Saturday, September 6, 2008

TANAM SEMANGAT PATRIOTISMA

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 7, BLOK J
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR

Tel : 03-2586900
Fax : 03-2535150
Kawat : “PELAJARAN”
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : KP(BS)8586/090/Jld.5/(11)
Tarikh :12 September 1994
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Jabatan Pendidikan Negeri
Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/1994 :
Usaha Menanam Semangat Patriotisme Di Kalangan Pelajar
Dan Senaman Ringkas Dalam Bilik Darjah
Semangat patriotisme merupakan intipati keutuhan negara dan kesejahteraan rakyatnya.
Menanam semangat patriotisme adalah menjadi sebahagian daripada aspek pendidikan
menyeluruh dan bersepadu. Sebagai rakyat Malaysia, setiap pentadbir sekolah, guru dan
pelajar hendaklah bersama-sama mengambil sikap yang serius mengenai soal taat setia
dan cinta yang tidak berbelah bagi kepada negara.
2. Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia telah mengarahkan supaya semangat
patriotisme di tanam melalui upacara-upacara seperti berikut :
2.1 Menaikkan bendera Malaysia dan menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku
2.2 Melafazkan ikrar taat setia
3. Upacara menaikkan bendera, menyanyikan lagu kebangsaan dan melafazkan ikrar,
sebaik-baiknya dijalankan dalam perhimpunan mingguan atau harian. Sekiranya upacaraupacara
tersebut tidak dapat dijalankan secara perhimpunan beramai-ramai pada setiap
minggu atau setiap hari, ianya hendaklah dijalankan serentak di dalam bilik darjah masingmasing
setiap hari pada waktu-waktu yang sesuai mengikut budi bicara pihak sekolah. Bagi
sekolah-sekolah yang mempunyai sistem siar raya yang baik, kemudahan ini patut
digunakan bagi menentukan supaya upacara-upacara dapat dijalankan secara serentak bagi
seluruh sekolah.
4. Adalah diingatkan supaya upacara-upacara menanam semangat patriotisme
dijalankan secara terhormat, serius dan penuh pengertian serta penghayatan oleh setiap
pendidik dan pelajaar. Contoh lafaz ikrar disertakan.
5. Bagi menentukan kecergasan pelajar, Yang Berhormat Menteri Pendidikan
menyarankan supaya senaman ringkas diadakan di dalam bilik darjah sebelum guru
memulakan pengajaran pada waktu pertama.
6. Kementerian Pendidikan berharap upacara-upacara berkaitan dengan patriotisme
dan senaman ringkas beramai-ramai dalam bilik darjah dapat dilaksanakan di semua
sekolah rendah dan menengah di seluruh negara dengan serta-merta.
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
s.k 1. Y.B. Datuk Amar Dr. Sulaiman Daud
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Dr. Leo Michael Toyad
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Timbalan Ketua Setiausaha I
Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Timbalan Ketua Setiausaha II
Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Semua Ketua Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Pegawai Perhubungan Awam
Kementerian Pendidikan Malaysia

Contoh Lafaz Ikrar Pelajar/Guru
Saya, (sebutkan nama) sebagai seorang rakyat Malaysia, dengan penuh
kesedaran dan kesyukuran, membuat ikrar akan sentiasa memberi serta
menumpukan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara
Malaysia yang saya cintai. Saya berikrar akan sentiasa menjunjung
prinsip-prinsip rukun negara pada setiap masa.

No comments:

Post a Comment