Saturday, September 6, 2008

KERJASAMA TEK MAKLUMAT KOMUNIKASI

1
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150
KP (BS) 8591/Jld.XVI (19)
9 Disember 2000
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 19/2000:
Panduan Menggalakkan Kerjasama dan Sumbangan Pihak Luar
Dalam Program Teknologi Maklumat dan Komunikasi Di Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia sememangnya berhasrat untuk menggalakkan badan
korporat, badan berkanun, badan bukan kerajaan, agensi kerajaan, dan individu
perseorangan memberi kerjasama serta sumbangan dalam program yang boleh
meningkatkan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi di kalangan murid sekolah.
Kerjasama dan sumbangan tersebut boleh berbentuk kepakaran, peralatan dan sumbangan
lain dalam bidang teknologi maklumat yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh muridmurid.
2. Bersama-sama ini disertakan satu panduan untuk kegunaan Jabatan Pendidikan
Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Bahagian, dan sekolah dalam urusan menerima
sumbangan, tajaan, dan kerjasama daripada pihak luar yang dinyatakan di atas. Hal ini
adalah bagi memastikan faedah timbal balik bersama wujud antara pihak yang
menyumbang dan pihak yang menerima sumbangan. Semoga dengan cara ini pihak
penyumbang mempunyai iltizam yang berterusan untuk membantu sekolah.
3. Surat Pekeliling lkhtisas ini berkuatkuasa serta merta dan hendaklah dibaca
bersama-sama dengan Surat Pekeliling lkhtisas yang berikut:-
a. Bil. 6/1988 : Panduan Tajaan oleh Syarikat/Badan Perniagaan di Sekolah
b. Bil. 6/1992 : Penerimaan Hadiah dan Sumbangan daripada Pertubuhan,
Institusi, Syarikat atau Kerajaan Negara Luar
c. Bil. 3/1997 : Program dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatkan Dasar Dan Atau
Pungutan Wang
d. Bil. 8/2000 : Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi
Maklumat Sekolah
4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada pegawai-pegawai yang
berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian, dan semua
sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan. Sekiranya terdapat sebarang
keraguan tentang apa jua perkara yang tidak dinyatakan dalam panduan tersebut, maka
pihak Kementerian Pendidikan hendaklah dirujuk terlebih dahulu.
Sekian. Terima Kasih.
2
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
DATO’ SERI DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato' Musa Bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Dato' Abdul Aziz Bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Dato' Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Y.B. Dato' Mahadzir Bin Mohd Khir
Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan
5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
9. Ketua Nazir Sekolah
10. Pegawai Perhubungan Awam
3
PANDUAN MENGGALAKKAN KERJASAMA DAN SUMBANGAN PIHAK LUAR DALAM
PROGRAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI Dl SEKOLAH
1. Pendahuluan
1.1 Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak pihak yang berminat untuk memberi
pelbagai bentuk sumbangan kepada sekolah bagi meningkatkan lagi
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan warga
sekolah. Kementerian Pendidikan sememangnya menyanjung tinggi dan
menggalakkan kerjasama dan sumbangan yang dibuat oleh pelbagai pihak ini
dalam membantu mengembangkan kemahiran ICT, terutamanya di kalangan
murid sekolah.
1.2 Tujuan panduan ini adalah untuk memaklumkan pihak Jabatan Pendidikan
Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian, dan sekolah tentang perkaraperkara
yang dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan apabila sesuatu pihak
ingin menaja atau menyumbangkan kepakaran, perkakasan, perisian atau
apa jua bentuk peralatan ICT kepada sekolah serta tatacara menerima
sumbangan.
2. Perkara Yang Dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan
2.1 Bagi menggalakkan sumbangan, perkara yang berikut adalah dibenarkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
i) Pihak penyumbang bekerjasama dengan pihak sekolah dan
membuat perancangan jangka panjang dalam meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat murid serta
melengkapkan sekolah dengan kemudahan komputer.
ii) Pihak penyumbang meletak label nama penyumbang pada bilik atau
peralatan.
iii) Pihak penyumbang mengadakan majlis pelancaran di sekolah untuk
mendapatkan liputan media massa dan menanggung perbelanjaannya
serta mengusahakan tenaga kerja yang berkaitan.
iv) Pihak penyumbang menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R & D)
di sekolah asalkan ia tidak menjejaskan proses pengajaran dan
pembelajaran. Untuk tujuan ini, pihak penyumbang perlu terlebih dahulu
mengemukakan kertas cadangan tentang penyelidikan yang akan
dijalankan ke Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pendidikan untuk mendapatkan kelulusan.
3. Persediaan oleh Pihak Sekolah Sebelum Menerima Sumbangan
3.1 Sebelum pihak sekolah bersetuju untuk menerima sumbangan peralatan atau
tajaan, perkara-perkara yang berikut perlulah diberi perhatian:
i) Memastikan bahawa sumbangan kepada pihak sekolah merupakan
outright gift dan tiada bayaran akan dikenakan kepada murid dan guru
pada suatu masa kelak.
4
ii) Memastikan bahawa sumbangan yang diterima tidak membebankan
pihak sekolah, misalnya sumbangan komputer lama yang mungkin
membebankan pihak sekolah untuk menyenggaranya.
iii) Pertimbangan perlu diberikan kepada perkara-perkara seperti
penyediaan sumber elektrik, talian telefon, bilik yang mencukupi untuk
diubahsuai menjadi makmal komputer, keselamatan peralatan dan murid,
dan peruntukan kewangan untuk menjelaskan bayaran utiliti.
iv) Bagi sumbangan berbentuk peralatan dan kemudahan makmal
komputer, pihak sekolah perlu berunding dengan pihak penyumbang
untuk mendapatkan sumbangan secara pakej, misalnya sumbangan
makmal komputer yang lengkap berserta dengan latihan untuk guru; atau
sumbangan yang termasuk kos penyelenggaraan dalam bentuk
pemberian atau subsidi tahunan.
3.2 Bagi sumbangan berbentuk kepakaran pula, pihak sekolah perlu memberi
perhatian kepada perkara-perkara yang berikut:
i) Kandungan kursus yang diberikan hendaklah diserahkan kepada pihak
sekolah terlebih dahulu untuk diteliti.
ii) Pihak pengurusan sekolah perlu memantau kursus yang diberikan dari
semasa ke semasa untuk memastikan keberkesanannya.
iii) Tiada bayaran dikenakan bagi perkhidmatan kepakaran yang
diberikan, umpamanya untuk memasangkan rangkaian LAN di makmal
komputer atau memberi kursus kepada guru dan murid.
4. Tatacara Penerimaan Sumbangan oleh Pihak Sekolah
4.1 Bagi memastikan kelicinan dalam penerimaan sumbangan, pihak sekolah
yang menerima sumbangan hendaklah mematuhi perkara-perkara yang
berikut:
i) Memohon kebenaran daripada Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah
masing-masing.
ii) Satu memorandum persetujuan (sekiranya perlu) antara pihak
penyumbang dan pihak sekolah hendaklah ditandatangani dan disaksikan
oleh Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah.
iii) Pihak sekolah hendaklah merekod sumbangan ke dalam borang
Kew. 312 (daftar harta modal).
iv) Segala urusan yang berkaitan hendaklah dimaklumkan kepada
Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
5. Tanggungjawab Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Bahagian/Daeiah
5.1 Bagi memastikan kesinambungan program yang diluluskan, pihak Jabatan
Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah perlu
melaksanakan perkara-perkara yang berikut:
5
i) Meminta pihak sekolah membuat pengiraan imptikasi kos selepas
tamat tempoh tajaan daripada aspek:
• Kos penyelenggaraan peralatan;
• Kos sewaan talian;
• Kos penggunaan alat;
• Kos penggunaan perisian; dan
• Kos penggunaan perisian kursus pengajaran dan pembelajaran.
ii) Merancang kos tersebut untuk dikernukakan dalam Anggaran Belanja
Mengurus (ABM) tahun tamat tempoh tajaan.
iii) Memaklumkan semua kelulusan program ini kepada Bahagian Sekolah
dengan salinan kepada Urus Setia Jawatankuasa Maklumat dan
Pengkomputeran Kementerian Pendidikan (JMPK) di Bahagian Sistem
Maklumat, dan Pusat Perkembangan Kurikulum.

No comments:

Post a Comment