Saturday, October 4, 2008

ALHAMDULILLAH

Assalamualaikom semua sahabatku!
Romadhon yang syahdu penuh nostalgia! Ibadat dan amalan yang hanya mengharapkan keredhoan Allah Taala! Semoga semua ibadat dan kerja buat kita semua di bulan mulia yang pergi meninggalkan kita tanpa kembali sementara yang amat kita harapkan pada musim akan datang, ianya akan datang dalam wajah baru!
Eidulfitri penuh erti, kesungguhan anak2 di perantauan terutamanya yg bergegas kembali menatap orang tersayang, memohon restu dan doa kepada mereka yg telah pergi. Semoga diterima Allah Robbul Jalil!
Liqa2 kecil sebelum berakhir romadhon, di eidulfitri almubarak dan selepasnya, sudah tentu memberi kekuatan yg hebat kepada gen77 utk terus memupukeratkan ukhuwwah yg kita bina bersama!
AlhamduliLlah, saya sekeluarga selamat sampai ke Klang pada ptg ini selepas beberapa hari bersama keluarga yg masih ada! Liputan seterusnya akan menyusul kemudian, In Sya Allah!Harapan semua sahabat selamat sejahtera bersama keluarga dan orang tersayang! Apalah kiranya SAHABAT2 dapat menceritakan perihal sambutan eidulfitri pada kali ini!
Kepada sahabat yg kurang sihat, terutamanya MNY, kami doakan semoga cepat sembuh! In Sya Allah, kami akan menziarahi sdr dlm masa terdekat!
Utk semua sahabat tanpa menyebut nama:
MA'AF SEGALANYA!
KULLU A'AMIN WA ANTUM BIKHAIR!
WASSALAMUALAIKOM

No comments:

Post a Comment