Saturday, September 6, 2008

TAKAFUL

BAHAGIAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 5, BLOK J (SELATAN)
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR

Tel : 03-2556900
Fax : 03-2562389
Kawat : “PELAJARAN”
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.VIII / (85)
Tarikh : 21 Julai 1995
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Yang Berbahagia Datuk/Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1995 :
Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok
Bagi Semua Pelajar Sekolah Kerajaan Dan Bantuan Kerajaan
1. Pendahuluan
1.1 Kementerian Pendidikan begitu prihatin mengenai pelbagai risiko
kemalangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sekolah ketika dalam
perjalanan pergi dan balik sekolah. Begitu juga sewaktu mereka melakukan
aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kegiatan sekolah.
1.2 Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah
Kerajaan dan Bantuan Kerajaan telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada
21 Jun 1995.
1.3 Skim ini akan berkuatkuasa mulai sesi persekolahan 1995/1996. Kadar
bayaran bagi seorang pelajar ialah RM1.50 setahun dan akan dimasukkan
bersama dalam bayaran yuran persekolahan tahunan.
2. Jangka Masa Perlindungan
2.1 Tempoh perlindungan bermula dari hari pertama persekolahan dan
berkuatkuasa selama setahun dan akan berterusan pada tahun-tahun
berikutnya sehingga tamat persekolahan.
2.2 Skim ini menyediakan perlindungan 24 jam sehari semalam dan meliputi
seluruh dunia.
3. Penyertaan
3.1 Peserta skim ini adalah semua pelajar sekolah rendah dan menengah yang
berdaftar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
3.2 Perlindungan ke atas pelajar-pelajar ini tamat serta merta apabila pelajar
tersebut berhenti atau diberhentikan dan menjadi pelajar berdaftar di sekolahsekolah
yang dinyatakan di atas.

4. Bayaran
4.1 Kadar sumbangan/bayaran takaful ialah RM1.50 seorang setahun. Pelajar
dikehendaki membayar sumbangan takaful sekolah. Sekolah hendaklah
menyerahkan pembayaran tersebut terus kepada Jabatan Pendidikan Negeri
untuk disampaikan kepada Ibu Pejabat Syarikat Takaful Malaysia Sdn. Bhd.
(STMSB). Bagi melicinkan sistem pemantauan, salinan surat penghantaran
tersebut hendaklah dihantar kepada Pegawai Pendidikan Daerah.
4.2 Pihak sekolah hendaklah mengutip pembayaran ini seperti mana kutipan
yuran lain mengikut proses dan prosedur yang sedia ada di sekolah.
4.3 Pengetua/Guru Besar hendaklah memasukkan bayaran takaful ini ke dalam
borang permohonan kutipan yuran untuk diluluskan oleh pihak Jabatan
Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah yang mana berkenaan
seperti dilakukan setiap tahun. Adalah menjadi lebih baik jika kelulusan ini
diperolehi sebelum sesi persekolahan akan datang bermula. Proses ini
adalah untuk mempercepatkan pembayaran skim perlindungan ini.
4.4 Semua pembayaran mestilah selesai di peringkat sekolah pada akhir
Januari. Pihak sekolah mestilah menyerahkan kutipan tersebut kepada pihak
Jabatan pada akhir Februari. Sementara pihak Jabatan dikehendaki
menghantar kutipan tersebut kepada pihak Jabatan dikehendaki menghantar
kutipan tersebut kepada Ibu Pejabat STMSB selewat-lewatnya akhir Mac.
4.5 Pihak sekolah bolehlah mendapatkan kerjasama dari berbagai pihak seperti
PIBG bagi membantu pelajar yang tidak mampu untuk menjelaskan bayaran
dalam tempoh yang ditentukan.
5. Tuntutan Pampasan
5.1 Bagi memudahkan urusan tuntutan, pelajar-pelajar atau waris mereka boleh
mengemukakan tuntutan terus ke Pejabat STMSB yang berdekatan melalui
sekolah dimana pelajar berkenaan didaftarkan. Semua tuntutan hendaklah
dikemukakan dengan menggunakan Borang Tuntutan (seperti Lampiran A)
dan disokong oleh dokumen-dokumen berkaitan sebagaimana yang
ditentukan oleh STMSB.
5.2 STMSB akan menimbang dan mengurus tuntutan pelajar-pelajar berkenaan
atau waris mereka melalui sekolah dimana pelajar berkenaan didaftarkan.
5.3 Semua bayaran tuntutan akan dibuat atas nama sekolah. Sementara itu
sekolah pula bertanggungjawab membuat bayaran tuntutan berkenaan
kepada pelajar atau ahli warisnya.
5.4 Bagi melicinkan pentadbiran, satu penyata tuntutan yang telah dibayar dan
diselesaikan berserta dengan tuntutan yang masih dipertimbangkan akan
dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan secara bulanan oleh STMSB.
6. Hal-hal Lain
6.1 Maklumat terperinci boleh didapati dari Garis Panduan Skim Takaful ini yang
dikeluarkan oleh pihak STMSB (seperti Lampiran B).
6.2 Pihak sekolah juga boleh merujuk kepada Cawangan-cawangan
Takaful yang terdekat atau menghubungi terus Ibu Pejabat STMSB jika
memerlukan penjelasan atau sebarang kemusykilan.

