Saturday, September 6, 2008

PAKAIAN GURU

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 7, BLOK J
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR

Tel : 03-2586900
Fax : 03-2535150
Laman Web : http://www.moe.gov.my
KP(BS) 8591/Jld.XVII (7)
7 Jun 2001
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 :
Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah
Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai
jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi
di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang
dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap
sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam.
2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar
panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai
pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan
baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam.
3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 1985 mengenai Peraturan Pakaian Guru Di
Sekolah/Pensyarah Di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai Dan
Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Di Pejabat Pelajaran Daerah Atau Bahagian,
Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian Pelajaran, yang telah disesuaikan dengan
peraturan pakaian masa bekerja dan semasa menghadiri upacara-upacara rasmi bagi
pegawai-pegawai awam seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2
Tahun 1985 bertarikh 18 Februari 1985, yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan
Awam.
4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di bawah
pentadbiran Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan. Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pelajaran Malaysia
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan Malaysia
11. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment