Wednesday, November 18, 2009

Pembelajaran Luar Bilik Darjah


Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD)

PENGENALAN

Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000 supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna dan lebih berbentuk kontekstual. Ini adalah selaras dengan saranan UNESCO supaya mengamalkan “Four Pillars of Education: Learning to Know, Learning to Do, Learning to Live Together dan Learning to Be”.


Untuk memastikan PLBD dilaksanakan dengan lebih berkesan, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah mengeluarkan Garis Panduan PLBD (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) bagi membantu guru menjalankan PLBD.


PENGERTIAN PLBD

Garis Panduan PLBD (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) memberi pengertian PLBD seperti berikut: “Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif.”


OBJEKTIF PLBD PLBD boleh digunakan untuk tujuan menyediakan murid untuk belajar sesuatu tajuk atau konsep yang akan dipelajari, mengukuhkan apa yang telah dipelajari, atau pun sebagai satu proses mempelajari sesuatu tajuk atau konsep.

Objektif-objektif PLBD merangkumi tiga domain pembelajaran, iaitu domain pengetahuan, domain sikap dan domain kemahiran. Antaranya ialah:

· Mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari dalam kelas;

· Memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyenorokkan;

· Membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual;

· Meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar;

· Mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan;

· Mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses dan menganalisis data dan maklumat. · Menerapkan nilai-nilai murni.


MODEL PLBD

Tiga model PLBD dicadangkan dalam dokumen Garis Panduan PLBD: Model PLBD

1: Luar bilik darjah dalam kawasan sekolah. Model PLBD

2: Berhampiran kawasan sekolah. Model PLBD

3: Jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran PPD) (Lawatan terancang & berintergrasi ilmu)


PERANCANGAN PLBD

Sebelum PLBD

Semasa PLBD

Selepas PLBD


PERANCANGAN PLBD Guru Murid Sebelum PLBD

Menetapkan tujuan & objektif PLBD (hasil pembelajaran tajuk / konsep dalam sukatan, sikap dan kemahiran)

Ulangkaji pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang diperlukan untuk aktiviti PLBD

Memenuhi segala syarat dan kehendak rasmi seperti kebenaran bertulis daripada pihak sekolah, PPD dan ibu bapa

Memaklumkan kepada murid dan ibu bapa tentang tujuan dan program LPBD

Mendapatkan nombor telefon ibu bapa murid supaya senang dihubungi

Membuat tempahan tempat dan pengangkutan

Memastikan bas mempunysi insuran penumpang, permit perjalanan dan dua orang pemandu. Memastikan insuran berkumpulan telah diambil untuk murid

Memastikan seorang guru pengiring ditugaskan untuk sekumpulan sepuluh orang murid Membahagikan murid kepada lima orang dalam satu kumpulan dan melantik ketua bagi setiap kumpulan untuk menjaga kebajikan setiap ahli kumpulan di sepanjang lawatan

Melawat tempat PLBD dan merancang aktiviti

Memberi taklimat kepada murid tentang keselamatan, peraturan dan tanggung jawab masing-masing Membahagikan tugas & tanggung jawab kepada murid

Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan (termasuk alat-alat seperti kamera, perakam audio dll)

Mengetahui dan menyedari tujuan dan objektif lawatan

Menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk aktiviti lawatan

Melatih teknik-teknik mengumpul maklumat

Mengetahui dan memahami tanggung jawab diri dan kumpulan

Memahami peraturan dan aturcara lawatan

Menyediakan bahan yang diperlukan untuk aktiviti lawatan

Memahami keperluan-keperluan keselamatan Semasa PLBD

Menyelia dan mengawal murid supaya keselamatan murid sentiasa terjaga

Memberi bantuan bila diperlukan

Menggalakkan murid menanya soalan untuk mendapat maklumat

Membuat pemerhatian secara langsung

Mengumpul dan merekod maklumat Mematuhi peraturan-peraturan lawatan

Berkerjasama dalam kumpulan Selepas PLBD

Memberi maklumat tambahan jika diperlukan oleh murid

Membimbing murid membuat rumusan

Menilai pembelajaran murid dan keberkesanan aktiviti PLBD (termasuk pengurusan & pengelolaan aktiviti).

Menyusun maklumat yang dikumpul Menjawab soalan-soalan tugasan dan membuat rumusan Menyemak dapatan dan rumusan dengan murid atau kumpulan lain

Menyediakan laporan Menghantar / membentang hasil / laporan

Membincang isu-isu yang mengelirukan (jika ada)

No comments:

Post a Comment