelajar Kolej.
2. Peluang Tusyen Tambahan di luar: Pelajar-pelajar berpeluang untuk mengambil tusyen di luar sekolah untuk mata pelajaran yang mereka merasa perlu diberi lebih perhatian.
3. Peluang Mengulang: Calon-calon STPM yang tidak dapat mencapai prestasi yang baik, berpeluang untuk mengulang semula peperiksaan STPM sebagai calon sekolah ataupun calon persendirian.
Ketiga-tiga unsur ini dikenali sebagai "Fokus" dari segi pendekatan "Blue Ocean Strategy".
Inilah kelainan-kelainan yang membezakannya dengan sistem kolej. Unsur-unsur ini tidak bersaing dengan sistem yang ada di kolej.

Keluk Nilai (Value Curve) dan Fokus dalam Pengurusan Tingkatan Enam berbanding Kolej
Dalam "Strategy Canvas" di atas dapat dilihat "Divergence" yang agak ketara dalam perbandingan di antara unsur-unsur utama dalam sistem persekolahan Tingkatan Enam dengan Kolej. Sebahagian besarnya adalah berpihak kepada Tingkatan Enam. Ini membawa maksud bahawa sepatutnya Tingkatan Enam lebih menarik daripada sistem Kolej seperti Matrikulasi dan sebagainya.
Selain dari itu terdapat 3 fokus iaitu unsur-unsur yang tidak terdapat dalam sistem Kolej tetapi ada dalam sistem Persekolahan Tingkatan Enam. Justru sepatutnya ini memperkuatkan lagi hakikat bahawa Tingkatan Enam seharusnya menjadi pilihan utama lepasan-lepasan SPM.
Lebihnya minat lepasan SPM terhadap sistem Kolej adalah lebih dipengaruhi oleh faktor "Emotional" daripada "Functional". Pelajar mungkin merasa lebih "glamour" berada di Kolej berbanding di Tingkatan Enam. Justru, dalam usaha untuk menarik minat lepasan SPM memasuki Tingkatan Enam, usaha-usaha perlu dibuat untuk memanipulasi faktor "Emotinal" ini agar ianya berpihak ke sistem Tingkatan Enam. Dengan lain perkataan, pelajar merasa lebih "glamour" berada di Tingakatn Enam.Sebagai salah satu cara membuat Penjenamaan Semula Tingkatan Enam, suatu "Compelling Tagline" harus difikirkan, dicari dan diwujudkan supaya sistem Tingkatan Enam mempunyai suatu identiti yang boleh menarik minat lepasan SPM ke arahnya. Antaranya ialah dengan mengubah nama Tingkatan Enam kepada "Kelas Pra-U". Selain itu suatu Motto yang mencerminkan fungsi Tingkatan Enam sebagai wadah untuk menyediakan pelajar ke Universiti perlu diwujudkan. Contohnya seperti "Tempah Univerisiti di Sini", "Universiti Melamar Anda di Sini", dan sebagainya.

Penjenamaan Semula Tingkatan Enam sebagai satu pendekatan "Blue Ocean Strategy"
Sesungguhnya langkah kerajaan untuk menjenamakan semula Tingkatan Enam merupakan suatu pendekatan "Blue Ocen Strategy". Langkah-langkah yang akan diambil dalam proses ini bukan sahaja untuk menjadikan Tingkatan Enam lebih menarik, tetapi juga untuk memartabatkan sistem tersebut, sesuai dengan Teras 3 dan Teras 6 dalam PIPP.Jumlah lepasan SPM tahun 2007 yang layak masuk ke Tingkatan Enam adalah seramai 180,630 orang. Dari jumlah tersebut, 127,879 layak untuk masuk ke dalam jurusan Kemanusiaan, sementara seramai 52,751 orang dalam aliran sains. Jika dibandingkan dengan jumlah calon yang memasuki Kolej Matrikulasi seramai 32,685 orang, jumlah yang memasuki Tingkatan Enam sebenarnya memerlukan lebih perhatian.
1. Sekolah Khas Tingkatan Enam:
Mengambil contoh sistem di Brunei Darussalam yang dikenali sebagai Pusat Tingkatan Enam Brunei (PTEB) yang diwujudkan pada tahun 2005, pusat ini menempatkan pelajar-pelajar Tingkatan enam secara berpusat. Di Malaysia, ianya mungkin boleh diwujudkan di setiap bandar. Oleh kerana kos pembinaan pusat ini yang begitu tinggi, buat permulaan kerajaan mungkin boleh mengambil sebuah sekolah yang sesuai di setiap bandar untuk dijadikan sebagai pusat tersebut.PTEB di Berakas Brunei (Berakas Sixth Form Centre) dibina di atas tapak seluas 6 hektar dan menempatkan 1200 orang pelajar dengan 97 tenaga pengajar, termasuk 3 orang kaunselor sepenuh masa. 5 orang guru dilantik sebagai "Guru Panduan Kerjaya". Sistem pendidikannya tidak jauh berbeza dengan sistem Tingkatan Enam di Malaysia dari segi penawaran mata pelajaran dan sistem penyampaiannya. Selain daripada kemudahan asrama, ia mempunyai 42 bilik darjah dengan 14 makmal sains, 3 makmal komputer, 2 studio seni, 1 makmal bahasa dan satu bilik syarahan. Staf sokongannya seramai 19 orang terdiri daripada kerani, pembantu pejabat, pembantu perpustakaan, pembantu makmal, pengawal keselamatan, buruh pembersihan dan penyimpan stor. Pendek kata struktur organisasinya sama dengan seperti yang ada di Malaysia.
2. Memartabatkan Tenaga Pendidik Tingkatan Enam.
Kerajaan telahpun melaksanakan langkah ini dengan:Menaikkan gred perjawatan guru yang mengajar di Tingkatan Enam kepada gred DG44, DG48 dan DG52.Mewujudkan jawatan Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 dengan agred DG48.Guru Tingkatan Enam tidak mengajar di tingkatan-tingkatan lain yang lebih rendah.

Kaedah Penyampaian.
Sesuai dengan era ICT dan globalisasi, sistem penyampaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah yang menggabungkan;SyarahanTutorialSeminar dan Kajian Tindakan

Kaedah Pembelajaran secara Online
Sepertimana kaedah di Universiti, syarahan boleh dibuat secara "mass" di dewan yang boleh menempatkan jumlah peserta yang ramai. Ini dapat menjimatkan tenaga pensyarah. Syarahan kemudiannya diikuti dengan tutorial yang membahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan kecil, mungkin mengikut tahap kemampuan masing-masing.
Bagi melahirkan pelajar yang lebih berdikari dan berketrampilan, kaedah Kajian Tindakan dan Seminar sangat sesuai untuk dilaksanakan. Ini akan melatih pelajar berdikari di samping membina semangat kerjasama dan tanggungjawab di kalangan mereka. Nilai-nilai kepimpinan dan lain-lain nilai positif dapat dipupuk.
Kaedah pembelajaran secara dalam talian (online) merupakan satu kaedah yang sangat berkesan di zaman ini lebih-lebih lagi kerana akses kepada internet boleh dicapai di mana-mana. Bahan-bahan kuliah dan "assignment" dapat disampaikan terus di dalam talian. Pelajar-pelajar boleh mengaksesnya dari mana-mana tempat, pada bila-bila masa. Untuk itu kemudahan mengakses internet secara wifi perlu ditingkatkan, khususnya dalam kawasan sekolah. Semua pelajar boleh membangunkan laman web atau blog untuk memudahkan mereka mengurus bahan-bahan kursus ataupun berhubung dengan pensyarah dan rakan-rakan kuliah. PTE Brunei, MRSM dan beberpa IPT adalah contoh pusat-pusat pendidikan yang mengamalkan kaedah ini. Pensyarahan mata pelajaran English di PTE Brunei menggunakan blog untuk memberi tugasan kepada pelajar-pelajar.

1. Waktu Persekolahan
Sesuai dengan status sistem persekolahan itu sendiri, waktu persekolahan Tingkatan Enam perlu diubah dari 7.30 – 1.05 kepada 8.00 pagi – 4.00 petang. Selain untuk mengisi penyampaian kuliah, waktu yang ada boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti kumpulan dan kokurikulum akademik.

2. Penjadualan Waktu Kursus
Sistem pembelajaran Tingkatan Enam menuntut kepada perubahan dari segi penjadualan (Jadual Waktu) penyampaian pelajaran yang lebih sesuai dan fleksibel, lebih-lebih lagi sekiranya sistem syarahan dan tutorial dilaksanakan. Setiap waktu (period) boleh dipanjangkan, misalnya 1 jam untuk setiap satu slot.
Selain daripada itu, dengan adanya penawaran mata pelajaran yang lebih luas, pelajar-pelajar mempunyai lebih "free period" yang boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti menyiapkan kerja-kerja kumpulan, merujuk di pusat sumber, perpustakan atau pusat akses. Tenaga pengajar juga mempunyai lebih masa dan ruang untuk berikteraksi dengan pelajar dengan lebih kerap dan berfokus. Sehubungan dengan itu, prasarana perlu dipertingkatkan.

