Saturday, September 6, 2008

LAWATAN HARI SEKOLAH

1
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150
KP (BS) 8591/Jld.XVI (12)
28 Julai 2000
Semua Pengarah Pendididikan Negeri
Y.Bhg. Datuk/Dato'/Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 12/2000:
Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan
Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa menggalakkan guru-guru melaksanakan
program-program lawatan yang berunsur pendidikan bagi murid-murid. Program-program
seperti ini mendatangkan banyak manfaat dan kebaikan kepada semua pihak yang terlibat.
Di samping dapat membantu murid-murid menambahkan ilmu pengetahuan dan
pengalaman masing-masing, ia juga akan memberi pendedahan kepada murid mengenai
suasana atau keadaan sebenar di sekeliling mereka. Narnun begitu lawatan-lawatan yang
diadakan pada masa cuti persekolahan adalah tidak mencukupi untuk membolehkan
matlamat ini dicapai sepenuhnya.
2. Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kementerian
Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid
semasa waktu persekolahan secara terancang. Sekolah hendaklah menggunakan budi
bicara secara bijaksana dalam menjalankan program ini supaya proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah tidak terganggu. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dan
pertimbangan dalam perancangan dan pelaksanaan program lawatan seperti ini adalah:
2.1 Tujuan lawatan hendaklah berunsur pendidikan;
2.2 Tempat-tempat yang dilawati hendaklah sesuai dengan minat dan keperluan
pendidikan murid serta seiring dengan hasrat Kementerian Pendidikan untuk
memupuk minat murid-murid dalam bidang sains dan teknologi;
2.3 Masa lawatan hendaklah disesuaikan dengan takwim akademik sekolah;
2.4 Keselamatan dan kebajikan murid semasa lawatan diberi keutamaan; dan
2.5 Segala peraturan dan arahan mengenai pengendalian lawatan yang sedang
berkuatkuasa hendaklah dipatuhi.
3. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk
menyertai lawatan-lawatan tersebut. Adalah diharapkan penyertaan ibu bapa dalam
kegiatan seperti ini, bukan sahaja akan dapat meningkatkan kefahaman mereka mengenai
matlamat pendidikan melalui program lawatan tetapi juga akan dapat memantapkan
permuafakatan dan kerjasama antara pihak sekolah, murid dan ibu bapa.
2
4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua pengetua dan guru
besar di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato'/Tuan.
Sekian. Terima Kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
DATO’ SERI DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato' Musa Bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Dato' Abdul Aziz Bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Dato' Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Y.B. Dato' Mahadzir Bin Mohd Khir
Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan
5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
9. Ketua Nazir Sekolah
10. Pegawai Perhubungan Awam

No comments:

Post a Comment