Saturday, September 6, 2008

DASAR PUNGUT WANG

KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

KP(BS)8591/Jld.VIII / (74)
2 Mei1997
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1997 :
Program dan Aktiviti Sekolah Yang
Melibatkan Dasar Dan/Atau Pungutan Wang
Kementerian Pendidikan amat menghargai usaha serta inisiatif Jabatan Pendidikan Negeri
untuk menjalankan pelbagai program dan aktiviti bagi kebajikan dan faedah murid di
sekolah. Namun demikian, terdapat di antara program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh
Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian atau sekolah itu yang
membangkitkan rasa tidak puas hati, rungutan dan bantahan dariapda para ibu bapa,
penjaga dan juga masyarakat umum, lazimnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan soal
dasar, rasional dan pungutan wang.
2. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan semua
Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan sekolah supaya
sentiasa merujuk dan mematuhi dasar, syarat atau peraturan yang sedia ada apabila ingin
melaksanakan apa jua program atau aktiviti di sekolah. Ini adalah bagi mengelakkan
sebarang percanggahan dengan mana-mana dasar, syarat atau peraturan yang ditetapkan
mengenainya.
3. Dalam keadaan di mana program atau aktiviti yang hendak dijalankan itu tidak
tertakluk di bawah mana-mana syarat atau peraturan yang sedia ada, atau timbul keraguan
mengenai bidang kuasa, hak atau peruntukan sah mengenainya, maka permohonan bagi
mendapatkan persetujuan dan kelulusan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada
Kementerian Pendidikan. Semua permohonan hendaklah mengandungi maklumat lengkap
mengenai program atau aktiviti yang hendak dijalankan.
4. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pihak yang
berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan
sekolah.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(DATUK MATNOR DAIM)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia, Paras 7, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50604 Kuala Lumpur
Tel : 03-2556900 Fax : 03-2535150

s.k 1. Y.B. Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Datuk Haji Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Ketua-Ketua Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Ketua Unit Perhubungan Awam
Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment