Saturday, September 6, 2008

BUDI BICARA 2

1
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150
KP (BS) 8591/Jld. XIV/(19)
3 September 1998
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 19/1998:
Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan
Jawatan Guru Besar sekolah rendah (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah
DG5atau DG4) dan jawatan Pengetua sekolah menengah (Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah DG2 atau DG1) adalah jawatan kenaikan pangkat. Perlantikan Guru
Besar dan Pengetua bagi sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dibuat oleh
Kementerian Pendidikan. Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Mubaligh, sama ada
sebagai sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan adalah tertakluk kepada peraturan
ini.
2. Calon-calon yang dicadangkan ke jawatan Guru Besar dan Pengetua sekolah
mubaligh hendaklah terdiri daripada kalangan guru-guru yang memenuhi syarat kenaikan
pangkat. Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah mengemukakan
senarai nama guru-guru yang layak untuk dipertimbangkan ke jawatan tersebut ke
Kementerian Pendidikan setelah diperakukan, Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah
memaklumkan keputusan kepada pihak mubaligh sekolah-sekolah yang berkenaan.
3. Dengan Surat Pekeliling lkhtisas ini, Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 3/1977 Perlantikan
Guru Besar Sekolah-sekolah Menengah/Rendah Mubaligh, rujukan KP.8503/X/(6) bertarikh
9 Februari 1977, adalah terbatal.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
2
s.k. 1. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
8. Ketua Nazir Sekolah
9. Pegawai Perhubungan Awam

No comments:

Post a Comment