Saturday, September 6, 2008

KESELAMATAN PELAJAR

1
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150
KP (BS) 8591/Jilid XV/ (8)
10 Jun 1999
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/1999:
Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi Dan Balik Sekolah
Surat Pekeliling lkhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling lkhtisas Bil.
9/1988: Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah, Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 4/1993: Pelaporan
Kejadian Tidak Diingini Di Sekolah, dan Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 3/1993: Lapor Kepada
Polis Salah Laku Berbentuk Jenayah.
2. Kementerian Pendidikan akhir-akhir ini ada menerima laporan dan aduan mengenai
kejadian di mana murid menjadi mangsa kepada pelbagai jenis perbuatan jenayah semasa
dalam perjalanan pergi dan balik dan sekolah, yang dilakukan oleh orang yang tidak
berperikemanusiaan. Meskipun perbuatan jenayah tersebut dilakukan di luar kawasan
sekolah dan memang sukar bagi sekolah untuk membuat pengawasan, narnun Kementerian
Pendidikan berpendirian bahawa keselamatan dan kebajikan murid hendaklah sentiasa
menjadi keutamaan perhatian pihak sekolah.
3. Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan menegaskan kepentingan
mewujudkan peraturan-peraturan mengenai keselamatan dan langkah-langkah pencegahan
yang perlu diamalkan, untuk melindungi murid daripada menjadi mangsa kepada perbuatan
jenayah yang tidak diingini, sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Pihak sekolah
hendaklah memastikan semua murid sentiasa sedar dan peka tentang kemungkinan
berlakunya perbuatan jenayah ke atas diri mereka.
4. Pekeliling-pekeliling lkhtisas mengenai keselamatan murid yang dikeluarkan sebelum
ini hendaklah sentiasa dijadikan panduan dan rujukan. Di samping itu, langkah-langkah
seperti berikut bolehlah diambil oleh pihak sekolah.
4.1 Memanfaatkan sepenuhnya penubuhan Jawatankuasa Pernuafakatan Sekolah,
Jawatankuasa Keselamatan Sekolah atau Persatuan lbu Bapa dan Guru dalam
merancang langkah-langkah keselamatan murid.
4.2 Mendapatkan kerjasama dari pihak polis dan ibu bapa untuk membuat rondaan
di kawasan-kawasan yang difikirkan berisiko dari segi keselamatan.
4.3 Membersihkan semak sarnun kawasan, laluan dan jalan yang digunakan
seharian oleh murid-murid supaya lebih terbuka dan selamat.
4.4 Mewujudkan tatacara yang jelas mengenai cara membuat pelaporan tentang
insiden atau orang-orang yang disyaki mempunyai niat jahat.
2
4.5 Mempamerkan poster atau peraturan mengenai keselamatan bagi
meningkatkan kepekaan dan kesedaran murid tentang pentingnya amalan dan
sikap sentiasa berhati-hati dan berwaspada apabila dalam perjalanan pergi dan
balik sekolah.
4.6 Menggunakan apa sahaja ruang, seperti perhimpunan mingguan, pemakluman
oleh guru tingkatan, guru darjah dan warden asrama, mesyuarat staf,
mesyuarat pengawas dan seumpamanya, bagi memperingatkan semua warga
sekolah tentang pentingnya menjaga keselamatan dan kebajikan diri masingmasing.
4.7 Menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah.
5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua sekolah di
negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia
Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan
Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
Ketua Nazir Sekolah
Pegawai Perhubungan Awam

No comments:

Post a Comment