Saturday, September 6, 2008

BATAS PIBG

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 7, BLOK J
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR

Tel : 03-2586900
Fax : 03-2535150
Laman Web : http://www.moe.gov.my
KP(BS) 8591/Jld.XVII (5)
5 Jun 2001
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/2001 :
Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Di Sekolah
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah
bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang
berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang
tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran
guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan
perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school home
community partnership). Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan ’saling melengkapi’
terhadap fungsi Kementeiran Pendidikan dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan
suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan.
2. Peraturan 5 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPAGURU)
1998 yang berkuatkuasa pada 26 Mac 1998, dengan jelas telah menggariskan
tujuan dan batasan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah. Dalam subperaturan
(5) dan (6) ada dinyatakan batasan-batasan yang dikenakan kepada Persatuan, iaitu :
Subperaturan (5) – Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa Persatuan
kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan
syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah.
Subperaturan (6) – Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan
pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan antara Persatuan dengan Guru
Besar atau Pengetua atau kakitangan sekolah di mana Persatuan ditubuhkan atau
Pejabat Pendidikan Daerah atau Pejabat Pendidikan Bahagian atau Jabatan
Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan atau Kerajaan Negeri atau
Persekutuan.
3. Di samping itu, kepimpinan PIBG di sekolah-sekolah juga diingatkan supaya tidak
sekali-kali membabitkan Persatuan dan sekolah dengan apa juga kegiatan yang boleh
menggugat kestabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat. Oleh
yang demikian, adalah tidak wajar kepimpinan PIBG terlibat dengan aktiviti-aktiviti anti
kerajaan atau menjadikan Persatuan sebagai platform untuk berpolitik atau bagi tujuan
memperoleh kepentingan peribadi. Jika keadaan ini berlaku, dikhuatiri Persatuan akan
menyeleweng daripada matlamat asal penubuhannya, dan akhirnya akan menjejaskan
proses pengajaran dan pembelajaran, sekaligus akan merugikan pendidikan anak-anak
murid di sekolah.

4. Guru Besar dan Pengetua selaku ex-officio dan Penasihat PIBG hendaklah
memaklumkan kandungan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru)
1998 kepada semua ahli jawatankuasa PIBG yang dilantik dan ibu bapa keseluruhannya
agar ia dipatuhi pada setiap masa.
5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di
negeri Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pelajaran Malaysia
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan Malaysia
11. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment