Saturday, September 6, 2008

BANTERAS JENAYAH

1
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150
KP (BS) 8591/Jld.XVI (11)
5 Julai 2000
Semua Pengarah Pendididikan Negeri
Y.Bhg. Datuk/Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 11/2000:
Membanteras Jenayah Di Kalangan Murid Sekolah
Masalah jenayah yang melibatkan murid sekolah, sama ada sebagai pelaku jenayah atau
mangsa perlakuan jenayah telah menjadi suatu perkara yang sering dihebahkan dan
dilaporkan secara meluas dalam akhbar-akhbar dan media massa. Kenyataan dan laporan
yang dibuat sejak akhir-akhir ini memberi gambaran bahawa kes-kes jenayah yang melibat
murid sekolah adalah sangat serius dan di luar kawalan pihak sekolah.
2. Laporan lbu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman menunjukkan bahawa jumlah
kesalahan jenayah yang melibatkan juvana berumur antara 10 hingga 18 tahun meningkat
setiap tahun dan keadaan ini perlu dibanteras sebelum ia menular secara meluas di
peringkat sekolah.
3. Sebelum ini Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengemukakan pelbagai
saranan dan syor untuk diambil perhatian dan dilaksanakan di sekolah-sekolah bagi tujuan
mencegah murid daripada terlibat dengan jenayah. Kementerian Pendidikan Malaysia
percaya sekolah telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menangani
masalah disiplin, terutamanya perlakuan berunsur jenayah di kalangan pelajar. Namun
demikian, keadaan yang digambarkan oleh media massa seakan menunjukkan bahawa
segala usaha yang dilakukan seolah-olah tidak mendatangkan hasil. Permasalahan ini
semakin kerap berlaku dan sering diperkatakan oleh masyarakat. Kesan daripada itu,
masyarakat mempunyai tanggapan bahawa sistem pendidikan kita gagal melahirkan
warganegara sebagaimana yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.
4. Bertentangan dengan tanggapan umum, Kementerian Pendidikan Malaysia sering
mengeluarkan kenyataan bahawa masalah disiplin murid masih terkawal dan tidak
membimbangkan. Pendirian Kementerian adalah berasas, memandangkan maklumat
tentang kes-kes salah laku yang diterima dari sekolah tidak menunjukkan peningkatan.
Narnun begitu, sikap menunggu sehingga keadaan menjadi serius hendaklah dielakkan.
Membanteras salah laku disiplin di peringkat awal adalah jauh lebih baik daripada
mengambil sikap tunggu dan lihat. Sebarang masalah disiplin dan perlakuan negatif
hendaklah dikenal pasti dan tindakan mengatasinya wajar dilakukan dengan kadar segera.
5. Kementerian Pendidikan Malaysia memandang berat tentang adanya segelintir
sekolah yang cuba memaparkan imej yang bersih, walaupun pada realitinya tidak
sedemikian. Sehubungan dengan itu, adalah diingatkan supaya semua kes salah laku murid
tidak dirahsiakan atas apa jua alasan sekalipun, termasuk untuk menjaga kredibiliti
Pengetua, Guru Besar atau imej dan reputasi sekolah. Saluran dan tatacara pemakluman
yang sedia ada hendaklah dipatuhi.
2
6. Kerjasama Y.Bhg. Datuk/Tuan adalah dipohon untuk memaklumkan kandungan
surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua Pengetua dan Guru Besar. Surat Pekeliling
Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
16/1998: Menangani Masalah Gengster Di Sekolah dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
10/1999: Panduan Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah Di Sekolah Menengah.
Sekian. Terima Kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
DATO’ SERI DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato' Musa Bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Dato' Abdul Aziz Bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Dato' Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Y.B. Dato' Mahadzir Bin Mohd Khir
Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan
5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
9. Ketua Nazir Sekolah
10. Pegawai Perhubungan Awam

No comments:

Post a Comment