Saturday, September 6, 2008

AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

KP(BS)8591/Jld.VIII / (77)
9 Julai1997
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/1997 :
Amalan Kebersihan Di Sekolah
Kementerian Pendidikan sentiasa mengambil perhatian berat terhadap tahap kebersihan di
sekolah-sekolah. Walaupun usaha meningkatkan amalan kebersihan telah dilaksanakan dari
semasa ke semasa oleh kebanyakan sekolah, namun keberkesanannya didapati masih
belum mencapai tahap yang diingini. Amalan kebersihan perlu ditegaskan pada setiap masa
dan segala usaha ke arah itu hendaklah dilaksanakan secara terancang dan teratur. Pihak
pentadbir sekolah perlu memastikan bahawa semua warga sekolahnya benar-benar
memahami serta mengamalkan kebersihan sebagai cara hidup yang dihayati.
2. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan menperingatkan semua
Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil tindakan ke atas perkara-perkara seperti
berikut :
2.1 Mewujudkan iklim sekolah yang menekankan aspek kebersihan pada setiap
masa.
2.2 Menyediakan panduan kebersihan bagi sekolah.
2.3 Melibatkan penyertaan semua warga sekolah dalam perancangan dan
pelaksanaan program dan aktiviti peningkatan kebersihan sekolah.
2.4 Melaksanakan saranan dan cadangan yang terkandung dalam Buku Garis
Panduan Amalan Kebersihan Sekolah.
3. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di
negeri Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(DATUK MATNOR DAIM)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia, Paras 7, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50604 Kuala Lumpur
Tel : 03-2556900 Fax : 03-2535150

s.k 1. Y.B. Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Datuk Haji Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Ketua-Ketua Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Ketua Unit Perhubungan Awam
Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment