Saturday, September 6, 2008

PERATURAN TATATERTIB SEKOLAH 59

1
KP.Sulit 0504/11/(144)
Kementerian Pelajaran Malaysia
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.
4 hb. Februari 1972.
Ketua Pegawai Pelajaran,
Semua Negeri,
Malaysia Barat.
Pengarah Pelajaran,
Sarawak/Sabah.
Tuan,
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1972
Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran, 1959
Saya adalah diarah menarik perhatian tuan kepada Peraturan 5 dalam Peraturan-
Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran, 1959 yang berbunyi seperti berikut:
5.(1) Bagi maksudkan memelihara tatatertib di kalangan murid-murid,
Guru Besar hendaklah diberi kuasa untuk mengenakan hukumanhukuman
sebagaimana perlu atau mustahak:
Dengan Syarat –
(a) Hukuman dera atau ‘Corporal Punishment’ terhadap muridmurid
perempuan adalah dilarang : dan
(b) Hukuman dera terhadap murid laki-laki oleh seseorang guru
atau kakitangan yang lain hendaklah dihadkan kepada pukulanpukulan
dengan rotan kecil ke atas tapak tangan atau punggung
di atas pakaian dan hendaklah dikenakan hanya oleh Guru
Besar atau dengan kuasa yang diberikannya dalam sesuatu kes
tertentu.
2
(2) Satu rekod mengenai semua hukuman yang dikenakan di bawah
perenggan (1) hendaklah disimpan rahsia dalam satu borang yang
diluluskan oleh pendaftar.
Terjemahan
Education (School Disipline) Regulations, 1959
5.(1) For the purpose of maintaining discipline among pupils the head teacher
shall have power to inflict such ordinary school punishment as may be
necessary of expedient:
Provided that-
(a) Corporal punishment of girl pupils is prohibited: and
(b) Corporal punishment of boys by a teacher or other member of the staff
shall be limited to blows with a light cane on the palm of the hand or on
the buttocks over the clothes and shall be inflicted only by the head
teacher or by his express authority given in the specific case.
(2) A record of all punishment infliceted under paragraph (1) shall be kept
confidentially in form approved by the Registrar.
2. Sila menarik perhatian semua sekolah-sekolah kepada peraturan yang
dinyatakan di atas supaya pihak yang berkenaan dapat mematuhi peraturan ini dengan
tepat.
Saya yang menurut perintah,
(KUM BOO)
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran
3
s.k.
Setiausaha Sulit kepada YBM,
Y.B Setiausaha Parlimen,
Setiausaha Politik,
Ketua Setiausaha,
Ketua Pengarah Pelajaran,
Timbalan Ketua Setiausaha,
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran,
Pengarah Latihan Guru,
Ketua Nazir Sekolah,
Semua Ketua-Ketua Bahagian.
Diilustrasi kembali oleh BTMK, Kementerian Pelajaran Malaysia

No comments:

Post a Comment