Saturday, September 6, 2008

FOTOGRAFI

1
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150
KP (BS) 8591/Jld.XVI (18)
4 Disember 2000
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 18/2000:
Penggalakan Aktiviti Fotografi Di Kalangan Murid Sekolah
Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia
ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk
mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Berbagai-bagai cara
boleh dilakukan di peringkat sekolah supaya perkembangan potensi individu dapat
disesuaikan dengan minat dan bakat murid itu sendiri. Salah satu aktiviti yang pernah
digemari oleh murid-murid ialah melalui kegiatan hobi dalam bidang fotografi.
2. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan menyarankan kepada sekolahsekolah
di seluruh negara supaya menghidupkan semula minat murid-murid sekolah dalam
bidang fotografi dengan mewujudkan Kelab Fotografi dan seterusnya mempergiatkan aktiviti
ke arah mempopularkan hobi ini di kalangan murid-murid. Di samping itu, bidang ini juga
membantu murid-murid sekolah ke arah celik IT kerana pada masa kini bidang fotografi
telah mengalami perubahan pesat, termasuk perkembangan teknologi Kamera Digital.
3. Pihak Kementerian Pendidikan juga mengambil maklum bahawa hobi ini sangat
memberi manfaat dan baik untuk dilaksanakan kerana:
􀂉 Murid berpeluang mengenali jenis-jenis kamera lama dan baru serta fungsinya;
􀂉 Murid berpeluang mempelajari teknik mengambil gambar dengan kamera biasa
dan juga kamera digital;
􀂉 Murid mendapat pengetahuan tentang cara-cara memproses negatif filem dan
mengedit gambar dengan menggunakan komputer dan seterusnya menghasilkan
gambar yang telah diproses;
􀂉 Murid berpeluang mencuba satu kemahiran yang berguna dalam beberapa keijaya,
termasuk bidang perniagaan yang berkaitan dengan bidang fotografi;
􀂉 Pendedahan dan latihan dalam bidang fotografi dapat mengurangkan masa yang
terluang bagi kegiatan-kegiatan yang tidak sihat dan perkara-perkara yang
kurang berfaedah;
􀂉 Ahli Kelab Fotografi boleh menjadi jurugambar untuk semua aktiviti sekolah
seperti Hari Anugerah Cemerlang, Hari Sukan, Hari Guru dan lain-lain;
2
􀂉 Murid-murid boleh mendapat kepuasan sendiri dengan kemahiran yang diperoleh
untuk menghasilkan dan memproses sendiri gambar-gambar yang digemari; dan
􀂉 Gambar foto hasil daripada aktiviti ini boleh dipamerkan sebagai salah satu
aktiviti murid dan Kelab Fotografi.
4. Oleh yang demikian, sekolah-sekolah adalah dicadangkan supaya mengambil
langkah-langkah yang berikut untuk dilaksanakan dan seterusnya mempopularkan bidang
fotografi di kalangan murid-murid:
􀂉 Menyediakan peralatan yang perlu dan sesuai untuk aktiviti fotografi di sekolah
seperti 'dark room’, kamera biasa, kamera digital, komputer dan mesin cetak;
􀂉 Menubuhkan Kelab Fotografi di sekolah dan mempergiatkan aktiviti-aktiviti
fotografi yang menggunakan filem hitam putih/warna dan kamera digital;
􀂉 Mengadakan kursus fotografi di sekolah-sekolah yang mempunyai Kelab
Fotografi;
􀂉 Mengadakan latihan/kursus untuk guru-guru Kelab Fotografi;
􀂉 Mengadakan kursus pemprosesan filem "hitam putih" dan penghasilan gambar
hitam putih;
􀂉 Mengadakan studio pemprosesan di Pusat Kegiatan Guru/Pusat Sumber Negeri;
􀂉 Menyediakan latihan untuk guru-guru mengendalikan mesin pemprosesan
gambar; dan
􀂉 Menyediakan mesin-mesin pemprosesan di sekolah-sekolah pilihan (percubaan).
5. Sila maklurnkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di bawah
pentadbiran Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
DATO’ SERI DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
3
s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato' Musa Bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Dato' Abdul Aziz Bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Dato' Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Y.B. Dato' Mahadzir Bin Mohd Khir
Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan
5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
9. Ketua Nazir Sekolah
10. Pegawai Perhubungan Awam

No comments:

Post a Comment