Saturday, September 6, 2008

PERUNTUKAN MASA KBSM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BLOK J, PARAS 7
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR

Tel : 03-2556900
Fax : 03-2543107
Kawat : “PELAJARAN”
Ruj. Tuan :
KP(PPK)S32/4/Jld.X(79)
Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.V/ (118)
Tarikh : 6 Jun 1991
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
MALAYSIA
Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/1991 :
Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa Untuk Mata-Mata Pelajaran
Program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
Bagi Sekolah Menengah Rendah Dan Sekolah Menengah Atas
Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/1988 bagi
memaklumkan tentang sukatan pelajaran dan peruntukan masa untuk mata-mata pelajaran
KBSM, Sekolah Menengah Rendah. Di samping itu Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1990 telah
juga dikeluarkan bagi memaklumkan tentang sukatan pelajaran dan peruntukan masa untuk
mata-mata pelajaran KBSM, Sekolah Menengah Atas.
2. Surat Pekeliling ini memaklumkan tentang penawaran mata-mata pelajaran baru bagi
Sekolah Menengah Rendah dan Sekolah Menengah Atas.
3. Mata pelajaran Bahasa Arab (Komunikasi) akan diajar di sekolah menengah rendah
dari Tingkatan I hingga Tingkatan III sebagai mata pelajaran tambahan. Senarai mata
pelajaran yang ditawarkan di peringkat menengah rendah ialah seperti berikut :
Teras Tambahan
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
Geografi
Sejarah
Sains
Pendidikan Seni
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Kemahiran Hidup
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Arab (Komunikasi)
Peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Arab (Komunikasi) ialah sebanyak
enam waktu seminggu.
4. Mata pelajaran Bahasa Arab (Komunikasi) juga akan diajar di sekolah menengah
atas (Tingkatan IV dan V) sebagai mata pelajaran tambahan. Peruntukan masa ialah enam
waktu seminggu.

5. Di samping mata pelajaran Bahasa Arab (Komunikasi), Kementerian Pendidikan
akan menawarkan satu kumpulan elektif Pengajian Islam yang mengandungi tiga mata
pelajaran berikut :
Tajuk Mata Pelajaran Peruntukan Waktu Dalam Seminggu
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah 4
Pendidikan Syariah Islamiah 4
Tasawwur Islam 4
Dalam kumpulan elektif Kemanusiaan pula ditambah satu mata pelajaran baru, iaitu
Bahasa Arab Tambahan. Peruntukan waktu dalam seminggu ialah empat waktu.
Senarai mata pelajaran yang ditawarkan di peringkat menengah atas ialah seperti berikut :
Teras Tambahan
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
Sejarah
Sains
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Arab (Komunikasi)
ELEKTIF
Kumpulan I Kumpulan II Kumpulan III Kumpulan IV
(Kemanusiaan) (Vokasional dan
Teknologi)
(Sains) (Pengajian Islam)
• Kesusasteraan
Melayu
• Kesusasteraan
Dalam Bahasa
Inggeris
• Geografi
• Pendidikan Seni
• Bahasa Arab
Tambahan
• Prinsip Akaun
• Ekonomi Asas
• Perdagangan
• Sains Pertanian
• Ekonomi Rumah
Tangga
• Matematik
Tambahan
• Pengajian
Kejuruteraan
Jentera
• Pengajian
Kejuruteraan Awam
• Pengajian
Kejuruteraan
Elektrik & Elektronik
• Lukisan
Kejuruteraan
• Teknologi
Kejuruteraan
• Sains Tambahan
• Fizik
• Kimia
• Biologi
• Pendidikan Al-
Quran dan As-
Sunnah
• Pendidikan
Syariah Islamiah
• Tasawwur Islam
6. Mata pelajaran Bahasa Arab (Komunikasi) adalah terbuka kepada semua pelajar
tetapi pelaksanaannya tertakluk kepada kemudahan-kemudahan yang ada, terutamanya
guru yang berkelayakan untuk mengajar mata pelajaran ini dan terdapat 15 orang pelajar
atau lebih yang mengambilnya. Di samping itu pelaksanaannya tidak akan menjejaskan
jadual waktu biasa persekolahan.

7. Bagi mata-mata pelajaran elektif yang dinyatakan dalam Perenggan Lima, ia
tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam Perenggan Empat, Pekeliling Ikhtisas
8/1990 dan syarat-syarat tambahan berikut :
(i) Bagi pelajar yang mengambil dua mata pelajaran Pengajian Islam iaitu
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah, atau
mereka yang mengambil ketiga-tiga mata pelajaran dalam Kumpulan IV tidak
dibenarkan mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam dalam Kumpulan
Teras.
(ii) Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama atau di sekolah menengah
biasa yang mengambil dua mata pelajaran iaitu Pendidikan Al-Quran dan As-
Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah, atau ketiga-tiga mata pelajaran
Pengajian Islam dibolehkan mengambil lima mata pelajaran elektif.
8. Penawaran mata-mata pelajaran elektif ini adalah tertakluk kepada kemudahankemudahan
yang ada, terutamanya guru-guru. Di samping itu ia juga tertakluk kepada
persediaan awal yang telah dibuat di peringkat menengah rendah untuk membolehkan
pelajar mengambil mata-mata pelajaran tersebut di peringkat menengah atas seperti yang
dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan sekolah-sekolah menengah biasa
yang tertentu di seluruh negara.
9. Untuk memastikan bahawa pelajar yang berminat dalam bidang Pengajian Islam
mendapat faedah dariapda pelbagai mata pelajaran vokasional dan teknologi serta sains,
pihak sekolah dikehendaki memastikan bahawa kombinasi mata-mata pelajaran yang dibuat
oleh pelajar dalam bidang ini turut memasukkan mata-mata pelajaran dari Kumpulan II atau
Kumpulan III. Oleh itu bimbingan pemilihan mata pelajaran perlu dilakukan untuk
memastikan setiap pelajar membuat pemilihan mata pelajaran yang sewajarnya.
10. Perkara-perkara lain yang terkandung dalam Surat Pekeliling Bil. 17/1988 dan Surat
Pekeliling Bil. 8/1990 adalah tidak berubah. Oleh itu Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca
bersama-sama dengan surat-surat Pekeliling terdahulu seperti tersebut di atas.
11. Kandungan pekeliling ini hendaklah dimaklumkan kepada semua sekolah menengah.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA dan CINTAILAH BAHASA KITA”
TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k.
1. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
2. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha I dan II
Kementerian Pendidikan Malaysia
3. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I dan II
Kementerian Pendidikan Malaysia
4. Ketua-Ketua Bahagian dan Ketua Jemaah Nazir
Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Setiausaha Sulit
Y.B. Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment