Saturday, September 6, 2008

SYARAT PENGGAMBARAN PIHAK LUAR

1
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150
KP (BS) 8591/Jld. XIV (8)
9 April 1998
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/1998:
Garis Panduan dan Syarat-Syarat Penggambaran Di Kawasan
Sekolah, Maktab Perguruan dan Politeknik Oleh Pihak Luar
Selari dengan perkembangan industri perfileman negara, Kementerian Pendidikan sering
menerima permohonan daripada syarikat-syarikat perfileman untuk membuat
penggambaran di kawasan sekolah, maktab perguruan dan politeknik. Penggambaran yang
dilakukan biasanya berhubung dengan adegan-adegan berlatarbelakangkan persekolahan
pelajar, kerjaya guru dan pentadbiran sekolah.
2. Bagi mengelakkan syarikat-syarikat perfileman mengeksploitasi keadaan sekolah,
maktab perguruan dan politeknik, yang boleh menjejaskan imej pendidikan, maka
pengawalan perlu dilakukan. Pengawalan dan syarat-syarat yang boleh dikenakan kepada
syarikat-syarikat perfileman yang ingin membuat penggambaran di kawasan sekolah,
maktab perguruan dan politeknik adalah seperti berikut:
2.1 Pelakon-pelakon dan krew penggambaran hendaklah berpakaian kemas dan
tidak menjotok mata, bersopan santun dan tidak merokok. Bagi lelaki yang
berambut panjang mereka hendaklah menguruskannya dengan kemas
semasa berada di kawasan sekolah, maktab perguruan dan politeknik.
2.2 Pelakon-pelakon dan krew penggambaran tidak boleh mempamerkan unsurunsur
tidak sihat yang akan mempengaruhi pelajar seperti berkelakuan
sumbang antara krew/artis lelaki dan wanita, atau meminum minuman keras
semasa berada di kawasan sekolah, maktab perguruan dan politeknik.
2.3 Penggambaran tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah, maktab perguruan dan politeknik. Di musim peperiksaan,
penggambaran tidak boleh dibenarkan.
2.4 Filem berkenaan tidak mempunyai unsur-unsur negatif yang boleh
menjejaskan imej pendidikan dan institusi pendidikan.
2.5 Sekiranya penggambaran melibatkan murid, pihak sekolah hendaklah
memaklurnkan dan mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau
penjaga mereka,
2
2.6. Sekiranya penggambaran melibatkan pensyarah, guru atau kakitangan
sekolah, maktab perguruan dan politeknik, mereka hendaklah terlebih dahulu
mendapat kebenaran bertulis daripada ketua jabatan masing-masing.
2.7. Nama individu, sekolah, maktab perguruan dan politeknik yang terlibat dalam
penggambaran, sama ada besar ataupun kecil peranannya, hendaklah
dimasukkan dalam "ending credit".
2.8. Syarikat perfileman hendaklah menanggung kos penggunaan kemudahan
elektrik dan air yang terdapat dl sekolah, maktab perguruan atau politeknik.
2.9 Kebersihan kawasan sekolah, maktab perguruan dan politeknik hendaklah
sentiasa diberi perhatian.
2.10 Keselamatan semua pihak di sekolah, maktab perguruan dan politeknik
hendaklah sentiasa diberi keutamaan.
2.11 Harta benda sekolah, maktab perguruan dan politeknik hendaklah sentiasa
dijaga. Syarikat bertanggungjawab rnenggantikan segala perkakas dan
peralatan yang rosak atau hilang semasa penggambaran.
2.12 Pelakon-pelakon dan krew penggambaran hanya dibenarkan berada atau
berkerja diruang-ruang yang telah dipersetujui sahaja,
2.13 Syarikat perfileman digalakkan menganjurkan sesi berbentuk akademik
berkaitan perfileman seperti ceramah, demonstrasi dan dialog dengan pihak
sekolah, maktab perguruan atau politeknik bagi menambahkan pengetahuan
pensyarah, guru atau pelajar berkaitan dengan bidang perfileman.
2.14 Syarikat perfileman hendaklah menyertakan synopsis/skrip filem bersamasama
permohonan untuk membuat penggambaran.
2.15 Syarikat dikehendaki mengisi dan menandatangani surat peijanjian seperti di
lampiran.
2.16 Permohonan hendaklah dibuat selewat-lewatnya satu bulan sebelum tarikh
penggambaran dan dikernukan kepada Pengarah Bahagian atau Pengarah
Pendidikan Negeri yang berkenaan untuk mendapat kelulusan.
3. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua sekolah,
maktab perguruan dan politeknik di negeri Y. Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.
Sekian. Terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
DATUK MATNOR DAIM
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
3
s.k. 1. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
8. Ketua Nazir Sekolah
9. Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan
10. Pegawai Perhubungan Awam
4
Lampiran
SURAT PERJANJIAN
Penggambaran Filem Di Kawasan Sekolah, Maktab Perguruan dan Politeknik
Saya_____________________________________________________________________
No. Kad Pengenalan ____________________ dari Syarikat _________________________
beralamat di _______________________________________________________________
dikenali sebagai pemohon dan bertanda tangan seperti di bawah yang membuat
penggambaran filem berjudul __________________________________________________
dengan ini bersetuju mematuhi syarat-syarat penggambaran filem sebagaimana yang telah
ditetapkan oleh * Pengarah Pendidikan Negeri __________________________________ /
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru I Pengarah Bahagian Pengurusan Teknik Dan
Vokasional / Pengarah Bahagian Pengurusan Politeknik.
Tandatangan Pemohon : ___________________________
Nama : ___________________________
Cop Syarikat : ___________________________
*Potong mana-mana yang tidak berkenaan

No comments:

Post a Comment