Saturday, September 6, 2008

BINA SURAU SEKOLAH

1
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150
KP (BS) 8591/Jld. XIV/(14)
22 Jun 1998
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 14/1998:
Garis Panduan Pembinaan Surau Sekolah Rendah & Menengah
Dalam pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), Pendidikan Islam antara lain memberikan
penekanan kepada aspek penghayatan dan amali. Sehubungan dengan itu, kewujudan
surau dan bilik sernbahyang menjadi penting dan perlu dalam usaha mengukuhkan
pengajaran Pendidikan Islam di sekolahsekolah. Narnun demikian, hasil kajian yang
dijalankan oleh Kementerian Pendidikan mendapati masih banyak sekolah yang dibina
sebelum Rancangan Malaysia Keenam (RM6) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7)
yang belum mempunyai surau atau bilik sembahyang yang tetap dan sesuai untuk
menjalankan kegiatan Pendidikan Islam selaras dengan kehendak kurikulum.
2. Surat Pekeliling lktisas ini dikeluarkan dengan tujuan memberikan garis panduan
kepada sekolah-sekolah yang hendak membina surau atau bilik sembahyang di sekolah
masing-masing supaya bertindak mengikut prosedur yang betul serta mematuhi peraturanperaturan
yang ada. Panduan ini hendaklah digunakan mulai dari tarikh Surat Pekeliling
lktisas ini dikeluarkan.
i. DEFINISI
a. Istilah surau bermaksud satu bangunan tersendiri yang terpisah daripada bilik
darjah dan terletak dalam kawasan sekolah, digunakan untuk bersembahyang
dan kegiatan Pendidikan Islam oleh seluruh warga sekolah.
b. Bilik sembahyang bermaksud bilik yang dibina bersambung dengan bangunan
sekolah, digunakan untuk bersembahyang dan kegiatan Pendidikan Islam oleh
seluruh warga sekolah.
ii. KEBENARAN UNTUK MEMBINA SURAU
a. Pelan bangunan surau atau bilik sembahyang perlu mendapat kelulusan pihak
berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan
Bomba dan pihak-pihak lain yang berkaltan.
b. Lokasi bangunan surau atau bilik sembahyang perlu dipersetujui oleh pihak
sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri.
2
iii. PEMBIAYAAN
a. Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan hanya memberi peruntukan kewangan
bagi pembinaan bilik sembahyang sahaja. Bagi pembinaan surau, tiada
peruntukan diberikan. Permohonan untuk mendapatkan peruntukan bagi
pembinaan bilik sembahyang hendaklah dikernukakan melalui Jabatan
Pendidikan Negeri kepada Bahagian Pembangunan, Penswastaan dan Bekalan
Kementerian Pendidikan.
b. Sekolah-sekolah yang hendak membina surau atau bilik sembahyang sendiri
boleh memohon bantuan daripada individu, orang rarnai, pihak swasta dan lainlain,
selain daripada Kerajaan, melalui Persatuan lbu Bapa dan Guru.
c. Pungutan derma yang melibatkan pelajar hendaklah mematuhi peraturanperaturan
yang sedia ada dan kandungan Surat Pekeliling lktisas Bil. 7/1983.
iv. PROSEDUR PEMBINAAN
a. Dari segi tapak binaan, Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah memastikan
bahawa pelaksanaan projek tidak akan mengganggu projek-projek
pembangunan yang akan datang di sekolah berkenaan.
b. Bagi sekolah-sekolah yang belum mempunyai bilik sembahyang bolehlah
membina bangunan tambahan bersambung dengan bangunan sekolah atau
mengubahsuai bilik darjah yang sedia ada.
c. Bilik sembahyang yang bersambung dengan bangunan sekolah hendaklah
mengambil kira arah qiblat jika boleh dan reka bentuknya sesuai sebagai bilik
sembahyang.
d. Sekolah-sekolah yang akan membina surau atau bilik sembahyang hendaklah
mengikut pelan, reka bentuk dan piawaian yang diluluskan oleh Jabatan Kerja
Raya dan Kementerian Pendidikan.
e. Bilik sembahyang seperti yang diperakukan oleh Kementerian Pendidikan dalam
brif projek bangunan sekolah adalah seperti berikut.
SEKOLAH MENENGAH
(i) Sekolah yang mempunyai 12 hingga 18 bilik darjah, keluasan untuk bilik
sembahyang = 90 meter persegi (4 petak = 7.5 meter panjang X 12 meter
lebar).
(ii) Sekolah yang mempunyai 24 hingga 36 bilik darjah, keluasan untuk bilik
sembahyang = 135 meter persegi (6 petak = 7.5 meter panjang X 18 meter
lebar).
(iii) Keluasan bilik wuduk = 45 meter persegi (2 petak = 7.5 meter panjang X 6
meter lebar) Dibahagi 2:1 bilik wuduk lelaki dan 1 bilik wuduk perempuan
SEKOLAH RENDAH
(i) Sekolah yang mempunyai 12 hingga 30 bilik darjah, keluasan untuk bilik
sembahyang = 90 meter persegi (4 petak = 7.5 meter panjang X 12 meter
lebar).
3
(ii) Keluasan bilik wuduk = 45 meter persegi (2 petak = 7.5 meter panjang X 6
meter lebar). Dibahagi 2:1 bilik wuduk lelaki dan 1 bilik wuduk perempuan
f. Walau bagaimanapun, sekiranya pihak sekolah bercadang untuk membina
atau mengubahsuai bilik sembahyang dengan keluasan yang berbeza daripada
yang ditetapkan di atas, kebenaran dan kelulusan daripada Jabatan Pendidikan
Negeri hendaklah diperolehi terlebih dahulu.
g. Bilik sembahyang perlu mempunyai kabinet atau rak kayu untuk menyimpan
keperluan-keperluan surau.
h. Setelah projek pembinaan surau atau bilik sembahyang siap,bangunan atau bilik
tersebut perlu diserahkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau sekolah
yang bertanggungjawab dari segi penggunaan, pengawasan, penyeliaan dan
penyelenggaraan.
i. Pihak sekolah hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh
Jabatan Pendidikan Negeri dari semasa ke semasa.
3. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lktisas ini kepada semua sekolah di
negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.
Terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k. 1. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
8. Ketua Nazir Sekolah
9. Pegawai Perhubungan Awam

No comments:

Post a Comment