Saturday, September 6, 2008

JAGA KESIHATAN MURID

1
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150
KP (BS) 8591/Jld. XIV (6)
31 Mac 1998
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/1998:
Menjaga Kesihatan Pelajar Di Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberikan perhatian berat terhadap
kepentingan kesihatan dan keselamatan pelajar. Usaha-usaha untuk melindung, menjaga
dan memelihara kesihatan dan keselamatan pelajar hendaklah diberi keutamaan.
2. Kebelakangan ini pelbagai pihak, khususnya ibu bapa, sentiasa peka dan prihatin
atas apa jua kejadian yang berlaku di sekolah. Kenaikan harga jualan makanan di kantin
sekolah, denggi, tandas kotor dan penderaan murid adalah antara masalah kesihatan yang
kerap menjadi isu. Walaupun minat yang ditunjukkan itu adalah positif, bagi tujuan
perkembangan pendidikan, narnun tanggapan negatif yang kerap menyusulinya boleh
menjejaskan imej baik keseluruhan warga pendidik dan profesion keguruan. Segala kejadian
yang dilaporkan oleh ibu bapa dapat dielakkan sekiranya pentadbir sekolah dan guru
bersikap proaktif, dan bertindak lebih awal menangani perkara-perkara yang boleh dijadikan
isu.
3. Surat Pekeliling lkhtisas ini bertujuan untuk mengingatkan semua Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan sekolah supaya proaktif dan
prihatin terhadap aspekaspek kesihatan pelajar, khususnya yang ada kaitan dengan
perkembangan kesihatan rohani, emosi dan sosial mereka. Perkembangan pelajar secara
menyeluruh dan bersepadu berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara perlu sentiasa
dihayati.
4. Antara tindakan-tindakan yang perlu digerakkan dengan segera adalah:
4.1 Elakkan aktiviti yang boleh mendedahkan pelajar, untuk jangkamasa yang
lama, kepada keadaan cuaca yang boleh menjejaskan kesihatan mereka,
seperti jerebu dan cuaca panas.
4.2 Pastikan premis dan persekitaran sekolah , termasuk asrama dan kantin ,
sentiasa dalam keadaan bersih, selesa dan selamat, supaya pelajar tidak
dijangkiti penyakit.
4.3 Melaporkan semua kes penyakit berjangkit kepada Pejabat Kesihatan yang
berhampiran dan tidak membenarkan pelajar yang disahkan menghidapi
penyakit berjangkit hadir ke sekolah untuk suatu tempoh yang difikirkan
wajar.
2
4.4 Mengawal selia penyediaan dan penjualan makanan di kantin dan asrama
supaya kejadian keracunan makanan di sekolah dapat dielakkan.
4.5 Mengawasi secara berterusan penjualan makanan di kantin, supaya
makanan untuk pelajar mencukupi, harga jualan dipatuhi seperti dalam
perianjian, dan sesuai dengan kemampuan perbelanjaan harian pelajar.
4.6 Menangani masalah disiplin pelajar dengan mewujudkan persekitaran sosial
sekolah yang dapat membantu perkembangan emosi, rohani dan sosial yang
sihat.
4.7 Menggalakkan penyertaan dan kerjasama ibu bapa, komuniti setempat serta
agensiagensi kesihatan dalam mewujudkan sekolah sihat sesuai dengan
konsep dan matlamat Program Bersepadu Sekolah Sihat yang telah
dilancarkan oleh Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 1997.
4.8 Melaksanakan saranan dan cadangan yang terkandung dalam surat-surat
siaran, pekeliling-pekeliling ikhtisas dan buku-buku panduan yang disediakan
dan disiarkan dan semasa ke semasa.
i) Peraturan Pendidikan:
Federation Of Malaya The Registration Of Schools 0rdinance,1950
Schools (General) Regulations 1951
ii) Surat Pekeliling Ikhtisas:
a) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1981
Jualan Makanan Dan Minuman di Kantin-Kantin Sekolah Untuk
Murid-Murid Berbilang Ugama
b) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1981
Kebersihan di Sekolah-Sekolah
c) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1982
Kempen Anti Denggi Di Sekolah-Sekolah
d) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1983
Garis Panduan Kempen Anti Merokok di Sekolah-Sekolah
e) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1983
Kantin Sekolah
f) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1983
Rancangan Mencantik Dan Mengindahkan Sekolah Dan
Kawasannya (Landscaping)
g) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1988
Penyakit Dernam Kepialu (Tifoid), Taun (Kolera), Penyakit Kuning
(HepatitisB), dan Keracunan Makanan.
h) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1988
Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah
i) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 15/1988
3
Penyenggaran dan keceriaan Maktab Perguruan/Politeknik/
Sekolah
i) Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 2/1989
Rancangan Kesihatan Sekolah
k) Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 14/1989 Kebersihan Sekolah
l) Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 1/1985
Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Jasmani Dan
Kesihatan Serta Kegiatan Kokunkulum Dan Sukan Di Dalam dan
Di Luar Sekolah
m) Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 5/1985
Keracunan Makanan di Sekolah-Sekolah
n) Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 2/1986
Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan Kerapian Berpakaian
n) Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 6/1987
Amalan Kebersihan di Sekolah
iii) Garis Panduan
a) Garis Panduan Kantin Sekolah Cetakan Pertama 1989
b) Amalan Kebersihan Sekolah - Garis Panduan Cetakan Pertama
1997
c) Amalan Kebersihan Sekolah - Panduan Aktiviti Cetakan Pertama
1997
d) Program Bersepadu Sekolah Sihat Cetakan Pertama 1997
e) Rekod Kesihatan Murid
5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua sekolah di
negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.
Sekian. Terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
DATUK MATNOR DAIM
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
4
s.k. 1. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
8. Ketua Unit Perhubungan Awam

No comments:

Post a Comment