Friday, April 3, 2009

surat pekeliling ikhtisas bil 3/2008


PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Office of Director-General of Education Malaysia
ARAS 8, BLOK E8
Level 8, Block E8,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
Government Complex Parcel E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
Tel : 03-8884 6077
Fax : 03-8889 4548
Federal Government Administrative Centre
Laman web: http: www.moe.gov.my
62604 PUTRAJAYA

KP(BS-DSR)/201/002/1(1)
31 MAC 2008

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Y. Bhg. Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/2008
MENGUNDANG ORANG-ORANG KENAMAAN KE UPACARA SEKOLAH DAN PENGGUNAAN PREMIS SEKOLAH OLEH PIHAK LUAR

Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil maklum bahawa terdapat agensi-agensi kerajaan di bawah Kementerian lain termasuk kerajaan-kerajaan negeri yang menganjurkan program dan aktiviti yang melibatkan guru-guru serta murid-murid sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebagai Kementerian yang diamanahkan terhadap kebajikan dan keselamatan warga sekolah di seluruh negara, Kementerian Pelajaran Malaysia berpendapat semua penyertaan tersebut hendaklah mengikut prosedur sedia ada.

2. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Keutuhan Kementerian Pelajaran Malaysia pada 24 Mac 2008 telah memutuskan bahawa semua majlis di sekolah seperti Hari Anugerah Cemerlang, Sukan Tahunan dan Mesyuarat Agung PIBG yang melibatkan majlis perasmian oleh orang-orang kenamaan atau individu-individu tertentu, hendaklah memohon kebenaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pengarah Pelajaran Negeri masing-masing.

3. Walau apa pun, keutamaan hendaklah diberi kepada Yang Berhormat Menteri Pelajaran, Yang Berhormat Timbalan-Timbalan Menteri Pelajaran, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Pengarah Pelajaran Negeri atau wakil-wakil mereka untuk majlis perasmian sama ada di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Gabungan/ Daerah mahupun di peringkat sekolah.

4. Dalam masa yang sama, semua Pengetua dan Guru Besar adalah diingatkan supaya mendapatkan pandangan serta kelulusan daripada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri akan sebarang permohonan untuk menggunakan premis atau kemudahan sekolah seperti bilik darjah, dewan dan padang permainan dan lain-lain oleh pihak luar. Ini bertujuan bagi menjamin kesejahteraan serta menjaga keselamatan harta benda sekolah.

5. Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas berikut;
5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1991: Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah/lnstitusi Pendidikan bertarikh 16 Me1 1991;
5.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1991: Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah/lnstitusi Pendidikan bertarikh 12 September 1991;
5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/2004: Panduan Penglibatan Murid-Murid Sekolah Dalam Program Atau Aktiviti Anjuran Agensi-Agensi Selain Daripada Agensi Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 16 September 2004;
5.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil,14/1988: Keberangkatan DYMM Sultan/Raja atau TYT Yang DiPertua Negeri Menghadiri Majlis Rasmi Sekolah bertarikh 18 Julai 1988;
5.5 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1989: Aturcara Majlis Rasmi Sekolah bertarikh 5 Oktober 1989; dan
5.6 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1991: Penggunaan Kemudahan Sekolah Oleh Pertubuhan dan Persatuan Belia bertarikh 12 September 1991.

6. Kerjasama Y.Bhg, Dato'/Datin/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Gabungan/ Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y. Bhg. Dato/ Datin/ Tuan/ Puan.

Sekian. Terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

DATO' HAJI ALIMUDDlN BIN HAJI MOHD. DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

s.k.
1. Y.B. Dato' Seri Hishammuddin Tun Husein
Menteri Pelajaran Malaysia
2. Y.B. Dato' Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
3. Y.B. Dato' Hj. Noh bin Omar
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
4. Y.B. Datin Paduka Komala Devi
Setiausaha Parlimen, Kementerian Pelajaran Malaysia
5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran Malaysia
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pelajaran Malaysia
8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran Malaysia
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
10.Penasihat Undang-Undang Kementerian Pelajaran Malaysia
11.Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Pelajaran Malaysia

No comments:

Post a Comment