Friday, April 3, 2009

pekeliling segak


PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Office of Director-General of Education Malaysia
ARAS 8, BLOK E8
Level 8, Block E8,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
Government Complex Parcel E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
Federal Government Administrative Centre
62604 PUTRAJAYA

Tel: 03-8884 6077
Fax: 03-8889 4548
Laman web: http: www.moe.gov.my.

KP(BS-Dsr)/2017002/1(4. )
9 Julai 2008 V

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/2008
STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID
SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK)

Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian dengan cekap dan berkesan tanpa berasa letih. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan ini, satu penilaian yang standard yang di kenali sebagai Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid
Sekolah Malaysia (SEGAK) telah dirangka untuk dilaksanakan mulai sesi persekolahan 2008.

2. SEGAK adalah satu set ujian standard kecergasan fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan. Komponen kecergasan yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menengah. Terdapat 5 set ujian SEGAK iaitu
2.1 Pengiraan Indeks Jisim Badan
2.2 Ujian Naik Turun Bangku Selama 3 Minit
2.3 Ujian Tekan Tubi
2.4 Ujian Ringkuk Tubi Separa
2.5 Ujian Jangkauan Melunjur

3. Pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) hendaklah
3.1 mengikut Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia yang dikeluarkan
oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia;
3.2 ujian SEGAK hendaklah dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos bagi murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 sahaja;
3.3 ujian ini boleh dilaksanakan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan juga di luar waktu persekolahan;
3.4 semua data ujian direkod dengan menggunakan Borang BSSR untuk sekolah rendah dan Borang BSSM untuk sekolah menengah; dan
3.5 data yang diperoleh dari ujian SEGAK perlu direkodkan di dalam Sistem Maklumat Murid (SMM) mulai tahun 2009.

4. Dengan ini, dimaklumkan juga bahawa sebahagian daripada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1979 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1988 berkaitan dengan Ujian Daya Tenaga Asas adalah dibatalkan.

5. Kerjasama Y. Bhg. Dato'/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan kandungan Surat Pejeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan.

Sekian. Terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO' HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

No comments:

Post a Comment