Sunday, July 20, 2008

PENGENALAN PKA SBP

PENGENALAN

Pelajar-pelajar di SBP merupakan mereka yang terpilih dan bakal menjadi barisan pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan. Dalam setahun, pelajar-pelajar ini menghabiskan 2/3 daripada kehidupan mereka di sekolah dan di asrama, kerana itu prasarana dan kemudahan khususnya di asrama amat penting dan perlu sentiasa diberi perhatian yang teliti. Kekemasan , keceriaan dan kebersihan asrama merupakan faktor utama dalam mencapai kecemerlangan di kalangan pelajar-pelajar ini. Oleh itu Unit SBP merasakan Piawaian Kualiti Asrama di semua SBP wajar dijadikan asas dan rujukan utama untuk menyediakan persekitaran asrama yang kondusif.

OBJEKTIF

Matlamat penerbitan buku Piawaian Kualiti Asrama SBP ini adalah:
1. Sebagai panduan agar semua SBP mampu memberi kemudahan dan keselesaan kepada semua penghuni asrama.
2. Bagi membolehkan semua SBP mempunyai satu piawaian minimum yang perlu dipatuhi dalam pengurusan dan pentadbiran asrama.
3. Sebagai rujukan oleh pentadbiran SBP dalam menentukan spesifikasi penyediaan prasarana dan pelbagai kemudahan serta susun atur kemudahan-kemudahan yang berkenaan .
4. Boleh dijadikan justifikasi untuk menilai kecekapan dan keberkesanan urusan mentadbir asrama oleh sesebuah SBP
5. Sebagai panduan dan rujukan oleh pihak pengurusan SBP dalam merancang dan melaksanakan sebarang usaha pengubahsuaian di asrama.
6. Boleh dijadikan rujukan atau panduan kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan pembinaan asrama SBP pada masa yang akan datang.

No comments:

Post a Comment