Saturday, September 6, 2008

KERACUNAN

BAHAGIAN SEKOLAH
JABATAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 5, BLOK J (SELATAN)
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR

Tel : 03-2556900
Fax : 03-2535150
Kawat : “PELAJARAN”
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.VIII / (8)
Tarikh : 2 Ogos 1995
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/1995 :
KERACUNAN MAKANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH
Kejadian keracunan makanan di sekolah pada waktu-waktu kebelakangan ini sering
dilaporkan di media tempatan dan melibatkan ramai murid. Di antara punca keracunan
tersebut adalah daripada makanan yang dijual di kantin-kantin sekolah, asrama dan
daripada program-program pemakanan seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan
Program Susu Sekolah.
2. Kementerian Pendidikan memandang serius terhadap kejadian ini dan meminta
semua pihak terutama sekolah, mengambil beberapa langkah tegas pengawalan dan
pencegahan, supaya keracunan makanan tidak lagi berulang di sekolah. Di antara langkahlangkah
yang boleh diambil adalah seperti berikut :
a. Pastikan pekerja atau pengendali makanan sentiasa mengamalkan kebersihan
diri setiap masa sama ada semasa menyedia, memasak ataupun menghidang
makanan.
b. Pastikan alat-alat ataupun perkakas-perkakas yang digunakan, seperti pinggan
mangkuk sentiasa dalam keadaan bersih.
c. Pastikan bangunan dan semua kemudahan seperti tempat menyedia dan
menghidang makanan di dalam keadaan bersih dan kemas.
d. Pastikan pekerja atau pengendali makanan mengamalkan amalan-amalan yang
baik seperti menjaga tubuh badan dan pakaian sentiasa dalam keadaan bersih
dan kemas. (Sila lihat Bab V – ”Kawalan Kebersihan” m.s. 22-27 dalam Buku
”Garis Panduan Kantin Sekolah”, Kementerian Pendidikan dan Kementerian
Kesihatan, 1989 – untuk keterangan lanjut).
2.1 Pihak sekolah juga adalah diminta untuk :
a. Menggalakkan seboleh-bolehnya pengusaha/pengendali makanan,
memasak makanan di dalam kawasan sekolah.
b. Mempastikan makanan yang disediakan tidak dimasak terlalu awal
sehingga semalaman, terutama makanan-makanan yang bersantan.
c. Menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa khas di peringkat sekolah bagi
menyelia dan mengadakan pemeriksaan harian.

d. Mengadakan kempen kesedaran mengenai kebersihan makanan dan
kebersihan premis makanan.
e. Bekerjasasama dengan Jabatan Kesihatan bagi usaha-usaha
peningkatan dan penggalakkan kebersihan dan kesihatan.
3. Untuk maklumat pihak sekolah, di antara tanda-tanda dan simptom keracunan
makanan adalah seperti berikut :
Rasa loya, muntah, sakit perut dan cirit-birit, rasa letih, kejang otot,
sakit kepala dan pening.
4. Pihak sekolah adalah diminta untuk mengambil tindakan berikut apabila mengesyaki
pelajar-pelajar/murid-murid mengalami masalah keracunan makanan.
a. Laporkan dan bawa murid-murid/pelajar-pelajar yang disyaki ke klinik/hospital
yang paling hampir.
b. Laporkan ke PPD/JPN.
c. Maklumkan dan hubungi ibu bapa murid-murid/pelajar-pelajar yang terlibat.
d. Sediakan laporan awal tentang kejadian tersebut dan hantarkan satu salinan ke
JPN dn Kementerian Pendidikan.
e. Elakkan daripada membuat sebarang kenyataan akhbar.
f. Dapatkan laporan lengkap kejadian dan sebab kejadian daripada Jabatan
Kesihatan, dan hantarkan satu salinan laporan tersebut ke Jabatan Pendidikan
Negeri (u.p. KPP HEM) dan satu lagi salinan ke Kementerian Pendidikan (u.p.
Pengarah Bahagian Sekolah).
5. Dengan surat pekeliling ini semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah adalah diminta
untuk memberi perhatian serius dan mengambil langkah-langkah tegas pengawalan dan
pencegahan kejadian keracunan makanan di sekolah-sekolah. Surat pekeliling ikhtisas
terdahulu Bil. 2/1983 dan Bil. 5/1988 dan Surat Pendidikan
KP(BS/UKS)8614/2B/1a/Jld.II(32) bertarikh 12 Januari 1989, juga berkaitan dan perlu juga
dirujuk.
Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan adalah dipohon bagi memanjangkan surat ini kepada
semua sekolah rendah dan menengah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

s.k 1. Y.B. Datuk Seri Haji Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Datuk Mohd. Khalid b. Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I
Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan Ketua Setiausaha I
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Timbalan Ketua Setiausaha II
Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua-Ketua Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Pegawai Perhubungan Awam
Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment