Saturday, September 6, 2008

DISIPLIN DI SEKOLAH 9/75

1
Ref : K.P. 8543/Vol. 2/ (55)
Kementerian Pelajaran,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur 01-34.
4.hb. November, 1975
Pengarah Pelajaran,
Negeri Semenanjung Malaysia,
Sabah/ Sarawak.
Tuan,
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/ 1975
Disiplin di Sekolah.
Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid,
Adalah seperti tuan termaklum, satu diantara tujuan-tujuan pelajaran ialah untuk
menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Ini bukan tugas dan
tanggungjawab semua guru lain. Oleh yang demikian semua guru hendaklah juga memahami
benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin
sesebuah sekolah dan janganlah hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru
besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan yang berat
sahaja yang harus diadukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan.
2. Ordinan-Ordinan/Surat-Surat Pekeliling/Pekeliling Ikhtisas – Lampiran A
Untuk membaiki disiplin sekolah, adalah mustahak bagi tiap-tiap guru besar dan guru
penolong mengetahui dan memahami segala ordinan/Surat Pekeliling/pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pelajaranh yang berkaitan dengan kelakuan dan disiplin di sekolah-sekolah.
Untuk menolong sekolah ini, maka satu senarai Ordinan/Surat Pekeliling /Pekeliling Ikhtisas
berkenaan dengan perkara ini disertakan dalam Lampiran A.
3. Perkara-Perkara Tatatertib Yang Dianggap Berat-Lampiran B
Sebagai panduan kepada Guru-guru Besar dan Guru-guru, satu senarai tatatertib yang
dianggap berat, iaitu hasil daripada satu tinjauan yang dibuat oleh pejabat-pejabat Pelajaran
Negeri di antara lain di mana penggantungan sekolah sementara dan hukum buang sekolah
boleh dijatuhkan, adalah disertakan di lampiran B.
4. Peraturan-Peraturan Sekolah, (Sekolah Rules) Yang Bertulis Untuk Murid-Murid
Tindakan Oleh Tiap-Tiap Sekolah-Lampiran C
2
Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing
secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiaptiap
murid mestilah mengetahuinya.Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di
tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan
pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan
sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas sekolah/Ketua-ketua murid (School
Prefect) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan
pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga
hendaklah memahami memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak
yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatertib.
4.1. Adalah didapati iaitu tidak semua sekolah mempunyai peraturan sekolah yang
bertulis.Peraturan sekolah yang bertulis yang ada di beberapa buah sekolah sekarang tidaklah
begitu lengkap dan teratur, misalnya tidak mempunyai tajuk untuk tiap-tiap perkara. Guruguru
besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui peraturanperaturan
sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai perkara-perkara yang
patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam Lampiran C. Guru
Besar juga boleh menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu
mengikut sekolah masing-masing.
5. Peraturan-Peraturan Khas Untuk Asrama, Perpustakaan dan Bilik Mata-Mata
Pelajaran Praktikal dan lain-lain.
Guru-guru Besar hendaklah menyediakan peraturan-peraturan khas untuk asrama dan
perpustakaan dan pengajaran semua mata pelajaran praktikal dalam bilik seperti berikut:
Bengkel Seni Perusahaan
Bilik Sains Rumah Tangga,
Bilik Makmal Sains,
Dewan Pendidikan Jasmani dan lain-lain.
6. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan
perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka
untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik
dan buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu
yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.
7. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu semua Guru-guru Besar sekolah
Menengah dan Rendah termasuk sekolah persendirian mengenai kandungan Surat pekeliling
ini dengan segera.
3
Saya yang menurut perintah,
(Kum Boo)
Bahagian Sekolah-Sekolah,
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
4
Ref: K.P. 8543/Vol.2/(55) Lampiran A
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975
Ordinan-ordinan/Surat-surat Pekeliling/Pekeliling Ikhtisas
