Saturday, September 6, 2008

PELAPORAN KEJADIAN TAK DIINGINI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BLOK J, PARAS 7
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR

Tel : 03-2556900
Fax : 03-2543107
Kawat : “PELAJARAN”
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.V/ (96)
Tarikh : 16 Mei 1991
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1991 :
Pelaporan Kejadian Tidak Diingini Di Sekolah
Sewajarnya kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan pelajar dijadikan pertimbangan
utama pada setiap masa dan pihak pentadbir sekolah telahpun diperingatkan untuk sentiasa
peka dan berwaspada terhadap kemungkinan yang boleh menyebabkan berlakunya
kejadian-kejadian yang tidak diingini di sekolah. Namun demikian, dari semasa ke semasa,
masih terdapat kejadian di mana pelajar menjadi mangsa kepada perbuatan jenayah
penceroboh yang masuk ke kawasan sekolah dan kejadian di mana pelajar sendiri
melancarkan mogok, merusuh, mencedera dan bergaduh semasa sendiri.
2. Sehubungan dengan itu, kerapkali pula didapati bahawa Kementerian Pendidikan,
sebagai pihak berwajib ke atas sekolah, tidak diberitahu atau dihubungi langsung mengenai
kejadian yang berlaku. Laporan mengenai kejadian hanya disampaikan ke Kementerian
setelah sekian hari berlaku atau setelah diminta. Sikap sesetengah pentadbir sekolah yang
gagal bertindak segera menghubungi Kementerian amatlah dikesali dan perlu diperbetulkan.
3. Dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini semua Pengetua, Guru Besar atau Guru
Penolong Kanan adalah dikehendaki DENGAN SERTA MERTA melapor segala kejadian
tidak diingini yagn berlaku di sekolah kepada pihak Kementerian Pendidikan, di samping
menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri. Kementerian
Pendidikan boleh dihubungi di talian berikut :
TELEFON FAKSIMILI
Pejabat Menteri Pendidikan 03-2556812
03-2556835
03-2555305
Pejabat Ketua Setiausaha 03-2556827 03-2543107
Pejabata Ketua Pengarah Pendidikan 03-2556823
03-2513138
03-2543107
Pejabat Pengarah Bahagian Sekolah 03-2556819
03-2513264
03-2562389
Pejabat Pengarah Bahagian Pendidikan
Teknik dan Vokasional
03-2558650
03-2558653
03-2544580
Pejabat Pengarah Bahagian Pendidikan
Islam
03-2912521
03-2922066
03-2923504

4. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di
bawah jagaan tuan. Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k 1. Y.B. Datuk Dr. Sulaiman Haji Daud
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Dr. Leo Michael Toyad
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan
5. Timbalan Ketua Setiausaha I
Kementerian Pendidikan
6. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I
Kementerian Pendidikan
7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II
Kementerian Pendidikan
8. Timbalan Ketua Setiausaha II
9. Semua Ketua Bahagian
Kementerian Pendidikan
10. Ketua Unit Perhubungan Awam
Kementerian Pendidikan

No comments:

Post a Comment