Saturday, September 6, 2008

CEGAH KEBAKARAN

1
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150
KP (BS) 8591/Jld.XVI (7)
14 Mac 2000
Semua Pengarah Pendididikan Negeri
Y.Bhg. Datuk/Dato'/Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2000:
Mencegah Kebakaran Di Sekolah
Kementerian Pendidikan memandang serius terhadap peningkatan kes kebakaran yang
berlaku di sekolah sejak akhir-akhir ini. Berdasarkan statistik dan Jabatan Bomba dan
Penyelamat yang bertarikh 31 Januari 2000, didapati bilangan kes kebakaran yang
melibatkan sekolah telah meningkat dan antara punca kebakaran tersebut ialah litar pintas
(short circuit) dan perbuatan vandalisme (vandalism) oleh murid-murid sekolah. Jika hal ini
tidak ditangani dengan bersungguh-sungguh, kes-kes kebakaran sekolah akan bertambah
serius dan boleh mengakibatkan kerugian harta benda serta kehilangan nyawa.
2. Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memperingatkan semua
Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil langkah-langkah proaktif yang sewajarnya
bagi menangani masalah kes kebakaran daripada berlaku di sekolah. Bagi mengelakkan
dari berlakunya kebakaran, pihak sekolah hendaklah mengambil langkah-langkah seperti
yang berikut :-
2.1 Sentiasa bersedia dalam menghadapi bahaya kebakaran dengan membuat
pemeriksaan rapi akan semua pendawaian di bangunan sekolah. Bagi sekolahsekolah
yang pendawaiannya telah melebihi jangka masa piawaian pihak
Jabatan Kerja Raya (JKR), sekolah perlu memohon kepada Jabatan
Pendidikan Negeri untuk menggantikan pendawaian tersebut dengan segera.
2.2 Memastikan sistem dan alat pencegahan kebakaran seperti pili bomba,
pemadam api (fire extinguisher), dan alat pencegah kebakaran
automatik/manual sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
2.3 Mengadakan ceramah dan pameran kebombaan.
2.4 Mengadakan aktiviti fire drill di sekolah dengan melibatkan semua murid, guruguru,
dan semua kakitangan sekolah.
2.5 Mengadakan demonstrasi memadam kebakaran dengan menggunakan alat
pemadam api (fire extinguisher).
2.6 Mengadakan Hari/Minggu Pencegahan Kebakaran di sekolah.
2.7 Menyediakan pelan keselamatan kebakaran di sekolah.
2
2.8 Melantik Jawatankuasa dan menubuhkan Pasukan Pencegahan Kebakaran di
sekolah.
2.9 Lain-lain langkah yang difikirkan sesuai seperti mengadakan siri lawatan ke
Balai Bomba dan menubuhkan/menambahkan bilangan ahli Kadet Bomba serta
mempertingkatkan kawalan keselamatan sekolah agar tidak dicerobohi oleh
orang luar, terutamanya di luar waktu sekolah.
3. Panduan bagi mengatasi masalah tersebut telahpun dinyatakan dalam pekeliling
yang telah diedarkan ke sekolah-sekolah sebelum ini, iaitu:
3.1 Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 8/1978
Kawad Kecemasan Kebakaran di sekolah.
3.2 Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 12/1989
Garis Panduan Dan Segi Pencegahan Kebakaran Bagi Bangunan Dormitori
Dan Asrama.
4. Sila maklurnkan kandungan pekeliling ini kepada semua Pengetua dan Guru Besar
di negeri Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan untuk tindakan susulan.
Sekian. Terima Kasih
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato' Musa Bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Dato' Abdul Aziz Bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Dato' Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Y.B. Dato' Mahadzir Bin Mohd Khir
Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan
5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
9. Ketua Nazir Sekolah
10. Pegawai Perhubungan Awam

No comments:

Post a Comment