Saturday, September 6, 2008

UTAMA BERSIH CERIA

BAHAGIAN SEKOLAH
JABATAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 5, BLOK J (SELATAN)
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR

Telefon : 03-2556900
Fax : 03-2535150
Kawat : “PELAJARAN”
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.VIII / (32)
Tarikh : 13 Februari 1996
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1996 :
Sikap Mengutamakan Keceriaan Dan Kebersihan Di Kalangan Pelajar
Persoalan mengenai sikap mengutamakan keceriaan dan kebersihan di kalangan pada
pelajar telah disuarakan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini. Hal ini timbul
melalui pemerhatian mereka terhadap keadaan yang wujud di sekolah-sekolah pada masa
kini.
2. Seperti Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan sedia maklum, nilai-nilai murni yang berkaitan
dengan keceriaan dan kebersihan memang terkandung dalam kurikulum semua mata
pelajaran. Kementerian Pendidikan juga telah mengeluarkan beberapa Suta Pekeliling
Ikhtisas berhubung perkara ini. Antaranya ialah Pekeliling Bil. 4/1981; Bil. 5/1985; Bil.
15/1988; dan Bil. 14/1989. Walaupun demikian, masih terdapat pihak sekolah yang tidak
mengambil perhatian serius dalam melaksanakan arahan-arahan Pekeliling berkenaan.
3. Demi menjadikan sekolah sebagai kawasan yang indah, selesa dan
menggembirakan, serta dapat merangsang pembelajaran yang berkesan, faktor penglibatan
pelajar perlu dititikberatkan. Sikap pelajar ke arah mengutamakan kebersihan perlu dibina
dalam diri mereka. Kesedaran tentang perlunya penjagaan kebersihan bilik darjah, kantin,
padang permainan, taman bunga, tandas serta keseluruhan persekitaran sekolah haruslah
dipupuk dalam minda mereka. Penghayatan terhadap keceriaan, keindahan dan kebersihan
hendaklah dibudayakan supaya akan menjadi amalan bagi setiap pelajar.
4. Pelajar juga harus diberi galakan dan kesempatan untuk mengemblengkan tenaga
mereka bersama guru dan ibu bapa untuk mengikhtiarkan aktiviti-aktiviti kebersihan dalam
waktu luang mereka menerusi kelab dana persatuan sebagai akvitiviti kokurikulum. Insentif
atau hadiah yang sesuai harus difikirkan sebagai pengiktirafan sekolah atau PIBG di atas
sumbangan pelajar secara individu atau kumpulan pelajar yang merintis program-program
kebersihan. Matlamat utama segala usaha pihak sekolah berhubung dengan kebersihan dan
keceriaan hendaklah ditumpukan ke arah mewujudkan suasana dan tradisi sekolah yang
dapat dibanggakan bersama oleh pelajar, guru dan ibu bapa.
5. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan adalah bertujuan mengingatkan para
Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil tindakan segera untuk :-
5.1 mematuhi dan melaksanakan semua Surat Pekeliling Ikhtisas yang berkaitan;
5.2 meningkatkan usaha dan menggunakan inisiatif serta kreativiti sendiri dalam
memastikan sekolah dalam keadaan indah dan bersih sepanjang masa;

5.3 mengamal tindakan posiitif dalam memupuk kesedaran dan rasa
tanggungjawab dalam diri pelajar supaya mereka dapat menjadikan amalan
menjaga keindahan dan kebersihan sebagai cara hidup yang berkekalan.
6. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di
bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
s.k 1. Y.B. Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Datuk Mohd. Khalid b. Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I
Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan Ketua Setiausaha I
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Timbalan Ketua Setiausaha II
Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua-Ketua Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Pegawai Perhubungan Awam
Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment