Saturday, September 6, 2008

PENAMPILAN PELAJAR

BAHAGIAN SEKOLAH
JABATAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 5, BLOK J (SELATAN)
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR

Telefon : 03-2556900
Fax : 03-2535150
Kawat : “PELAJARAN”
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.VIII / (33)
Tarikh : 24 Jun 1996
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2/1996 :
Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan Dan Kerapian Berpakaian
Kementerian Pendidikan amat memandang berat terhadap sebilangan pelajar yang tidak
menampilkan keceriaan, kekemasan dan kerapian dalam berpakaian, seperti tidak
memasukkan kemeja ke dalam seluar, tidak mengikat tali leher dengan kemas, tidak
mengancing butang baju, berkasut kotor atau tidak berkilat, tidak memakai kain samping
dengan kemas, tidak menyikat rambut dengan rapi serta tabiat-tabiat lain yang
memperlihatkan nilai-nilai yang tidak diingini. Fenomena ini jika tidak ditangani segera
dikhuatiri akan menjejaskan hasrat dan matlamat kerajaan untuk meningkatkan taraf
pendidikan negara jika kita ke taraf dunia.
Harus diingat bahawa penampilan pelajar dalam masyarakat mencerminkan corak
pendidikan yang diterimanya di sekolah. Matlamat pendidikan negara untuk menghasilkan
pelajar yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia serta berketrampilan tidak akan tercapai
sekiranya pelajar masih belum dapat menunjukkan tahap pengurusan diri yang tinggi.
Dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini semua sekolah diminta mengambil langkah dan
tindakan yang wajar, konsisten dan tegas bagi memastikan amalan-amalan ke arah
pembinaan sahsiah dan penampilan diri yang baik dapat dilakukan.
Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di negeri
Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

s.k 1. Y.B. Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Datuk Mohd. Khalid b. Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I
Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan Ketua Setiausaha I
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Timbalan Ketua Setiausaha II
Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua-Ketua Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Pegawai Perhubungan Awam
Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment