Saturday, September 6, 2008

TATACARA HUKUMAN

BAHAGIAN SEKOLAH
JABATAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 5, BLOK J (SELATAN)
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR

Telefon : 03-2556900
Fax : 03-2535150
Kawat : “PELAJARAN”
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.VIII / (10)
Tarikh : 11 Oktober 1995
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan,
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995 :
Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman
Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah
Sejak akhir-akhir ini terdapat tindakan dan hukuman yang keterlaluan dikenakan oleh pihak
sekolah sama ada oleh pengetua, guru besar atau guru-guru ke atas pelajar-pelajar seperti
mana yang dilaporkan di media massa. Antaranya pelajar dijemur di tengah panas,
melakukan ketuk ketampi yang menyebabkan pengsan, mencubit hingga berdarah, merotan
hingga melukai dan mencederakan, berlari dengan memakai seluar dalam dan menyuruh
murid berbuat sesuatu yang tidak berperikemanusiaan.
2. Tindakan-tindakan sedemikian telah menjadi pengetahuan masyarakat umum.
Disamping itu terdapat pula kejadian-kejadian yang berlaku di bilik darjah atau di
persekitaran sekolah secara senyap-senyap dan terselindung daripada penglihatan kita,
misalnya pengucapan kata-kata yang kesat dan penyingkiran pelajar-pelajar dengan cara
memandang sepi dimana kesemuanya ini merupakan pemusnahan semangat dan
melanggar Tatacara Disiplin Sekolah yang telah digariskan bagi panduan pengetua, guru
besar dan guru-guru.
3. Pelbagai jenis tindakan yang menggambarkan perhubungan buruk antara guru
dengan pelajar akan berterusan dipaparkan di media massa untuk tatapan masyarakat.
Sekolah-sekolah akan terus menjadi sasaran dan maruah profesion perguruan akan terus
tercabar dan seterusnya akan menggugat reputasi Kementerian Pendidikan.
4. Surat Pekeliling ini adalah bertujuan untuk mengingatkan pengetua, guru besar dan
guru-guru supaya tindakan yang diambil hendaklah berdasarkan panduan-panduan seperti
yang terkandung dalam :
4.1 Panduan Am Disiplin Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Percetakan
Adabi, Kuala Lumpur, 1981.
4.2 Panduan Tatacara Disiplin Untuk Guru Besar dan Guru, Kementerian
Pendidikan, Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1988
4.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983 bertarikh 17 November 1983 iaitu
mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid Yang Melakukan
Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-Peraturan
Pelajaran.

5. Antara panduan yang dijelaskan ialah :
5.1 Elak dan hindarkan diri daripada nafsu marah dan membuat kesimpulan
terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu.
5.2 Hukuman yang pada hemat orang ramai tidak sesuai seperti berbentuk
penyeksaan, cacian dikhalayak ramai yang memberi kesan emosi atau lainlain
hukuman liar serta tidak berperikemanusiaan hendaklah dielakkan.
6. Diharap Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan dapat memaklumkan kandungan Surat Pekeliling
ini kepada semua pengetua, guru besar dan guru-guru.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
s.k 1. Y.B. Datuk Seri Haji Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Datuk Mohd. Khalid b. Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I
Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan Ketua Setiausaha I
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Timbalan Ketua Setiausaha II
Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua-Ketua Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Pegawai Perhubungan Awam
Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment