Friday, April 3, 2009

pekeliling ikhtisas 24/1998


PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Office of the Director General of Education Malaysia

PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA

Level 7 Block J Damansara Town Centre

50604 KUALA LUMPUR
Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jld. XIV/(24)
10 Oktober 1998

Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 24/1998:
Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam
Anjuran Agensi Kerajaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan

Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah.Selaras dengan dasar tersebut,guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan,perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan seperti Polis Di Raja Malaysia,Angkatan Tentera Malaysia,atau oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar seperti Persatuan Pandu Puteri, Persatuan Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah dan seumpamanya. Namun demikian, penyertaan guru dan murid dalam aktiviti anjuran agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah dengan pengetahuan dan kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri.

2. Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan semua Pengetua dan Guru Besar supaya memaklum dan mendapatkan kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri terlebih dahulu, sebelum guru dan murid dibenarkan menyertai aktiviti-aktiviti anjuran agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.

3. Sehubungan dengan itu, Pengetua dan Guru Besar hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara-perkara seperti berikut.
(a) Pelepasan guru dari tugas-tugas hariannya tidak akan menjejaskan perjalanan dan pengurusan sekolah.
(b) Cuti tanpa rekod (jika dipohon) bagi guru yang berkenaan tidak melebihi 14 hari.
(c) Penyertaan murid adalah dengan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga.
(d) Penyertaan murid tidak akan mengganggu atau menjejaskan proses persekolahannya.
(e) Terdapat guru yang dilantik untuk mengawasi keselamatan dan kebajikan murid.
(d) Penyertaan adalah secara sukarela,tanpa sebarang unsur paksaan.

4. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua Pengetua dan Guru Besar di negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k.
1. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
8. Ketua Nazir Sekolah
9. Pegawai Perhubungan Awam

No comments:

Post a Comment