Ref : K.P. 8543/Vol. 2/ (55)
Kementerian Pelajaran,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur 01-34.
4.hb. November, 1975
Pengarah Pelajaran,
Negeri Semenanjung Malaysia, Sabah/ Sarawak.
Tuan,
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/ 1975 Disiplin di Sekolah.
Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid,
Adalah seperti tuan termaklum, satu diantara tujuan-tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh yang demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan.
2. Ordinan-Ordinan/Surat-Surat Pekeliling/Pekeliling Ikhtisas – Lampiran A Untuk membaiki disiplin sekolah, adalah mustahak bagi tiap-tiap guru besar dan guru penolong mengetahui dan memahami segala ordinan/Surat Pekeliling/pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaranh yang berkaitan dengan kelakuan dan disiplin di sekolah-sekolah. Untuk menolong sekolah ini, maka satu senarai Ordinan/Surat Pekeliling /Pekeliling Ikhtisas berkenaan dengan perkara ini disertakan dalam Lampiran A.
3. Perkara-Perkara Tatatertib Yang Dianggap Berat-Lampiran B Sebagai panduan kepada Guru-guru Besar dan Guru-guru, satu senarai tatatertib yang dianggap berat, iaitu hasil daripada satu tinjauan yang dibuat oleh pejabat-pejabat Pelajaran Negeri di antara lain di mana penggantungan sekolah sementara dan hukum buang sekolah boleh dijatuhkan, adalah disertakan di lampiran B.
4. Peraturan-Peraturan Sekolah, (Sekolah Rules) Yang Bertulis Untuk Murid-Murid Tindakan Oleh Tiap-Tiap Sekolah-Lampiran C 1
Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiaptiap murid mestilah mengetahuinya. Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas sekolah/Ketua-ketua murid (School Prefect) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga hendaklah memahami memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatertib.
4.1. Adalah didapati iaitu tidak semua sekolah mempunyai peraturan sekolah yang bertulis.Peraturan sekolah yang bertulis yang ada di beberapa buah sekolah sekarang tidaklah begitu lengkap dan teratur, misalnya tidak mempunyai tajuk untuk tiap-tiap perkara. Guru-guru besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui peraturanperaturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam Lampiran C. Guru Besar juga boleh menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut sekolah masing-masing.
5. Peraturan-Peraturan Khas Untuk Asrama, Perpustakaan dan Bilik Mata-Mata Pelajaran Praktikal dan lain-lain. Guru-guru Besar hendaklah menyediakan peraturan-peraturan khas untuk asrama dan perpustakaan dan pengajaran semua mata pelajaran praktikal dalam bilik seperti berikut:
Bengkel Seni Perusahaan Bilik Sains Rumah Tangga, Bilik Makmal Sains, Dewan Pendidikan Jasmani dan lain-lain.
6. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik dan buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.
7. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu semua Guru-guru Besar sekolah Menengah dan Rendah termasuk sekolah persendirian mengenai kandungan Surat pekeliling ini dengan segera.
Saya yang menurut perintah,
(Kum Boo)
Bahagian Sekolah-Sekolah,
b.p. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ref: K.P. 8543/Vol.2/(55) Lampiran A
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 Ordinan-ordinan/Surat-surat Pekeliling/Pekeliling Ikhtisas Mengenai Kelakuan dan Disiplin di Sekolah-sekolah
Bil Ordinan/Surat Pekeliling dan Tarikh Rujukan Fail KPM
Tajuk
1 Peraturan-peraturan sekolah (Persatuan-persatuan) 1956 School (Societies) Regulations 1956 LN 179 of 1956 (Education Ordin 1952) 22.5.1956 -Persatuan-persatuan sekolah (School Societies)
2 Peraturan-peraturan Sekolah (Lawatanlawatan) 1957 School (Tours) Regulations 1957 LN 326 (Education Ordinan 1957) 9.7.1957 M for E 8D/57 Lawatan-lawatan sekolah (School Tours) 3 Peraturan-peraturan Sekolah (majalahmajalah) 1958 School (Magazines) Regulation 1958 LN 208 (Education Ordinan 1957) 15.7.1958 MEO 8G/57 Majalah-majalah Sekolah (School Magazines)
4 Peraturan-peraturan Pelajaran (Tatatertib Sekolah) 1959 Education (School Discipline) Regulations 1959 LN 61 (Education Ordinan 1959) 20.2.1959 ME 040 Tatatertib Sekolah (School Disipline)
5 Surat Pekelling Ikhtisas Bil. 6/68 10.9.1968 KP. 8543/10 Pembuangan Muridmurid daripada Sekolah-sekolah kerana kel;akuan curang
6 Surat Pekelling Ikhtisas Bil. 6/68 10.9.1968 KP.8543/02/(12) Tatatertib di Sekolahsekolah
7 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1971 4.1.1971 KP. 8550/Jld.II/(10) Pakaian Seragam Sekolah-sekolah
8 Surat Pekeliling Ikhtisas 10.3.1972 KP.8543/(73) Potongan Rambut dan Sebagainya
9 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6A/1975 5.9.1975 KP.8548/8/(75) Disiplin Murid-murid menghisap rokok.
