Saturday, September 6, 2008

LAB

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 7, BLOK J
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR

Tel : 03-2586900
Fax : 03-2535150
Laman Web : http://www.moe.gov.my
KP(BS) 8591/Jld.XVIII (9)
4 Disember 2003
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 9/2003 :
PELAKSANAAN SISTEM LAPORAN ADAB BELAJAR (LAB)
MURID-MURID SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
Matlamat pendidikan kebangsaan adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Adalah menjadi amalan bahawa setiap
guru menilai murid-muridnya berdasarkan kepada pencapaian akademik (kognitif) dan
kurang menilai mereka dari segi tingkah laku atau adabnya terutamanya oleh guru-guru
mata pelajaran. Kementerian Pendidikan berpendapat sudah tiba masanya, disamping
seseorang murid itu dinilai dari segi pencapaian akademiknya, mereka juga perlu dinilai dari
aspek emosi dan tingkah lakunya agar matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek boleh
direalisasikan.
2. Sehubungan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memutuskan supaya
SISTEM LAPORAN ADAB BELAJAR MURID-MURID SEKOLAH dilaksanakan di sekolahsekolah
seluruh negara mulai Januari 2004. Sistem ini akan dapat membantu semua pihak
termasuk ibu bapa melihat dengan lebih jelas Peringkat Formatif (formative) dan Peringkat
Perkembangan (developmental) murid dalam semua bidang. Di samping itu kelemahan
murid dalam sesuatu kemahiran tertentu akan dapat dikesan dengan lebih cepat bagi
membolehkan guru memberi tumpuan ke arah memperbaiki kelemahan terebut di samping
dapat memaklumkan kekuatan dan kelemahan murid kepada ibu bapa secara lebih
bermakna. Sila rujuk kepada Lampiran A bagi panduan am pelaksanaan SISTEM
LAPORAN ADAB BELAJAR MURID-MURID SEKOLAH.
3. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang
bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah,
Pengetua dan Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
s.k 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pelajaran Malaysia
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan Malaysia
11. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia

Lampiran A
PANDUAN PELAKSANAAN
SISTEM LAPORAN ADAB BELAJAR (LAB) MURID-MURID SEKOLAH
TUJUAN
1. LAPORAN ADAB BELAJAR (LAB) MURID-MURID adalah bertujuan untuk melaporkan
dengan lebih komprehensif berdasarkan penilaian menyeluruh setiap murid oleh Guru
Kelas dan serta guru setiap mata pelajaran.
2. Memaklumkan kepada ibu bapa tentang potensi, kekuatan atau kelemahan murid untuk
diambil tindakan sewajarnya sekurang-kurangnya DUA kali setahun.
3. Mewujudkan ruang interaktif antara ibu bapa dengan Guru Kelas dan guru setiap mata
pelajaran.
KAEDAH
1. Laporan hendaklah dibuat oleh Guru Kelas dan oleh setiap guru mata pelajaran.
2. Laporan ini meliputi antaranya :
2.1 Profil murid berkenaan, kedatangan dan pencapaian Akademik oleh Guru Kelas;
2.2 Laporan prestasi setiap mata pelajaran oleh guru mata pelajaran;
2.3 Laporan kegiatan dan pencapaian Kokurikulum; dan
2.4 Maklumat mengenai Kerja Kelas, Kerja Rumah, Kelakuan dan Sikap.
Kerja Kelas
Kualiti kerja dan penglibatan dalam aktiviti atau proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas atau di sekolah.
Kerja Rumah
Menyiapkan kerja rumah mengikut tahap atau kualiti dan jangkamasa yang telah
ditentukan.
Kelakuan
Tingkah laku seseorang murid itu dalam semua situasi sama ada di dalam kelas
mahu pun di luar kelas.
Sikap
Kemahuan untuk belajar dan berjaya dalam semua bidang yang diceburi sama ada
akademik, kokurikulum dan lain-lain.
3. Setiap guru mata pelajaran bolehlah mencatatkan adab belajar murid di dalam Buku
Rekod Mengajar untuk digunakan sebagai rujukan semasa membuat Laporan Adab
Belajar.

No comments:

Post a Comment