Sunday, February 22, 2009
bahaya dok dekat kedai makan
udara dan lelah
Saturday, February 21, 2009
kain pelikat kawan
Dia menjawab: Bukan saya punya. Aku melihat ke mukanya. Habis siapa punya?
"Kawan".
"Aik, macamana jadi macam tu?".
"Dia bagi saya pinjam".
"Kamu punya?".
"Basuh".
"Yang lain tak ada?".
"Tak ada".
"Ok, esok kamu ke bilik saya!".
Aku menceritakan peristiwa itu kepada memku.
Bersambung.... jika ada masa.
Genku!
Semalam, aku bergegas ke hospital UM bersama mem dan Huda. Di sana sudah ada Mokhtar sedang menunggu di kantin utama. Apabila sampai di lobi tingkat 12, kami bertemu sdr Dr Zaki dan Dr Che Ku. Sdr MNY kelihatan semakin lemah berbanding ziarah kami Ahad lepas. Pak guard meminta kami meninggalkan bilik kerana sudah hampir jam sepuluh. Kami ke lobi. Mawi sampai, kami menyuruh dia masuk. Agak lebih lama dia di dalam kerana pak guard tiada. Bila dia keluar, Dutch Lady pula sampai bersama body guardnya. Kami suruh dia masuk. Letih menunggu di Lobi, kami turun ke kantin. Tunggu Dutch Lady turun. Bincang di mana nak makan. Dari pagi aku belum makan nasi. Pagi tadi turut merentas desa. AlhamduliLlah, dapat habis. Sebelum solat Jumaat, aku ke Sepang. Balik dari sana, aku singgah kedai eksesori kerana membaiki alarm kereta yg kurang berfungsi. Jalan sesak. Sebelum maghrib baru sampai rumah panjang. Dutch Lady menalipon. MNY. Aku terus menekan komputer. Berita itu aku muatkan. Mawi pula menalipon. Selesai solat Maghrib kami terus memecut ke Hos UM.
Kesemua bersetuju untuk ke gerai sebelah asrama lama uia, sebelah kedai motor besar. Makanlah apa yang ada. Hampir jam 12 mlm, kami bersurai. Kami berpisah mengikut laluan destinasi masing2.
Terima kasih kawan2. Bersama kita berdoa utk kesejahteraan SEMUA!
Wassalamualaikom
Tuesday, February 17, 2009
pokok dan prestasi

Penyelidikan menunjukkan bahawa orang yang tinggal dekat kawasan banyak pokok lebih gembira dan mencatat prestasi baik dalam ujian. Malah, jalan yang dipenuhi pokok juga menyebabkan kadar jenayah rendah dan mewujudkan suasana lebih mesra walaupun di kawasan miskin, kata penyelidik. Mereka percaya, tinggal berhampiran dengan taman atau kawasan hijau lain adalah penting bagi fizikal, psikologi dan keadaan sosial manusia.
“Alam semula jadi menenangkan manusia dan ia juga membantu memulihkan psikologi mereka. Mereka lebih baik dalam berhadapan dengan cabaran yang mendatang,” kata Profesor Frances Kuo dari Universiti Illinois, yang mengetuai kajian berkaitan kesan pokok dan kawasan taman. Kajian itu juga menunjukkan bahawa manusia lebih ceria dan menunjukkan prestasi yang baik dalam peperiksaan jika tinggal dekat kawasan banyak pokok
Sunday, February 15, 2009
faedah pokok
Saturday, February 14, 2009
Temuduga masuk SBP ambilan kedua

Semua Pengetua di semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh negara telah diberi kuasa untuk menemuduga bakal pelajar yang akan memasuki tingkatan satu di sekolah masing-masing bermula 19 Januari ini.
Langkah itu yang pertama kali diwujudkan dilihat sebagai peralihan kuasa secara beransur-ansur dari Kementerian Pelajaran kepada pihak sekolah sejajar pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang memberi kuasa kepada sekolah memilih calon pelajar.
Bagaimanapun Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata, berbanding kemasukan ke sekolah kluster yang akan turut diberi kuasa sedemikian, SBP melaksanakan peraturan yang lebih ketat bagi kemasukan pelajarnya.
``Untuk kemasukan SBP pelajar wajib mempunyai keputusan UPSR yang cemerlang iaitu 5A,’’ katanya.
Temuduga yang diadakan itu adalah untuk pengambilan kedua pelajar tingkatan satu yang memohon kemasukan melalui pihak sekolah.
Pengambilan tersebut merupakan 20 peratus daripada kesemua pengambilan pelajar tingkatan satu bagi setiap SBP.
Pengambilan pertama pelajar tingkatan satu ke SBP di seluruh negara adalah melalui prosedur biasa oleh Kementerian Pelajaran.
Antara kriteria yang akan diberi perhatian semasa temuduga ialah kepetahan pelajar bercakap selain berupaya memberi pandangan.
Selain itu, aktiviti kokurikulum juga ditekankan dengan penumpuan pelajar yang pernah mewakili sekolah ke peringkat negeri seperti dalam pertandingan bahas, syarahan dan sukan.
Pengetua juga boleh memilih sama ada untuk mengendalikan temuduga dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
Selain keputusan cemerlang UPSR pemilihan pelajar akan turut melibatkan latar belakang keluarga masing-masing iaitu kelebihan kepada pelajar daripada latar belakang keluarga yang miskin dan dari kawasan pedalaman serta luar bandar.
Difahamkan setiap SBP memperuntukkan kira-kira 25 sehingga 30 tempat untuk pengambilan kedua pelajar tingkatan satu namun pihak sekolah menerima lebih 300 permohonan untuk temuduga itu.
Selain kuasa untuk memilih pelajar tingkatan satu, para Pengetua SBP juga dijangka akan diberi kuasa untuk menemuduga calon pelajar bagi tingkatan empat sekolah masing-masing.
Menurut Alimuddin, kelebihan pelaksanaan temuduga itu ialah ia memberi peluang kepada pihak sekolah untuk memilih pelajar yang mempunyai daya kepimpinan.
``Selain itu mereka boleh memilih pelajar yang mempunyai nilai kebitaraan sekolah masing-masing sama ada sukan, pancaragam atau bahas,’’ katanya.
Namun tegas Alimuddin, yang penting ialah temuduga itu sendiri dapat menilai sama ada pelajar itu berminat atau terpaksa memohon memasuki SBP atas desakan ibu bapa.
``Daripada pengalaman yang lalu kita menerima banyak aduan mengenai pelajar yang tidak mahu berada di SBP tetapi dipaksa oleh ibu bapa dan ini menimbulkan pelbagai isu,’’ katanya.
Pada UPSR 2008, sebanyak 46,000 pelajar memperoleh keputusan 5A dan 6,000 tempat disediakan untuk pelajar tingkatan satu di 54 buah SBP di seluruh negara.
Namun begitu empat buah SBP iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Sekolah Menengah Sains (SMS) Muar, SMS Seremban dan SMS Seri Puteri tidak menawarkan tempat untuk pelajar tingkatan satu.
Friday, February 6, 2009
BAHASA BADAN
VITAMIN D
CAIRO BOOK FAIR 09