3. Pengubahsuaian peraturan dan undang-undang sekolah
Satu daripada faktor yang menyebabkan lepasan-lepasan SPM tidak berminat memasuki Tingkatan Enam ialah kerana cara pembelajaran dan peraturan-peraturan sekolah yang sama dengan tingkatan-tingkatan yang lebih rendah, sedangkan mereka sebenarnya sudah berada pada tahap pra-U.
Justru, sepertimana saranan Datuk Alimuddin Mohd Dom, KPPM,"Tingkatan Enam perlu dibezakan dengan menengah biasa kerana ia adalah peringkat yang lebih tinggi dalam sistem persekolahan" . Untuk itu, peraturan dan undang-undang sekolah yang digunapakai sekarang perlu diubahsuai mengikut keperluan tahap pelajaran pelajar-pelajar Tingkatan Enam itu sendiri.
Ubahsuai perlu dilakukan terhadap beberapa aspek seperti;Sahsiah rupadiri, khususnya dari segi pakaian.
Rutin mingguan seperti perhimpunan dan sebagainya
Pengurusan kokurikulum akademik dan bukan akademik.
Sistem "Kepengawasan"Sistem Kehadiran sekolah
Sistem Kehadiran dalam kuliah dan tutorial
Sistem Penilaian dan Pentaksiran Dalaman.
Sistem Penilaian Awam
Perkongsian Bijak dengan agensi atau IPT lain sama ada dalam atau luar negeri.
Sistem Akses Maklumat yang melibatkan penggunaan bilik, "hardware" mahupun "Software".

Dari segi pendekatan "Blue Ocean Strategy", kesemua langkah ini boleh digambarkan dalam rajah "Four Actions Framework" yang membandingkan sistem lama yang ada sekarang dengan sistem Penjenamaan Semula ini.

Pendekatan "Blue Ocean Strategy" berkisar di sekitar penurunan Kos dan peningkatan Nilai (Buyer Value). Peertembungan kedua-dua ini mewujudkan "Value Innovation".
Dalam proses Penjenamaan Semula Tingkatan Enam, aspek yang diturunkan ialah Peraturan-peraturan Rigid yang mengawal sistem persekolahan tahap menengah atas (Tingkatan 5) ke bawah, dan diganti serta diubahsuai kepada keadaan yang lebih sesuai dengan pelajar-pelajar Tingkatan Enam. Prasarana dan kemudahan-kemudahan ditingkatkan. Dengan cara ini, "Value Innovation" yang dicapai ialah persekolahan Tingkatan Enam bentuk baru yang lebih menarik minat pelajar di samping dapat menghasilkan pelajar yang lebih bermutu dan berupaya bersaing dalam dunia pendidikan dan pekerjaan.
Apabila penjenamaan semula Tingkatan Enam ini menjadi kenyataan, sistem Tingkatan Enam akan menjadi lebih relevant kepada para lepasan SPM yang kini bertambah dari setahun ke setahun sehingga mencecah ke angka dua ratus ribu setahun. Buat masa ini sebahagian besar daripada mereka menolak tawaran tersebut kerana mungkin kurang yakin dengan sistem Tingkatan Enam.
Justru, langkah-langkah penjenamaan semula Tingkatan Enam perlu disegerakan. Apa yang diharapkan ialah kita akan melihat minat pelajar akan beralih kepada sistem Tingkatan Enam dalam dekad-dekad mendatang ini. Akhirnya negara akan dapat menghasilkan lepasan Tingkatan Enam yang lebih berkualiti bagi menghadapi cabaran globalisasi, sekaligun membantu menaikkan taraf IPT-IPT negara ini sebaris dengan universiti-universiti yang ternama di dunia.

2 comments:

  1. Terima kasih atas maklumat & cadangan yang membina. Satu pendekatan yang komprenhensif perlu dilakukan oleh Pengetua & Guru-guru yang berada di Tingkatan Enam sekarang. KPM telah meletakkan satu asas untuk menuju kearah yang lebih baik bagi T6...sekarang dipihak pelaksanalah yang akan menentukan asas yang telah diberi dapat diguna sepenuhnya.

    ReplyDelete
  2. MACAM MANA NAK MINTAK FORM 6 KAT KISAS?

    ReplyDelete