Mengenai Kelakuan dan Disiplin di Sekolah-sekolah
Bil Ordinan/Surat Pekeliling dan Tarikh Rujukan Fail KPM Tajuk
1 Peraturan-peraturan sekolah
(Persatuan-persatuan) 1956
School (Societies) Regulations 1956
LN 179 of 1956 (Education Ordin
1952)
22.5.1956
-
Persatuan-persatuan
sekolah
(School Societies)
2 Peraturan-peraturan Sekolah (Lawatanlawatan)
1957
School (Tours) Regulations 1957
LN 326 (Education Ordinan 1957)
9.7.1957
M for E
8D/57
Lawatan-lawatan
sekolah
(School Tours)
3 Peraturan-peraturan Sekolah (majalahmajalah)
1958
School (Magazines) Regulation 1958
LN 208 (Education Ordinan 1957)
15.7.1958
MEO
8G/57
Majalah-majalah
Sekolah
(School Magazines)
4 Peraturan-peraturan Pelajaran
(Tatatertib Sekolah) 1959
Education (School Discipline)
Regulations 1959
LN 61 (Education Ordinan 1959)
20.2.1959
ME 040
Tatatertib Sekolah
(School Disipline)
5 Surat Pekelling Ikhtisas Bil. 6/68
10.9.1968
KP. 8543/10
Pembuangan Muridmurid
daripada
Sekolah-sekolah
kerana kel;akuan
curang
6 Surat Pekelling Ikhtisas Bil. 6/68
10.9.1968
KP.8543/02/(12)
Tatatertib di Sekolahsekolah
7 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1971
4.1.1971
KP. 8550/Jld.II/(10) Pakaian Seragam
Sekolah-sekolah
8 Surat Pekeliling Ikhtisas
10.3.1972
KP.8543/(73) Potongan Rambut
dan Sebagainya
5
9 Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.6A/1975
5.9.1975
KP.8548/8/(75) Disiplin Murid-murid
menghisap rokok.
10 Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.7/1975
19.8.1975
KP.8548/8/(67) Salahguna dadah
Garis Panduan untuk
guru-guru Panduan
dan Guru Besar.
11 Surat pekeliling
10.6.1974
KP.8613/Jld.7(63)
& (63A)
Peraturan-peraturan
asrama sekolah.
6
Ref: K.P. 8543/Vol. 2/(55) Lampiran B
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975
Perkara-perkara Tatatertib yang Dianggap Berat
i. Menjadi Ahli dalam pertubuhan haram
ii. Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.
iii. Memukul guru-guru.
iv. Mengancam guru-guru atau Guru Besar ataupun Pengetua.
v. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan
Pejabat Pelajaran.
vi. Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu pihak yang berkuasa sekolah.
vii. Sengaja merosakkan harta kerajaan/sekolah.
viii. Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid.
ix. Mencuri.
x. Mengancam murid-murid lain- ancaman yang serius dan merbahaya.
xi. Menghisap rokok dan mengambil dadah (sila lihat surat pekeliling Ikhtisas Bil.
6/1975 dan 7/1975).
xii. Berjudi.
xiii. Meminum minuman keras atau yang memabukkan dalam kawasan sekolah.
xiv. Masih membantah hukuman guru-sekalipun sudah tiga atau empat amaran.
xv. Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru, Guru Besar atau
Pengetua.
xvi. Sengaja meninbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan
kacau bilau dan perpecahan kaum.
xvii. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budi bicara
Guru Besar atau Pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang berat.
7
Ref: K.P. 8543/Vol. 2/(55) Lampiran C
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975
Garis Panduan
Peraturan-Peraturan Sekolah untuk Murid-Murid
Perkara‐perkara yang perlu ditimbangkan:
i. Pakaian Seragam Sekolah dan Pakaian Sekolah – Kebersihan dan kekemasan diri, rambut dan
lain‐lain.
ii. Kawasan Sekolah – meninggal kawasan, borang sakit, kawasan yang dilarang dan lain‐lain.
iii. Kebersihan – sampah, kantin, bilik darjah, dinding, tandas, dan lain‐lain.
iv. Keselamatn – beratur, melintas jalan raya, basikal, makmal sains, dan lain‐lain.
v. Pelawat‐pelawat – dengan kebenaran Guru Besar dan lain‐lain.
vi. Budi pekerti/kelakuan/tingkah laku – penepatan masa, hormat‐menghormati, pergaduhan,
bertumbuk, mengugut, kebiadapan, meminjam tanpa kebenaran, pencurian atau peras ugut
dan lain‐lain.
vii. Tidak hadir ke sekolah dan kelas.
viii. Ketua murid darjah dan pengawas.
ix. Waktu sembahyang dan rehat.
x. Latihan kebakaran dan kecemasan.
xi. Bayaran dan yuran sekolah.
xii. Kerosakan harta benda sekolah.
xiii. Kegiatan‐kegiatan luar bilik darjah – Perpustakaan, kelab, persatuan sekolah, permainan
sukan dan lain‐lain.
Nota: Perhatian tuan adalah ditarik kepada kegunaan Asrama Sekolah, Bilik Makmal Sains dan
Sains Rumahtangga dan Workshop. Peraturan‐peraturan khas patutlah digubalkan untuk
keselamatan dan panduan murid‐murid.
Diilustrasi kembali oleh BTMK, Kementerian Pelajaran Malaysia

No comments:

Post a Comment