Saturday, September 6, 2008

PONTENG

JABATAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 5, BLOK J (SELATAN)
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR

Telefon : 03-2556900
Fax : 03-2535150
Kawat : “PELAJARAN”
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.VIII / (9)
Tarikh : 5 September 1995
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/1995 :
MENANGANI MASALAH PONTENG DI SEKOLAH
Laporan salahlaku pelajar sekolah menunjukkan bahawa ponteng sekolah dan ponteng
kelas merupakan salahlaku yang tertinggi peratus penglibatan di kalangan pelajar. Hasrat
Kementerian Pendidikan ke arah ’Zero Defect’ dalam masalah ponteng sekolah dan ponteng
kelas akan terjejas jika kedua-dua masalah ini tidak diatasi dengan segera.
2. Ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan perlakuan yang menyalahi peraturan
sekolah dan jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah dan ponteng kelas sehingga menjadi
amalan dan tabiat, ianya boleh membawa kesan negatif terhadap diri pelajar sendiri,
keluarganya dan juga sekolah. Seterusnya, perlakuan tersebut memungkinkan seseorang
pelajar hilang sifat bertanggungjawab, akan ketinggalan dalam pelajaran dan yang paling
dikhuatiri mereka akan melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan negatif.
3. Ada dua faktor utama yang menyebabkan para pelajar melakukan ponteng iaitu
faktor sekolah dan faktor luar sekolah. Faktor luar sekolah pada kebiasaannya di luar
kawalan sekolah untuk menanganinya. Sungguhpun begitu, disamping tugas kita memberi
tumpuan kepada faktor di dalam sekolah usaha yang lebih berkesan kepada kedua-dua
faktor tersebut perlu dilakukan.
4. Surat Pekeliling ini adalah bertujuan mengingatkan semua Pegawai Pendidikan
Bahagian/Daerah, Pengetua, Guru Besar dan guru-guru mengenai tindakan-tindakan yang
perlu diambil bagi membanteras salahlaku ponteng di sekolah terutamanya ponteng sekolah
dan ponteng kelas. Kementerian Pendidikan telah pun menerbit dan mengedarkan ke
sekolah-sekolah Buku Panduan Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah. Saranan dan
cadangan yang dikemukakan dalam buku tersebut diyakini boleh membantu pihak sekolah
mencegah berlakunya masalah ponteng.
5. Seterusnya, bagi memastikan TIADA Salahlaku Ponteng di kalangan pelajar,
langkah-langkah berikut hendaklah dilakukan :
5.1 Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah
hendaklah mengesan kadar ponteng sekolah dan ponteng kelas setiap bulan
dan memastikan sekolah melakukan usaha mengatasi masalah tersebut.
5.2 Pihak sekolah hendaklah memastikan tindakan mengatasi masalah ponteng
dilakukan secara bersungguh-sungguh dan berterusan. Segala panduan
yang terdapat di dalam Buku Panduan Mengatasi Masalah Ponteng
dilaksanakan sepenuhnya.

5.3 Pihak sekolah hendaklah merealisasikan Sekolah Penyayang, Pelajar-pelajar
berhak disayangi, dikasihi, dikasihani dan dibimbing. Dengan ini pelajar akan
terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah.
5.4 Memastikan Briged Komuniti dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai
matlamatnya sama ada di peringkat Negeri, Bahagian/Daerah dan sekolah.
5.5 Memastikan bahawa Jawatankuasa Disiplin Sekolah atau Lembaga Tatatertib
sentiasa proaktif dengan menggariskan program dan aktiviti yang berupaya
mencegah salahlaku ponteng sejak awal-awal lagi terutamanya sebelum sesi
persekolahan bermula.
6. Kandungan surat pekeliling ini hendaklah dimaklumkan kepada semua Pegawai
Pendidikan Bahagian/Daerah, Pengetua/Guru Besar dan guru-guru di negeri Y.Bhg.
Dato’/Datuk/Tuan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
s.k 1. Y.B. Datuk Seri Haji Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Datuk Mohd. Khalid b. Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I
Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan Ketua Setiausaha I
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Timbalan Ketua Setiausaha II
Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua-Ketua Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Pegawai Perhubungan Awam
Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment