Tuesday, June 19, 2007

PIAGAM PELANGGAN

BAHAWA SANYA KAMI WARGA KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI BAGI;

Mengiktiraf hak pelanggan:

- Mendapat khidmat pendidikan terbaik melalui pengurusan yang cekap, dinamik dan berkesan berteraskan kepada peningkatan yang berterusan.
- Memberi maklumbalas dan penilaian serta mendapat respon positif

MELALUI BAKTI BUDI KAMI KE ARAH

KECEMERLANGAN ILMU

- Melahirkan sikap positif ilmu dan pengalamannya sepanjang hayat
- Memastikan kesinambungan ilmu dan keintelektualan melalui pembinaan minda
- Menjamin pembangunan insan seimbang melalui penitisan ilmu bersepadu
- Menyediakan sumber manusia yang berketrampilan dan mempunyai daya saing yang tinggi
- Membolehkan bakat-bakat mendapat nilai komersial
- Meningkatkan daya imiginasi, kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan ciptaan melalui penyelidikan dan pembangunan
- Menjamin kecemerlangan akademik

KEMAPANAN SYAHSIAH

- Melahirkan pelajar yang beriman dan bertaqwa
- Melahirkan pelajar yang dedikasi, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif
- Melahirkan pelajar yang penyayang, berbudi bahasa, jujur, amanah dan berhemah tinggi
- Melahirkan pelajar yang bersyukur dan sentiasa mengenang budi
- Menyediakan landasan ke arah kejayaan di dunia dan akhirat

KESEJAGATAN KEPIMPINAN

- Melahirkan pemimpin yang tegas, berani, bertoleransi dan bijaksana
- Melahirkan pemimpin yang mempunyai visi dan misi yang jelas
- Melahirkan pemimpin yang bermuhasabah, terbuka dan mengamalkan prinsip musyawarah
- Memupuk dan meneguhkan bakat dan swadaya ke taraf antarabangsa

KEJITUAN PATRIOTISME

- Membina kesedaran sebagai warganegara
- Menanam semangat rela berkorban untuk negara
- Menyokong dan merealisasi dasar-dasar negara
- Melahirkan semangat kekitaan yang kental
- Penyatuan matlamat, idea dan amalan ke arah pencapaian wawasan
- Melahirkan semangat hormat menghormati dan kasih sayang tanpa batasan kaum dan status.

No comments:

Post a Comment