Saturday, September 6, 2008

SEKOLAH SELAMAT

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 7, BLOK J
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR

Tel : 03-2586900
Fax : 03-2535150
Laman Web : http://www.moe.gov.my
KP(BS) 8591/Jld.XVIII (4)
14 Jun 2002
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/2002 :
Pelaksanaan Program Sekolah Selamat
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Program Sekolah Selamat untuk
dilaksanakan oleh semua sekolah di seluruh negara. Tujuan utama pelaksanaan program ini
ialah untuk mewujudkan persekitaran sekolah agar warga sesebuah sekolah itu merasa
selamat untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan
kegiatan kokurikulum tanpa gangguan dari mana-mana pihak sama ada dari luar mahu pun
dari dalam. Aspirasi Sekolah Selamat menjadikan sekolah sebagai tempat di mana
perbezaan budaya dan nilai setiap individu atau kumpulan dihargai oleh semua pihak, di
samping amalan menjaga keselamatan dijadikan budaya dalam kehidupan seharian.
2. Sehubungan dengan ini, semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan
Bahagian/Daerah, Pengetua dan Guru Besar adalah diarah supaya mengambil langkah
wajar dengan mengadakan perancangan yang rapi untuk melaksanakan Program Sekolah
Selamat di semua sekolah rendah dan sekolah menengah.
3. Untuk pelaksanaan Program Sekolah Selamat panduan-panduan berikut hendaklah
diberi perhatian.
3.1 Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah
3.1.1 Bagi tahun 2002 sebanyak 20% daripada bilangan sekeolah rrendah dan
menengah Program Sekolah Selamat dengan mengambilkira bilangan
yang sama rata antara sekolah di dalam bandar dan luar bandar.
3.1.2 Mulai tahun 2003 semua sekolah di seluruh negara hendaklah
melaksanakan Program Sekolah Selamat.
3.1.3 Jawatankuasa Khas Sekolah Selamat hendaklah ditubuhkan di Jabatan
Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah.
3.1.4 Fungsi jawatankuasa ini adalah merancang, menasihat, memantau dan
melapor mengenai pelaksanaan Program Sekolah Selamat.
3.1.5 Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan
kerajaan yang boleh membantu mempertingkatkan keselamatan di
sekolah.
3.1.6 Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah mendedahkan konsep dan kaedah
pelaksanaan Sekolah Selamat ke semua sekolah.
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
3.2 Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah
3.2.1 Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat perintkat sekolah yang
keahliannya terdiri daripada warga sekolah dan juga wakil-wakil daripada
masyarakat sekitar sekolah serta agensi-agensi kerajaan dan bukan
kerajaan.
3.2.2 Guru Kaunseling/Guru Bimbingan sekolah hendaklah dilantik sebagai
Setiausaha kepada jawatankuasa ini dan juga berperanan sebagai
penggerak utama Program Sekolah Selamat.
3.2.3 Mendapatkan nasihat dari Sekolah-sekolah Projek Rintis yang ada di
setiap negeri.
3.2.4 Memberi pendedahan kepada semua warga sekolah mengenai maksud
dan tujuan Program Sekolah Selamat ini diadakan.
3.2.5 Mengadakan sesi taklimat kepada agensi-agensi kerajaan dan bukan
kerajaan serta komuniti setempat yang boleh membantu
mempertingkatkan keselamatan di sekolah melalui Program Sekolah
Selamat.
4. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang
bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan
Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pelajaran Malaysia
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment