Saturday, September 6, 2008

ADUAN AWAM

1
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150
KP (BS) 8591/Jld. XIV/(20)
10 September 1998
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 20/1998:
Tindakan Segera Terhadap Aduan Awam
Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan oleh Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana
Menteri, mengenai kelewatan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan
Daerah/Bahagian dan Sekolah, dalam mengambil tindakan terhadap aduan awam. Ada
aduan awam yang dikernukakan, sama ada oleh Biro Pengaduan Awam atau oleh pengadu
sendiri, yang mengambil masa hingga setahun untuk dijawab. Kelewatan memberi jawapan
ini menggambarkan keadaan seolah-seolah pihak pengurusan institusi pendidikan lemah
dan tidak cekap menjalankan tugas. Keadaan sedemikian bukan sahaja menjejaskan imej
dan kredibiliti Jabatan Pendidikan, Pejabat Pendidikan/Bahagian dan Sekolah, tetapi juga
boleh menyebabkan isu yang diadukan itu menjadi lebih rumit untuk diselesaikan.
2. Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan semua
Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan Sekolah supaya
segera mengambil tindakan terhadap semua aduan awam yang diterima. Sebagai panduan,
berikut adalah di antara perkara yang perlu dilakukan.
2.1 Jawapan memaklumkan penerimaan aduan hendaklah diberikan kepada
pengadu walaupun Ketua Jabatan memutuskan aduan itu memerlukan siasatan
yang lebih lanjut.
2.2 Siasatan dan penyediaan laporan mengenainya hendaklah dilakukan dengan
serta merta.
2.3 Dalam menyempurnakan siasatan, jika perundingan difikirkan perlu, misalnya
dengan ibu bapa atau penjaga murid, maka perkara-perkara berikut hendaklah
diberi perhatian.
(i) Tempoh masa pemberitahuan dan masa perundingan hendaklah
munasabah.
(ii) Tujuan perundingan hendaklah dimaklumkan.
(iii) Perundingan dijalankan secara terbuka.
2.4 Apabila menerima aduan, Ketua Jabatan hendaklah mempastikan perkaraperkara
seperti berikut direkodkan:
(i) Tarikh aduan diterima.
(ii) Tarikh siasatan dimulakan.
2
(iii) Tarikh laporan disiapkan.
(iv) Nama penuh dan jawatan pegawai yang membuat siasatan.
2.5 Nama orang yang tertuduh dalam aduan (jika ada) hendaklah sentiasa
dirahsiakan.
2.6 Hasil siasatan dan laporan mengenainya adalah rahsia Jabatan dan
kerahsiaannya hendaklah sentiasa terjaga.
2.7 Jika setelah tiga kali aduan yang dikemukakan oleh Biro Pengaduan Awam itu
tidak dijawab, maka pegawai yang bertanggungjawab boleh dikenakan tindakan
tatatertib.
3. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua pegawai di
Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian, Pengetua dan Guru
Besar di negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k. 1. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
8. Ketua Nazir Sekolah
9. Pegawai Perhubungan Awam

No comments:

Post a Comment