7. Sila maklumkan kandungan Pekeliling ini bersama dengan lampirannya kepada
semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di negeri Yang Berbahagia Datuk/Tuan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
s.k 1. Y.B. Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Datuk Khalid b. Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Timbalan Ketua Setiausaha I
Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan Ketua Setiausaha II
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II
Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Semua Ketua Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Ketua Perhubungan Awam
Kementerian Pendidikan Malaysia

LAMPIRAN A
Nama dan Alamat Sekolah
Tarikh :
Pengurus Besar
Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad
Tingkat 2, Blok Annex
Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut
Peti Surat 11483
50746 Kuala Lumpur
Tuan,
TUNTUTAN SKIM TPSM
Pelajar :
Tahun/Tingkatan :
Kemalangan/Kematian pada :
Adalah saya dengan hormatnya memohon pembayaran manfaat tuntutan pelajar tersebut di
atas dibuat atas nama ........................................................................................ dan saya
dengan ini mengesahkan penama tersebut adalah orang yang berhak kepada bayaran
manfaat tersebut.
Sekian. Terima kasih.
Yang benar,
.............................................
Nama Pengetua/Guru Besar
Cop Pengetua/Guru Besar

LAMPIRAN B
SKIM TAKAFUL PELAJAR
SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA
PANDUAN DAN MAKLUMAT
UNTUK
GURU BESAR/PENGETUA SEKOLAH

SKIM TAKAFUL KEMALANGAN DIRI BERKELOMPOK
BAGI SEMUA PELAJAR SEKOLAH KERAJAAN DAN
BANTUAN KERAJAAN(TPSM)
I. TUJUAN SKIM
Sesuai dengan perubahan dan kemajuan sistem pendidikan di Malaysia, pelajarpelajar
yang sentiasa terdedah kepada berbagai musibah dan risiko kemalangan
amat perlu diberi manfaat perlindungan insurans/takaful bagi membantu mereka atau
keluarga mereka bagi menghadapi keadaan yang tidak diduga. Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam melancarkan ”Kempen Sekolah Penyayang” merasa
suatu skim perlindungan hendaklah dilaksanakan demi kebaikan semua pihak serta
rasa prihatin dan tanggungjawab terhadap kebajikan dan kesejahteraan pelajar.
II. PELAKSANAAN SKIM
Skim ini disediakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad (STMSB) dan
penyertaan adalah wajib bagi semua pelajar sekolah-sekolah Kerajaan dan Bantuan
Kerajaan.
III. SKOP PERLINDUNGAN
3.1 TPSM yang dicadangkan ini menyediakanmanfaat perlindungan kepada
pelajar atau warisnya jika ditakdirkan berlaku kematian atau keilatan akibat
pelajar berkenaan ditimpa kemalangan, yang mana termasuk :
i) mati lemas, terhidu gas, keracunan makanan dan patukan ular;
ii) menunggang motosikal sama ada sebagai penunggang atau
pembonceng;
iii) rusuhan dan kekacauan awam.
3.2 Amaun manfaat yang akandibayar oleh TPSM adalah seperti berikut :
SKOP AMAUN (RM)
A) KEMATIAN akibat kemalangan - 7,500
B) HILANG UPAYA KEKAL DAN
MENYELURUH
Akibat kemalangan
- 25,000
C) KEHILANGAN ATAU HILANG UPAYA
KEKAL seperti berikut :
- 25,000
a) Satu atau kedua-dua tangan
Di atas paras dari pergelangan, atau
b) Satu atau kedua-dua kaki di atas
Paras dari buku lali, atau
c) Kehilangan langsung penglihatan
Sebelah atau kedua-dua mata
Akibat dari kemalangan.
D) KHAIRAT KEMATIAN mati akibat
Kemalangan atau sakit biasa
- 1,000
E) ELAUN WANG TUNAI bagi setiap hari
Semasa tempoh dimasukkan ke hospital
Kerajaan Malaysia disebabkanoleh
kemalangan sehingga maksima 60 hari
berturut-turut mulai dari tarikh
kemalangan.
- 25.00 sehari

3.3 Had peerlindungan bagi mana-mana satu pengangkutan, walau
bagaimanapun, adalah tertakluk kepada amaun manfaat perlindungan RM3
juta. Tuntutan melebihi syarat ini akan dibahagikan mengikut kiraan pro-rata.
3.4 TPSM menyediakan perlindungan 24 jam sehari semalan dan meliputi
seluruh dunia.
IV. TEMPOH PERLINDUNGAN
Tempoh perlindungan bermula dari hari pertama persekolahan dan berkuatkuasa
selama setahun dan akan berterusan pada tahun-tahun berikutnya.
Perlindungan ke atas seseorang pelajar, walau bagaimanapun, tamat secara serta
merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan dari menjadi pelajar
berdaftar di sekolah-sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan.
V. KEKECUALIAN
5.1 Walaupun skop perlindungan TPSM adalah sangat luat, ia adalah tertakluk
kepada kekecualian-kekecualian seperti berikut :
(i) Sukan merbahaya seperti luncur (ski) air, polo, memburu, payung
terjun, perlumbaan bermotor, tinju, gusti dan sebagainya;
(ii) Perlumbaan, ujian kelajuan atau ujian am kenderaan bermotor;
(iii) Keilatan atau kurang upaya yang sedia wujud;
(iv) Bunuh diri, atau cubaan bunuh diri dan kecederaan yang disengajakan;
(v) Penyakit atau wabak;
(vi) Pengaruh alkohol atau dadah;
(vii) Mengandung atau keguguran;
(viii) Peperangan dan risiko yang seumpamanya;
(ix) Aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan Syariah;
(x) Risiko nuklear dan yang seumpamanya.
Kekecualian ini, walau bagaimanapun, tidak terpakai kepada manfaat (D) kecuali (iv),
(vi), (viii), (ix) dan (x).
VI. TUNTUTAN
6.1 Bagi memudahkan urusan tuntutan, pelajar-pelajar atau waris mereka boleh
mengemukakan tuntutan terus ke Pejabat STMSB yang berdekatan melalui
sekolah di mana pelajar berkenaan didaftarkan. Semua tuntutan hendaklah
dikemukakan dengan menggunakan Borang Tuntutan (seperti Lampiran) dan
disokong oleh dokumen-dokumen berkaian sebagaimana yang ditentukan
oleh STMSB.
6.2 STMSB akan menimbang dan mengurus tuntutan terus dengan pelajarpelajar
berkenaan atau waris mereka melalui sekolah di mana pelajar
berkenaan didaftarkan. Apabila sesuatu tawaran dibuat, penerimaan tawaran

hanya boleh dibuat oleh Guru Besar/Pengetua sekolah terbabit sahaja.
Penerimaan tawaran ini adalah pelepasan sepenuhnya tanggungan STMSB.
6.3 Mana-mana pelajar atau ahli warisnya tidak berhak berurusan secara
langsung mengenai TPSM dan hanya Guru Besar/Pengetua sekolah sebagai
wakil Kementerian Pendidikan sahaja yang berhak berurusan dengan
STMSB.
6.4 Semua bayaran tuntutan akan dibuat atas nama sekolah. Sementara itu
sekolah pula bertanggungjawab membuat bayaran tuntutan berkenaan
kepada pelajar atau ahli warisnya.
6.5 Bagi melicinkan pentadbiran, satu penyata tuntutan yang telah dibayar dan
diselesaikan berserta yang masih dipertimbangkan akan dikemukakan
kepada Kementerian Pendidikan secara bulanan oleh STMSB.
6.6 TPSM menyediakan perlindungan 24 jam sehari semalam dan meliputi
seluruh dunia.

BORANG TUNTUTAN
SKIM TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA
PERINGATAN
1. BORANG INI PERLU DIISI OLEH GURU BESAR/PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA SAHAJA.
2. GURU BESAR/PENGETUA DIWAJIBKAN MEMBERI MAKLUMAT-MAKLUMAT DENGAN BETUL DAN SEPENUHNYA.
3. SYARIKAT BERHAK TIDAK MELAYAN TUNTUTAN INI JIKA BORANG INI TIDAK DIISI DENGAN LENGKAP DAN
SEMPURNA.
4. PENERIMAAN BORANG INI BUKANLAH BERERTI DENGAN SENDIRINYA TANGGUNGAN DIAKUI OLEH SYARIKAT.
I. BUTIR-BUTIR PELAJAR
Nama No. K/P
Tarikh Lahir
No. Telefon
Alamat Kediaman
No. Pend. Pelajar
Nama Sekolah Tarikh masuk Sekolah
ini
Alamat
No. Telefon
Adakah Pelajar ini mengalami apa-apa kecacatan fizikal sebelum
berlakunya kemalangan ini?
Ya Tidak
Pernahkah Pelajar ini membuat tuntutan bersabit dengan kemalangan
diri dari mana-mana Syarikat Takaful atau insurans sebelum ini?
Ya Tidak
II. BUTIR-BUTIR KEMALANGAN/KEMATIAN (untuk kematian biasa sila penuhkan ruang A sahaja)
A.
Tarikh Kemalangan/Kematian Tempat Kemalangan/Kematian Waktu Kemalangan/Kematian
B.
Balai Polis di mana laporan dibuat Tarikh Laporan
No. Laporan Waktu Laporan
Pagi/Petang/Malam
Laporan Dibuat Oleh
A.
Sila ceritakan dengan sepenuhnya bagaimana kemalangan tersebut berlaku

PANDUAN MENGISI BORANG DAN MENGEMUKAKAN TUNTUTAN TPSM
1. Sebelum mengemukakan tuntutan, Guru Besar/Pengetua Sekolah hendaklah
memastikan perkara-perkara berikut :
a. Bahawa pelajar yang menuntut adalah pelajar yang sah berdaftar di sekolah
berkenaan.
b. Bahawa tuntutan yang hendak dibuat adalah berhak memperolehi manfaat di
bawah TPSM.
2. Semua Borang Tuntutan hendaklah diisi dengan betul oleh sekolah berkenaan
dengan ditandatangani oleh Guru Besar/Pengetua sekolah terbabit.
3. Semua ruang di Borang Tuntutan hendaklah diisi dengan panduan berikut :
RUANG I : Ruang ini adalah untuk menyatakan maklumat pelajar yang
membuat tuntutan dan butir-butir sekolah. Perlu diisi bagi semua
jenis tuntutan.
RUANG II : Ruang ini adalah untuk menyatakan kejadian kemalangan/kematian
pelajar. Bagi tuntutan kematian biasa untuk manfaat D (Khairat
Kematian), hanya ruang A perlu dipenuhkan. Tuntutan lain-lain
manfaat, ruang A, B dan C perlu dipenuhkan.
RUANG III : Sebelum ruang ini dipenuhkan, Guru Besar/Pengetua Sekolah perlu
terlebih dahulu mengenal pasti jenis tuntutan manfaat yang hendak
dikemukakan :
RUANG A : Bagi tuntutan manfaat A dan/atau D
RUANG B : Bagi tuntutan manfaat B atau C. Jika tuntutan
adalah untuk manfaat C, sila tandakan jenis hilang
upaya yang menimpa pelajar.
Bagi tuntutan ini (manfaat B atau C), pengesahan
doktor adalah dikehendaki untuk pengesahan hilan
upaya. Sila dapatkan pengesahan berkenaan
daripada doktor yang kena memenuhkan ruang
berkaitan.
RUANG C : adalah untuk tuntutan manfaat E.
”Ward-chit” atau surat penyerahan rawatan di hospital perlu dikemukakan bagi
menyokong tuntutan berserta Laporan Polis.
4. Semua tuntutan hendaklah disokong dengan dokumen berkaitan sepertimana yang
dinyatakan dalam ruang III (A, B dan C).
5. Pengesahan dan perakuan tuntutan hendaklah dibuat oleh Guru Besar/Pengetua
Sekolah di ruang IV.
6. Semua bayaran manfaat tuntutan akan dikeluarkan dengan cek oleh STMSB atas
nama sekolah. Jika pihak sekolah menghendaki bayaran dibuat atas nama pelajar
atau waris pelajar, pihak sekolah hendaklah memohon secara bertulis dengan
menggunakan contoh surat seperti Lampiran dan dikemukakan bersama Borang
Tuntutan.

7. Borang Tuntutan boleh didapati dari mana-mana pejabat STMSB (seperti Lampiran)
dan Borang Tuntutan yang telah dipenuhkan dan disertai dokumen sokongan yang
diperlukan boleh dikemukakan kepada mana-mana pejabat STMSB atau dihantar
terus kepada :
URUS SETIA TUNTUTAN TPSM
Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad
Tingkat 2, Blok Annex
Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut
Peti Surat 11483
50746 Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment