Saturday, September 6, 2008

KEGIATAN NEGATIF

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 7, BLOK J
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR

Tel : 03-2586900
Fax : 03-2535150
Laman Web : http://www.moe.gov.my
KP(BS) 8591/Jld.XVII (9)
23 Julai 2001
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 9/2001 :
Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif
Pihak Kementerian Pendidikan mendapati sejak kebelakangan ini terdapat murid-murid
sekolah yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan negatif seperti melibatkan diri dengan
Kumpulan Black Metal, Skin Head, Punk dan Cyber Café yang boleh menjejaskan
penumpuan mereka terhadap pembelajaran. Bagi pelajar-pelajar yang beragama Islam
khususnya, kegiatan ini boleh menjejaskan akidah mereka. Maka, tindakan awal yang
sewajarnya hendaklah diambil untuk membendung dan mengatasi masalah ini bagi
mengelakkan perkara seumpama ini merebak dan membabitkan lebih ramai murid.
2. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah diminta mengambil
tindakan segera dan sewajarnya supaya murid tidak melibatkan diri dan terjerumus dalam
kegiatan ini. Pihak sekolah juga sentiasa memantau dan menyiasat murid-murid supaya
tidak melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan tersebut. Jawatankuasa Disiplin Sekolah
hendaklah dari semasa ke semasa mengadakan pemeriksaan untuk mengesan tanda-tanda
kegiatan negatif murid-murid. Di samping itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),
Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah (PPB/PPD), dan sekolah mestilah mengadakan
program-program khas untuk memberi penjelasan dan kesedaran akan kesan negatif jika
mereka terlibat dengan kumpulan-kumpulan berkenaan.
3. Jabatan Pendidikan Negeri juga diminta melaporkan dengan segera kejadiankejadian
serius yagn berlaku di sekolah tanpa menunggu arahan melalui surat atau faksmili
dari Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia mengenai berita-berita sensasi yang
didedahkan dalam akhbar dan media massa seperti yang dinyatakan dalam Surat
Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986: Langkah-Langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah
(Para 6) :-
”Sekiranya terdapat kes-kes disiplin para pelajar disiarkan di akhbar-akhbar,
tuan hendaklah menghubungi pihak Kementerian Pelajaran dengan segera
mengenai keadaan sebenarnya ……”
4. Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah amat dihargai supaya tindakan
penyelesaian segera dapat dilakukan untuk mengatasi gejala-gejala negatif yang melibatkan
murid-murid sekolah pada masa kini dan juga masa-masa akan datang.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pelajaran Malaysia
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment