Saturday, September 6, 2008

PENGGUNAAN KEMUDAHAN PIHAK LUAR

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BLOK J, PARAS 7
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR

Tel : 03-2556900
Fax : 03-2543107
Kawat : “PELAJARAN”
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.VI/ (29)
Tarikh : 12 September 1991
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/1991 :
Penggunaan Kemudahan Sekolah
Oleh Pertubuhan dan Persatuan Belia
Satu ketetapan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk membenarkan pertubuhan
dan persatuan belia menggunakan kemudahan yang terdapat di sekolah bagi tujuan
menjalankan aktiviti masing-masing.
2. Dengan ketetapan ini, pertubuhan dan persatuan belia boleh memohon kepada
pihak pentadbir sekolah untuk menggunakan kemudahan yang ada seperti dewan, bilik
darjah, gelanggang permainan, padang, dan asrama bagi tujuan mengadakan mesyuarat,
menjalankan kursus, ceramah, kelas lanjutan dan seumpamanya, di luar waktu
persekolahan atau semasa cuti sekolah. Kebenaran menggunakan kemudahan sekolah ini,
walau bagaimanapun, adalah tertakluk kepada rasional, panduan dan peraturan
sebagaimana terkandung dalam lampiran yang disertakan.
3. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di
bawah jagaan tuan. Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

LAMPIRAN
PANDUAN MENGENAI
PENGGUNAAN KEMUDAHAN SEKOLAH
OLEH PERTUBUHAN DAN PERSATUAN BELIA
1. RASIONAL
Pertimbangan dibuat berteraskan kepada konsep sekolah sebagai institusi
masyarakat di mana sekolah turut menyumbang terhadap pembangunan, kemajuan
dan kesejahteraan masyarakat.
Dalam konteks ini, sekolah mengamalkan sikap terbuka dan dengan menjadikan
sekolah sebagai pusat segala kegiatan dan perkembangan budaya ilmu, sekolah
akan dilihat sebagai institusi yang penting dan menarik kepada masyarakat.
Sekolah seharusnya dapat memainkan peranan sebagai penggerak utama
perubahan dalam menghasilkan kemajuan dan kesempurnaan, melalui
persefahaman dan kerjasama dua hala di antara sekolah dengan masyarakat.
Masyarakat dibawa untuk merasakan bahawa sekolah juga adalah kepunyaan
mereka dan wajar mereka bersama-sama bertanggungjawab menjaga dan
memajukan sekolah.
2. OBJEKTIF
2.1 Menggalakkan penglibatan dan penyertaan para belia setempat dalam aktiviti
pertubuhan dan persatuan yang dapat mengisi masa lapang mereka secara
berfaedah sambil menghindarkan mereka daripada terpengaruh dengan
anasir-anasir yang merosakkan.
2.2 Membantu mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh pertubuhan dan
persatuan belia dalam mendapatkan kemudahan tempat dan peralatan untuk
menjalankan kegiatan.
2.3 Mendekatkan masyarakat setempat dengan sekolah untuk membina
persefahaman dan mewujudkan perhubungan dua hala bagi kebaikan dan
kemajuan bersama, selaras dengan hasrat mewujudkan masyarakat yang
penyayang.
3. KEMUDAHAN DI SEKOLAH
Pertubuhan dan persatuan belia boleh memohon untuk menggunakan kemudahan
yang sedia ada di sekolah seperti dinyatakan di bawah.
3.1 Dewan Besar
3.2 Bilik Darjah
3.3 Asrama
3.4 Gelanggang Permainan
3.5 Padang
3.6 Kerusi Meja

4. RUANG WAKTU
Kebenaran menggunakan kemudahan di sekolah adalah terbatas kepada ruang
waktu berikut tanpa mengganggu perjalanan dan pelaksanaan program dan aktiviti
sekolah.
4.1 Waktu petang selepas masa persekolahan
4.2 Waktu malam
4.3 Cuti hujung minggu
4.4 Cuti awam
4.5 Cuti sekolah
Kebenaran tidak boleh diberikan jika pada waktu yang sama pihak sekolah juga
mempunyai program dan aktivitinya sendiri.
5. PENGGUNA
Hanya permohonan menggunakan kemudahan sekolah daripada pihak-pihak berikut
sahaja akan dipertimbangkan.
5.1 Pertubuhan Belia
5.2 Badan Kebajikan
5.3 Persatuan Sukarela
5.4 Pasukan Beruniform
6. PENGGUNAAN
Kebenaran menggunakan kemudahan sekolah boleh diberikan jika untuk tujuan
pendidikan, rekreasi, sukan, kebajikan, kebudayaan dan sosial, melalui aktiviti
seperti permainan, mesyuarat, kursus, ceramah, kelas lanjutan dan bengkel latihan.
Penggunaan untuk lain-lain tujuan tidak dapat dibenarkan.
Syarat-syarat penggunaan kemudahan adalah sebagaimana dinyatakan oleh pihak
pentadbir sekolah.
7. KESELAMATAN
Kesejahteraan dan keselamatan harta benda sekolah dalam tempoh waktu aktiviti
dijalankan menjadi tanggungjawab pengguna. Bagi tujuan tersebut, pihak pentadbir
sekolah boleh meminta pendahuluan wang cagaran atau wang hemat pada kadar
yang munasabah mengikut amalan biasa.
Pihak sekolah juga boleh meminta perakuan tanggungan daripada pengguna ke atas
keselamatan harta benda sekolah atau perlakuan yang boleh menjejaskan
kesejahteraan sekolah.
8. KADAR SEWAAN
Sekolah tidak dapat menanggung tambahan perbelanjaan yang timbul daripada
penggunaan selepas daripada waktu persekolahan. Kerana itu, pertubuhan dan
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
persatuan belia yang menggunakan kemudahan sekolah boleh diminta membayar
sewa pada kadar berpatutan untuk menampung bayaran bil air dan bil elektrik,
terutama apabila penggunaan melibatkan bilangan peserta yang ramai dan diadakan
di waktu malam.
Jika asrama digunakan, kadar sewaan tidak kurang daripada $1.00 seorang sehari
boleh dikenakan oleh pihak pentadbir sekolah. Bagi penggunaan bilik darjah dan
Dewan Besar di waktu malam, kadar bayaran yang munasabah akan ditentukan oleh
pihak sekolah termasuk penggunaan peralatan dan kerusi meja.
s.k 1. Y.B. Datuk Dr. Sulaiman Haji Daud
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Dr. Leo Michael Toyad
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan
5. Timbalan Ketua Setiausaha I
Kementerian Pendidikan
6. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I
Kementerian Pendidikan
7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II
Kementerian Pendidikan
8. Timbalan Ketua Setiausaha II
9. Semua Ketua Bahagian
Kementerian Pendidikan
10. Ketua Nazir
Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan
11. Ketua Perhubungan Awam
Kementerian Pendidikan

No comments:

Post a Comment