10 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1975 19.8.1975 KP.8548/8/(67) Salahguna dadah Garis Panduan untuk guru-guru Panduan dan Guru Besar.
11 Surat pekeliling 10.6.1974 KP.8613/Jld.7(63) & (63A) Peraturan-peraturan asrama sekolah.
Ref: K.P. 8543/Vol. 2/(55) Lampiran B
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 Perkara-perkara Tatatertib yang Dianggap Berat
i. Menjadi Ahli dalam pertubuhan haram
ii. Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.
iii. Memukul guru-guru.
iv. Mengancam guru-guru atau Guru Besar ataupun Pengetua.
v. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan Pejabat Pelajaran.
vi. Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu pihak yang berkuasa sekolah.
vii. Sengaja merosakkan harta kerajaan/sekolah.
viii. Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid.
ix. Mencuri.
x. Mengancam murid-murid lain- ancaman yang serius dan merbahaya.
xi. Menghisap rokok dan mengambil dadah (sila lihat surat pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1975 dan 7/1975).
xii. Berjudi.
xiii. Meminum minuman keras atau yang memabukkan dalam kawasan sekolah.
xiv. Masih membantah hukuman guru-sekalipun sudah tiga atau empat amaran.
xv. Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru, Guru Besar atau Pengetua.
xvi. Sengaja meninbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum.
xvii. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budi bicara Guru Besar atau Pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang berat.
Ref: K.P. 8543/Vol. 2/(55) Lampiran C
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 Garis Panduan Peraturan-Peraturan Sekolah untuk Murid-Murid
Perkara-perkara yang perlu ditimbangkan:
i. Pakaian Seragam Sekolah dan Pakaian Sekolah – Kebersihan dan kekemasan diri, rambut dan lain-lain.
ii. Kawasan Sekolah – meninggal kawasan, borang sakit, kawasan yang dilarang dan lain-lain.
iii. Kebersihan – sampah, kantin, bilik darjah, dinding, tandas, dan lain-lain.
iv. Keselamatn – beratur, melintas jalan raya, basikal, makmal sains, dan lain-lain.
v. Pelawat-pelawat – dengan kebenaran Guru Besar dan lain-lain.
vi. Budi pekerti/kelakuan/tingkah laku – penepatan masa, hormat-menghormati, pergaduhan, bertumbuk, mengugut, kebiadapan, meminjam tanpa kebenaran, pencurian atau peras ugut dan lain-lain.
vii. Tidak hadir ke sekolah dan kelas.
viii. Ketua murid darjah dan pengawas.
ix. Waktu sembahyang dan rehat.
x. Latihan kebakaran dan kecemasan.
xi. Bayaran dan yuran sekolah.
xii. Kerosakan harta benda sekolah.
xiii. Kegiatan-kegiatan luar bilik darjah – Perpustakaan, kelab, persatuan sekolah, permainan sukan dan lain-lain. Nota: Perhatian tuan adalah ditarik kepada kegunaan Asrama Sekolah, Bilik Makmal Sains dan Sains Rumahtangga dan Workshop. Peraturan-peraturan khas patutlah digubalkan untuk keselamatan dan panduan murid-murid.
No comments:
Post a Comment