Saturday, September 6, 2008

GUNA BUDI BICARA

1
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150
KP (BS) 8591/Jld. XIV/(18)
2 September 1998
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 18/1998:
Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan
Sejak akhir-akhir ini terdapat aduan yang dikernukakan oleh ibu bapa dan penjaga pelajar
yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tatacara yang digunakan oleh pihak sekolah
dalam mengenakan tindakan ke atas pelajar. Setelah dikaji, Kementerian Pendidikan
mendapati bahawa ada di antara aduan-aduan yang diterima itu mempunyai asas
kebenarannya. Dalam hal ini, terdapat sekolah-sekolah yang tidak menggunakan kuasa budi
bicara dalam menangani perkara-perkara yang tidak dinyatakan secara khusus dalam
mana-mana peraturan atau surat pekeliling yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan.
2. Kementerian Pendidikan ada menyediakan berbagai peraturan dan surat pekeliling
bagi panduan dan kemudahan Pengetua dan Guru Besar mengambil tindakan. Narnun
demikian, tidak kesemua panduan dan surat pekeliling yang telah dikeluarkan itu
menyediakan resipi yang lengkap bagi memudahkan sekolah menyelesaikan masalah yang
berbangkit. Dalam keadaan sedemikian, Pengetua dan Guru Besar diperlukan
menggunakan budi bicara menangani masalah-masalah yang dihadapi, terutamanya
mengenai isu-isu semasa yang tidak diduga boleh berlaku atau mengenai isu-isu sensitif
yang berkaitan dengan agama dan budaya sesuatu kaum.
3. Dalam menggunakan kuasa budi bicara, pertimbangan dan perhatian hendaklah
diberikan kepada ketepatan membuat keputusan, di samping bersikap terbuka, bersedia
mendengar pandangan dan tidak bersikap defensif. Perundingan hendaklah dilakukan
dengan penuh hemah, berdiplomasi dan dilakukan dalam suasana yang harmonis.
Sebarang tindakan yang diambil janganlah pula kemudiannya menimbulkan isu-isu yang
boleh menjejaskan suasana harmonis di sekolah atau menggugat perhubungan baik di
antara sekolah dengan komuniti setempat. Masalah yang berbangkit hendaklah
dibincangkan di peringkat sekolah, dengan melibatkan pihak-pihak yang berkenaan, supaya
keputusan dan kuasa budi bicara yang digunakan itu diterima oleh semua pihak sebagai
tepat, adil dan mernuaskan.
4. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua sekolah di
negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.
2
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k. 1. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
8. Ketua Nazir Sekolah
9. Pegawai Perhubungan Awam

No comments:

Post a Comment