Saturday, September 6, 2008

HADAPI BENCANA ALAM

1
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150
KP (BS) 8591/Jld. XIV/(21)
11 September 1998
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 21/1998:
Persediaan Menghadapi Bencana Alam
Berpandukan kepada laporan kajicuaca Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca, Kementerian
Sains, Teknologi dan Alarn Sekitar, hujan akan turun di antara 20% hingga 40% melebihi
paras biasa mulai bulan Oktober, Cuaca diramalkan menjadi bertambah buruk disebabkan
oleh hujan lebat yang disertai dengan angin ribut. Bencana alam seperti banjir, terutamanya
di kawasan-kawasan tanah rendah, dijangka boleh melanda negara.
2. Dengan fenomena La Nina, cuaca di luar dugaan juga berkemungkinan berlaku dan
boleh menjadi lebih buruk daripada apa yang diramalkan. Kerana itu pihak sekolah
hendaklah mengambil langkah keselamatan dan langkah berjaga-jaga lebih awal dengan
merancang strategi untuk mengatasi kesan buruk bencana alam seperti banjir. Di antara
langkah yang perlu diambil oleh sekolah adalah seperti berikut.
2.1 Menubuhkan Jawatankuasa Bencana Alam.
2.2 Menyediakan pelan tindakan menghadapi bencana banjir di peringkat sekolah
2.3 Menasihat dan mengingatkan pelajar supaya tidak mendedahkan diri kepada
bahaya banjir dan angin ribut.
2.4 Memindahkan rekod dan perkakasan penting sekolah ke tempat-tempat yang
selamat.
2.5 Memastikan sekolah mempunyai peralatan bantuan kecemasan.
2.6 Memastikan sistem saliran dan perparitan di sekolah sentiasa dalam keadaan
baik.
2.7 Memastikan tebing-tebing di persekitaran sekolah yang berkemungkinan runtuh
akibat hujan lebat diperkukuhkan.
2.8 Membaik pulih mana-mana bahagian bangunan yang didapati uzur.
2.9 Mengambil langkah mencegah dan langkah mengawal penyakit berjangkit
dengan mendapatkan khidmat nasihat Pejabat Kesihatan.
2
2.10 Mengambil perhatian serius terhadap pengumuman Jawatankuasa Bencana
Alam Negara dan Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca dari semasa ke semasa.
2.11 Menyediakan bantuan dan kemudahan kepada calon-calon yang mengambil
peperiksaan awam.
3. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua sekolah di
negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.
Terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k. 1. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
8. Ketua Nazir Sekolah
9. Pegawai Perhubungan Awam

No comments:

Post a Comment