KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
PERLAKSANAAN SISTEM RUMAH
1. Latar Belakang.
Bermula tahun 2005 semua SBP telah melaksanakan Sistem Rumah sepenuhnya. Satu aspek penting dalam sistem ini ialah Pemarkahan. Bagi memudahkan sekolah menentukan markah kedudukan semasa rumah-rumah, perisian ISIS yang sedang digunakan dinaik taraf. Mesyuarat Pengetua-pengetua SBP pada Mac 2005 bersetuju menyeragamkan pemberatan pemarkahan di semua SBP.
KISAS, sangat tertarik dengan system ini dan turut melaksanakannya dengan tekad dan hasrat isnya dapat direalisasikan dalam suasana yang kondusif dan bersistematik selaras dengan visi dan misi KISAS ke arah melahirkan pemimpin berilmu dan bertaqwa dan mengotakan visinya dalam menjana modal insan kelas pertama bertaraf dunia menjelang 2012.
2. Objektif Dokumen.
2.1 Menyeragamkan format dan pemberatan pemarkahan untuk semua pelajar.
2.2 Memberi panduan kepada semua warga KISAS.
3. Prinsip yang digunakan.
3.1 Keselarasan
3.2 Menyedari potensi/ bakat murid
3.3 Pembentukan sahsiah pelajar.
3.4 Adil untuk semua.pelajar.
3.5 Kemampuan pelaksanaan.
4. Elemen Yang dinilai.
4.1 Akademik
4.2 Kokurikulum
4.3 Sahsiah
4.4 3K ( Keselamatan. Kebersihan & Kecerian).
5. Akademik.
Sumbangan untuk rumah. Diberi berdasarkan PNGK keseluruhan seperti jadual berikut;
PNG
4.0
3.75-3.99
3.50-3.74
3.00-3.49
2.75- 2.99
2.50- 2.74
2.00- 2.49
1.50- 1.99
0 – 1.49
Mata
+ 50
+ 40
+ 35
+ 30
+ 20
+ 10
0
-10
- 20
4 peperiksaan yang dikira:
1- Pertengahan Penggal 1
2- Pertengahan Tahun
3- Pertengahan Penggal 2
4- Akhir Tahun / Percubaan SPM.
Pencapaian pelajar dalam setiap subjek tidak diambil kira dalam pengiraan sistem rumah.
6. Kokurikulum.
Sumbangan markah:
1- Penglibatan dalam Persatuan/ Kelab, Badan Berunifom dan sukan/ permainan.
2- Pencapaian,
3- Penglibatan dalam sesuatu acara ( Merentas desa, Sukan dll.)
6.1 Markah Penglibatan:
Peringkat
Markah
Sekolah
3
Zon/ Daerah/ SBP (Zon)
5
Negeri/ SBP (Kebangsaan)
10
Kebangsaan
15
Antarabangsa
20
6.2 Markah Pencapaian:
Peringkat
Johan
Kedua
Ketiga
Sekolah
3
2
1
Zon/ Daerah/ SBP (Zon)
5
4
3
Negeri/ SBP (Kebangsaan)
10
8
6
Kebangsaan
15
13
11
Antarabangsa
20
18
16
Tiada perbezaan markah antara individu / kumpulan.
6.3 Markah Acara:
Acara
Kategori
Penyertaan
Kelayakan
Pencapaian
Merentas Desa
1
2
Johan= 20, Ke 2 = 18, Ke 3 =16, Ke 4 = 14, Ke 5 = 12, Ke 6 = 10, Ke 7 = 9, Ke 8 = 8, Ke 9 = 7, Ke 10 = 6
Sukantara
1
2
-
Road Relay
1
-
Johan= 20, Ke 2 = 18, Ke 3 =16, Ke 4 = 14, Ke 5 = 12, Ke 6 = 10, Ke 7 = 9, Ke 8 = 8, Ke 9 = 7, Ke 10 = 6
Perbarisan
1
-
Johan = 20, Kedua = 10, Ke 3 = 5
7. Sahsiah.
Sumbangan kepada rumah melalui;
Salahlaku (Demerit).
Kepimpinan
Khidmat bakti,
Special talent.
7.1 Salahlaku.
Markah negatif
Kategori Kesalahan
Berat
Sederhana
Ringan
Markah
-30
-10
-3
KESALAHAN BERAT;
Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.
Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.
Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.
Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan/ mengkhayalkan.
Menyebabkan/ melakukan pergaduhan atau kekerasan.
Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru/ pengawas/ murid.
Biadab terhadap guru/ pengawas/ murid.
Memeras ugut guru/ pengawas/ murid.
Membawa/ menggunakan senjata atau alat bahaya.
Melakukan buli (pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita rakaman dan multimedia terlarang.
Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
Mencabul kehormatan guru/ murid.
Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
Melacur/ menjadi bohsia/ bohjan/ pondan.
Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
Mengintai murid lelaki/ perempuan.
Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
Merosakkan harta benda sekolah/ guru.
Membawa atau menggunakan bahan letupan.
Menulis/ melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.
Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.
Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia.
Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu pengajaran dan pembelajaran/ peperiksaan atau ujian.
Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan masyarakat Malaysia.
Menganjur atau melibatkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari/ selama 1 tahun sesi persekolahan.
Mengganggu/ menjejaskan kuasa Guru Besar/ Pengetua atau guru yang menjalankan tuigas.
Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.
Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.
Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
Melakukan hubungan yang dicurigai.
Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
KESALAHAN SEDERHANA;
Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.
Menyalahgunakan/ menggunakan peralatan/ sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran.
Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian/ peperiksaan.
Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
Tidak menghormati lagu-lagu/ bendera/ jata sekolah, negeri dan kebangsaan.
Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/ skin head atau berwarna.
Menconteng pada harta benda sekolah.
Memakai barang kemas keterlaluan seperti menindek telinga dan memakai subang berlebihan daripada satu pada cuping telinga.
Kesalahan-kesalahan lain yang difikir termasuk dalam kategori ini.
KESALAHAN RINGAN;
Menyimpan misai, janggut atau jambang.
Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.
Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.
Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran.
Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran.
Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran..
Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.
Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal/ bengkel/ bilik khas.
Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam.
Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.
Makan atau minum di bilik darjah.
Melakukan pembaziran air/ elektrik.
Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.
Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain).
Datang lewat ke sekolah.
Lewat bergerak ke perhimpunan/ bengkel/ makmal.
Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.
Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
Berjalan-jalan tanpa kebenaran.
Tidak membuat gerakerja yang ditugaskan.
Mengganggu kawan.
Mengganggu guru.
Lewat masuk kelas.
Mengotorkan kelas.
Tidak duduk setempat.
Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
7.2 Kepimpinan.
Diberi berdasarkan peringkat jawatan.
Jawatan
Markah
Ketua Pelajar
50
Pen. Ketua Pelajar
40
Ketua Rumah ( Dari kalangan Ketua Pelajar)
35
Setiausaha KP
30
Bendahari KP
25
KP
20
Pengerusi Pers/ Kelab/ Badan
20
Ketua Imam
20
AJK Pers./Kelab
10
Imam/ Bilal
10
Naqib
7
Ketua Kelas/ Dorm/ Blok
7
* Hanya satu markah tertinggi dikira.
7.3 Khidmat Bakti;
Peringkat
Markah
Sekolah
2
Luar Sekolah
4
7.4 Special Talent: (Mengiktiraf kebolehan tertentu yang tiada pertandingan anjuran PPD, JPN, SBP, KPM). Markah hanya untuk pencapaian. Tiada markah untuk penglibatan).
Pencapaian
Negeri
Kebangsaan
Antarabangsa
Johan
10
15
20
Kedua
8
13
18
Ketiga
6
11
16
8. 3K.
Markah diberi kepada Rumah dan individu kelas/ kamar.
8.1 Markah 3K (Kelas):
Untuk Individu
Melepasi piawai
Zon Selesa
Di bawah piawai
70 %
61% - 69%
50% - 60%
0 - 49 %
Johan: 5
0
- 2
- 3
Kedua: 3
Ketiga: 2
Lain-lain : 1
8.2 Markah 3K (Asrama):
Untuk Rumah
Melepasi piawai
Zon Selesa
Di bawah piawai
70 %
61% - 69%
50% - 60%
0 - 49 %
Johan: 50
0
- 20
- 30
Kedua: 30
Ketiga: 20
Lain-lain : 10
No comments:
Post a Comment