Saturday, September 6, 2008

PAKAIAN GURU SEKOLAH

KP.8543/(48)
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.
26 hb. Disember 1969.
Ketua Pegawai Pelajaran,
Semua Negeri.
Pengetua-Pengetua Semua Maktab-Maktab Latihan Guru.
Tuan,
Surat Pekeliling “Profesional”
Kementerian Pelajaran,Bil. 13/69
Pakaian Guru-Guru di Sekolah
Banyak aduan-aduan telah diterima mengenai pakaian guru-guru dan guru-guru dalam
latihan. Dari segi masyarakat pakaian-pakaian ini adalah dianggap tidak sesuai di
sekolah-sekolah dan bilik-bilik darjah dengan memakai ‘mini-skirt’, dan pakaian-pakaian
yang bahagian hadapan terbuka luas ke bawah dan mendedahkan sebahagian besar
daripada tubuh dan memakai pakaian-pakaian yang jarang sudah tentu tidak sesuai
sebagai pakaian di bilik darjah.
2. Adalah diterima pada amnya bahawa guru-guru mempunyai pengaruh yang
sangat besar ke atas murid-murid dan penuntut-penuntut mereka dan bersama-sama
dengan ibu-bapa dan pemimpin-pemimpin belia masyarakat yang lain mereka memikul
tanggungjawab bagi mengajar sopan-santun,akhlak dan nilai-nilai kebudayaan yang
sesuai dengan masyarakat Malaysia.Matlamat-matlamat pendidikan ini boleh dicapai
dengan sebaik-baiknya jika perhatian yang ketat ditumpukan kepada keperluankeperluan
jasmani dan rasa hati murid-murid oleh guru-guru sendiri dengan cara
memberi dan mewujudkan suasana sekeliling yang baik dan mempertunjukan rupa
serta sikap perangai yang sepatutnya apabila mereka sedang bertugas di dalam atau di
luar sekolah dan dimana-mana tempat mereka berada di kalangan murid-murid atau
penuntut-penuntut mereka.
3. Oleh yang demikian pakaian yang berpatutan bagi guru-guru adalah penting di
samping kecermatan dan kebersihan. PAKAIAN YANG BERPATUTAN ADALAH
MELAMBANGKAN BUDI BAHASA YANG BAIK. Untuk meneruskan tradisi pakaian
yang bermutu tinggi sekurang-kurangnya perkara-perkara yang berikut hendaklah
diambil perhatian oleh guru-guru di sekolah-sekolah dan yayasan latihan guru:
(i) Minit skirt, pakaian-pakaian yang terlampau mendedahkan bahagian
belakang, seluar-seluar pendek, seluar-seluar (jeans) yang ketat dan
pakaian-pakaian yang bahagian hadapan terbuka jauh ke bawah tidak
akan diterima.
(ii) Perhiasan muka (make-up) yang melampau adalah tidak baik.
(iii) Baju-baju hawai yang beragam warna adalah tidak sesuai.
(iv) Rambut panjang yang tidak kemas.
4. Sila rujukan para 3 surat Pekeliling “Profesional” Kementerian Pelajaran
Bil.11/68 bertarikh 25hb. September 1968 berkenaan dengan Pakaian untuk
Pendidikan Jasmani.
Sila bawa kandungan Pekeliling ini kepada perhatian semua guru-guru.
Saya yang menurut perintah,
(Haji Hamdan bin Sheikh Tahir)
b.p. Setiausaha Tetap,
Kementerian Pelajaran.
s.k.
P.A.Kpd.Y.B.M.
S.U.T.
K.P.P.
T.S.U. Pengarah Pelajaran, Sarawak.
Semua Ketua-ketua Bahagian Pengarah Pelajaran, Sabah.
Diilustrasi kembali oleh BTMK, Kementerian Pelajaran Malaysia

No comments:

Post a Comment