Saturday, September 6, 2008

EDARAN SURAT SIARAN DAN PEKELILING

1
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150
KP (BS) 8591/Jilid XV/ (11)
23 Julai 1999
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 11/1999:
Pengedaran Surat Siaran Dan Pekeliling Kementerian Pendidikan
Kementerian Pendidikan memandang berat aduan terhadap pihak pentadbiran sekolah,
Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri yang LEWAT atau
TIDAK mengambil tindakan menyampaikan makluman, pelawaan, tawaran, peraturan
ataupun arahan Kementerian Pendidikan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa, sama
ada melalui suratsurat siaran, surat-surat pekeliling atau sebagainya.
2. Terdapat keadaan di mana guru-guru dan kakitangan mendakwa mereka tidak
dimaklumkan serta tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai program dan aktiviti
Kementerian Pendidikan termasuk perkara-perkara yang melibatkan diri mereka seperti
tawaran mengikuti kursus lanjutan di pusat pengajian tinggi, pelawaan mengisi jawatanjawatan
kosong, kemudahan pinjaman kenderaan dan kemudahan pinjaman pembelian
komputer.
3. Sayugia diperingatkan bahawa maklumat, pelawaan, tawaran, peraturan atau arahan
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk pengetahuan semua pegawai
dan kakitangan Perkhidmatan Pendidikan, kecuali dalam perkara-perkara khusus yang
ditujukan kepada kumpulan-kumpulan tertentu sahaja. Pihak pentadbir sekolah hendaklah
mempastikan bahawa semua siaran atau pekeliling dapatdisampaikan kepada semua
pegawai dan kakitangan supaya rungutan dan bantahan sebagaimana dinyatakan di atas
tidak lagi berbangkit.
4. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua Pejabat
Pendidikan Bahagian/Daerah dan sekolah di negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
2
s.k. 1. Y.B. Tan Sri Musa Bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Datuk Abdul Aziz Bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Datuk Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
8. Ketua Nazir Sekolah
9. Pegawai Perhubungan Awam

No comments:

Post a Comment